Jika anda melangkah masuk ke dalam sekolah di Jepun, terdapat beberapa perkara yang mungkin berbeza dengan pra-sekolah di negara kita dari segi susun atur, disiplin dan permainan. Mari kita lihat apa perbezaan diantara pra-sekolah di Jepun dengan pra-sekolah di Malaysia.
- Keadaan bilik darjah yang tidak panas atau tidak sejuk.
Hampir semua bilik darjah di Jepun adalah sama, menggunakan papan hitam besar di hadapan dan papan hitam kecil di belakang, tingkap di sebelah kanan kelas dan tingkap di sebelah kiri menghadap padang sekolah.
- Sekolah bermula pada bulan April
Tahun persekolahan di Jepun bermula pada bulan April. Kanak-kanak Jepun mempunyai satu bulan cuti iaitu pada bulan Ogos. Mereka akan kembali semula ke sekolah pada bulan September untuk penggal kedua. Kemudian mereka akan cuti lagi selama dua minggu sebelum masuk ke tahun baru ( cuti bermula selepas Krismas) dan kembali ke sekolah untuk penggal ketiga yang berakhir pada bulan Mac.
- Kanak-kanak pergi ke sekolah sendirian tanpa ibu bapa.
Kecuali untuk beberapa tadika dan pra-sekolah, anda tidak akan dapat melihat bas sekolah di Jepun. Jika kanak-kanak memerlukan pengangkutan untuk ke sekolah, mereka akan menaiki transit awam seperti bas dan kereta api. Apapun, ibu bapa tidak akan menghantar mereka ke sekolah.
Sekolah-sekolah di Jepun dibina di kawasan yang mudah diakses oleh kanak-kanak dan kebanyakkan kanak-kanak pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Mereka tidak dibiarkan sendirian kerana mereka akan berjalan secara berkumpulan. Kebanyakkan sekolah lain mempunyai pakaian seragam, dan kanak-kanak dikehendaki memakai topi supaya mereka mudah dilihat oleh komuniti.
- Kanak-kanak membersihkan sekolah mereka sendiri.
Di Jepun, mereka tiada penjaga untuk bangunan di sekolah. Kanak-kanak yang akan melakukan kerja pembersihan sendiri. Setiap hari, mereka akan meluangkan masa selama 10 – 15 minit dan bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah bermula dari bilik darjah, tandas, bilik guru hingga ke pintu masuk sekolah. Kanak-kanak sekolah rendah dan tinggi juga akan bertugas secara bergilir-gilir untuk mengedarkan makanan tengah hari di dalam kelas.
- Kanak-kanak membuat semua keputusan dengan Jan-Ken-Pon
Daripada perbahasan atau berhujah, kanak-kanak di Jepun menyelesaikan hamper semua masalah dengan permainan Jan-ken-pon (kertas-batu-gunting). Ini adalah bagaimana mereka menentukan siapa yang akan mendapat lebihan makanan yang ada. Di sekolah, mereka juga sering menggunakan versi yang lebih mudah iaitu batu-kertas untuk membuat pecahan kumpulan. Di mana, mereka akan bermain sehingga jumlah batu-kertas adalah 50-50.
- Kancho
Biasa yang kita lihat imej kanak-kanak di Jepun sangat teratur dan berkelakuan baik. Ia adalah benar, namun kadang kala mereka juga bersikap nakal. Bagi mereka, ia sesuatu yang kelakar jika menyerang orang lain di tempat sulit. Bagaimana cara serangan menyelinap ini? kanak-kanak tersebut akan mengekori mangsanya, dan menyucuk belakang mereka dengan jari.