15 Sebab Mengapa Orang Jepun Memakai Kimono

Kimono adalah sejenis pakaian formal tradisional Jepun yang terdiri daripada jubah sutera, ikat pinggang dan pelbagai aksesori. Kimono datang dalam berpuluh-puluh jenis, masing-masing mempunyai makna simbolik dan konvensyen yang tersendiri. Kimono mesti dipakai dengan betul dan cara pemakaiannya agak sukar.
Ia terkenal dengan harganya yang mahal dan cara pemakaiannya yang kompleks. Walaupun begitu, Kimono bernilai untuk dipakai bagi kebanyakan orang yang tinggal di Jepun. Kebiasaannya, Kimono dipakai apabila ada peristiwa penting sahaja seperti pada waktu festival di Jepun, majlis dan perayaan utama.
Berikut merupakan antara beberapa sebab-sebab orang memakai kimono:

1. Matsuri

1   Matsuri adalah perkataan Jepun untuk perayaan atau cuti. Perayaan di Jepun melibatkan persembahan atau perarakan orang dalam pakaian yang berasaskan kimono. Dalam banyak kes, orang Jepun yang menghadiri perayaan juga akan berpakaian kimono. Walau bagaimanapun, pada masa kini orang Jepun lebih suka memakai Yukata ketika menghadiri Matsuri.

2. Shichigosan

2Shichigosan ialah hari meraikan umur bertuah untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Seluruh keluarga akan berdandan dan pergi ke kuil tempatan mereka untuk satu majlis ringkas pada hari itu. Selepas itu, mereka akan mengadakan sedikit jamuan makan antara keluarga.

Shichigosan biasanya hari yang mana kanak-kanak di Jepun akan memakai kimono buat kali pertama pada usia 3, 5 atau 7. Kanak-kanak lelaki boleh memakai sut daripada memakai kimono.

3. Tetamu Majlis Perkahwinan

3Tetamu majlis perkahwinan boleh memakai kimono untuk kedua-dua majlis perkahwinan gaya barat dan Shinto.
Ibu bapa pengantin perempuan atau pengantin lelaki boleh memakai kimono rasmi berwarna hitam atau gelap. Wanita muda yang belum berkahwin boleh memakai furisode berwarna terang. Tetamu yang lebih tua biasanya memakai kimono yang lebih gelap dan pekat warnanya.

4. Upacara Minum Teh

4Upacara Minum Teh merupakan budaya popular di Jepun yang bertujuan untuk menyemaikan rasa rendah diri ketika penyediaan, menyajikan dan menghargai teh. Penglibatan aktif dalam upacara minum teh memerlukan kimono. Bahkan lelaki yang sering memakai sut daripada kimono pada upacara lain, dijangka memakai kimono pada upacara ini. Dalam banyak kes, para tetamu yang tidak mempunyai peranan aktif dalam upacara minum teh itu boleh berpakaian kasual.

5. Majlis Konvokesyen

5    Majlis Graduasi di Universiti dan kolej di Jepun adalah salah satu pemandangan yang jarang dijumpai kerana pada masa ini wanita Jepun akan memakai hakama dengan kimono. Hakama mempunyai imej ilmiah kerana guru-guru sekolah dan pensyarah lelaki dan perempuan secara tradisional memakainya.

Lelaki juga boleh memakai hakama dengan kimono ke majlis graduasi mereka tetapi kebanyakan daripada mereka memilih untuk memakai sut.

6. Hanami

6Hanami adalah adat tradisional Jepun untuk menikmati keindahan bunga semulajadi. Bunga yang dimaksudkan pada masa Hanami selalunya merujuk kepada bunga sakura atau bunga plum. Pada zaman moden di Jepun, Hanami disambut dengan mengadakan parti di bawah pohon sakura pada siang hari atau pada waktu malam. Hanami menjadi lebih bermakna jika orang Jepun mengenakan pakaian kimono. Jarang sekali, mereka memakai yukata pada masa itu.

7. Kyudo

7Kyudo, dengan kata lain bermaksud ‘Haluan Busur’, dianggap oleh ramai orang sebagai cara mempertahankan diri yang paling suci dan telus . Pada masa lalu, busur-busur di Jepun telah digunakan untuk memburu, peperangan, upacara mahkamah, permainan, dan pertandingan kebolehan. Kyudo adalah acara memanah Jepun yang yang biasanya dilakukan dalam kimono dan hakama.

8. Ikebana

8Ikebana adalah seni visual mengubah pokok dengan menyusun potongan batang pokok, daun, dan bunga dalam satu pasu dan bekas lain yang berkembang di Jepun lebih dari tujuh abad. Ia adalah perkara biasa untuk memakai kimono semasa menyertai latihan dan acara dalam seni tradisional Jepun seperti Ikebana ‘gubahan bunga’.

9. Upacara Pengebumian

9Kimono formal hitam boleh dipakai untuk upacara pengebumian. Namun ada juga yang hadir dalam sut hitam. Wanita sering membeli sut hitam yang direka khusus untuk pengebumian.
Keluarga si mati kebiasaaanya berpakaian kimono. Ini hanya satu masa yang mana kimono dipakai pada sebelah kanan kemudian baru disilangkan ke sebelah kiri. Ini kerana ia dianggap peristiwa yang amat buruk berlaku dalam kehidupan mereka jika memakai kimono dari sebelah kanan ke kiri.

10. Restoran

10     Restoran di Jepun sering mempunyai kod pakaian yang tersirat. Ia adalah perkara biasa bagi kakitangan dan pelayan untuk memakai kimono di restoran-restoran yang menghidangkan makanan tradisional Jepun seperti kaiseki.

11. Persembahan Musik

11Seperti di negara Barat, persembahan muzik tradisional dianggap acara rasmi. Pakaian kimono biasa dianggap pakaian formal ketika memainkan peralatan musik tradisional. Kimono hitam beserta simbol keluarga adalah dianggap formal seperti pakain sut semasa menyaksikan persembahan ini.

12. Ryokan

12Ia adalah fenomena biasa bagi kakitangan di ryokan (rumah-rumah tumpangan tradisional Jepun) memakai kimono. Ryokan juga menyediakan pakaian formal jubah seperti yukata bagi para tetamu yang bertandang ke situ.

13. Geisha

13Geisha dan Maiko memakai kimono dengan lapisan tambahan seperti lapisan dalaman yang cerah dikenali sebagai hiyoku. Kimono bahagian luar mereka kebiasannya kimono yang panjang dikenali sebagai susohiki sehingga mencecah atas tanah.

Bagaimana cara anda memakai lapisan kimono ini akan memberi erti simbolik. Geisha dan Maiko mahir dalam perihal ini.

14. Ahli Gusti Sumo

14Ahli gusti Sumo di Jepun dikehendaki memakai pakaian tradisional Jepun di khalayak ramai. Mereka cenderung untuk memakai yukata ringkas seakan kimono yang kelihatan seperti jubah mandi. Hanya pada acara-acara khas, ahli gusti Sumo akan memakai kimono yang lebih formal.

15. Kedai-kedai

15Pekerja-pekerja di kedai menjual barangan tradisional seperti wagashi boleh dijumpai memakai kimono. Kadangkala pada waktu pagi anda akan menjumpai pekerja sedang menyapu jalan di hadapan kedai sambil memakai kimono sebelum membuka kedai.