7 KAFE YANG UNIK DI TOKYO

Terdapat banyak tempat yang unik di Tokyo di mana kebanyakannya telah pun dikenali sebagai tarikan utama pelancong. Tokyo, adalah salah satu daripada bandar-bandar terkaya di dunia bukan sahaja terkenal dengan kemeriahan lampu di waktu malam, kereta api yang canggih, peralatan dan kemudahan awam yang berteknologi tinggi, fesyen jalanan yang menarik perhatian, daerah membeli-belah yang memukau, dan makanan lazat , tetapi Tokyo juga membangun dengan kafenya yang unik. kafe-kafe ini terus menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara Jepun.

1. Kafe Pembantu Rumahkafe-unik-di-jepunSalah satu perkara yang paling terkenal di Jepun adalah budaya “kecomelan”. Dari dompet Hello Kitty, kipas, cawan, tuala, cermin sehingga cetakan Pokemon dan anime di kereta api dan kereta.Dengan persekitaran sebegini, di Jepun terdapat sebuah kafe pembantu rumah di mana semua pelayan anda adalah gadis comel yang cantik berpakaian seperti pembantu rumah. Pelayan kafe akan melayan pengunjung seperti tuan mereka sendiri.

Salah satu kafe pembantu rumah yang paling terkenal di Tokyo adalah “Home Cafe”. Kafe ini mempunyai lebih daripada 180 pembantu rumah yang berpakaian pembantu rumah gaya Victoria. Apabila anda masuk ke dalam kafe, pembantu rumah akan menyambut anda dengan ramah “Okaerinasaimase, goshujinsama!” yang bermaksud “Selamat kembali rumah, tuan!”.

2. Kafe Kucing2Kafe kucing, juga dikenali sebagai “neko” kafe adalah tempat di mana anda boleh tinggal dan menyewa kucing domestik untuk bermain dalam tempoh masa tertentu. Kucing terkenal dengan kecomelannya oleh itu ia boleh mengurangkan tekanan bagi mereka yang ingin berehat dari kesibukan kerja. Bergantung kepada kafe, kafe kucing yang kecil mungkin mempunyai 2-3 kucing di bawah jagaan mereka, manakala kafe kucing yang lebih besar mempunyai sekitar 10 atau lebih.

Di kafe kucing, anda boleh bermain dengan kucing dan memberi mereka makan. Kebanyakan kafe kucing membenarkan pengunjung mengambil gambar tanpa cahaya kamera yang mungkin boleh memberi ancaman kepada kesihatan kucing. Walau bagaimanapun, kebanyakan kafe kucing tidak membenarkan pelanggan mereka untuk membawa masuk kucing kesayangan mereka sendiri atas sebab-sebab tertentu.

3. Kafe N3331
3Kafe N3331 merupakan salah satu kafe yang paling unik di Tokyo. Ia diiktiraf sebagai kafe yang paling dekat dengan stesen kereta api di dunia kerana ia terletak betul-betul di tengah-tengah dua kereta api itu sendiri. Kafe ini terletak di antara stesen Kanda dan Ochanomizu di mana pengunjung diberi peluang untuk berkumpul di tempat yang selesa sambil menjamu kopi dan snek. Menu di kafe ini adalah terhad tetapi keunikan seni bina kafe ini pasti akan membuat peminat keretapi dan pelancong merasa kagum.

4. Kafe GUNDAM4Bagi peminat siri GUNDAM anda boleh datang melawat kafe unik ini di Akihabara, Tokyo. Kafe ini menyediakan menu makanan dan minuman yang menarik berdasarkan tempat-tempat yang disebut dalam siri GUNDAM termasuklah Kopi Jaburo, Kari Char-Zaku, Gunpla-yaki, dan banyak lagi.

Kafe ini juga dilengkapi dengan kedai cenderamata di mana anda boleh membeli barang-barang GUNDAM dan hadiah seperti rantai kunci, mug GUNDAM, gula-gula, dan banyak lagi.

5. Kafe Planetarium Starry5Kafe Planetarium Starry, adalah sebuah kafe yang dibina seperti planetarium di mana anda boleh merasai dan menikmatinya semasa waktu makan. Terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Haneda di Haneda, Tokyo, restoran kafe ini terkenal kerana suasana yang santai. Terdapat juga pelbagai filem animasi pendek, video mengenai alam semesta dan bintang-bintang, filem Jepun, dan banyak lagi. Ianya sesuai untuk mereka yang mahu merasai suasana di restoran yang luar biasa.

6. Kafe Raku-go6Kafe Raku-go terletak di tingkat 5 Pusat Kandakosho. “Raku-go” adalah sejenis cerita Jepun yang melibatkan hanya satu pencerita yang bercerita di hadapan penonton. Si pencerita akan memakai kimono dan duduk di atas kusyen di tengah-tengah pentas. Tiada alatan lain yang digunakan dalam Raku-go selain daripada kipas dan tuala kecil. Raku-go adalah salah satu bentuk hiburan semasa zaman Edo Jepun iaitu kira-kira 400 tahun dahulu.

Selain itu, di Kafe Roku-go juga ada buku, CD, DVD dan lain-lain yang berkaitan dengan persembahan Raku-go. Pada waktu malam, pentas kecil akan dihias untuk persembahan Roku-go dan ditontonkan kepada pengunjung.

7. Kedai Kopi Panda7Kedai Kopi Panda adalah tempat untuk mereka yang mencintai haiwan panda atau pelancong yang mahu merasai sesuatu yang baru. Tarikan utama di kafe ini adalah menu yang berkonsepkan panda seperti panda omuraisu (Nasi Pattaya Panda), minuman koko panda, biskut panda, dan lain-lain. Kafe ini juga terdapat gerai kecil di mana anda boleh membeli cenderamata panda yang comel. Kedai Kopi Panda adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang mahu berehat dan merasa persekitaran yang berbeza.