8 JENIS YOKAI DI JEPUN

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Mengikut kepercayaan orang Jepun, mereka menggelarnya sebagai ‘yokai’ iaitu dengan nama saintifiknya ialah hantu. Tetapi ianya bergantung kepada agama, persekitaran dan budaya mereka. Berikut merupakan senarai 8 jenis hantu mengikut kepercayaan orang Jepun.

  1. Nurikabe

 

 

Berdasarkan kepada kepercayaan rakyat jepun, alam ghaib merupakan salah satu ancaman kepada mereka selain daripada kehidupan liar dan jenayah. Jika mereka tidak membawa tanglung ketika berjalan malam dan hanya berpandukan kepada cahaya bulan, mereka akan tersesat dilencongkan oleh hantu yang digelar NURIKABE.

 

Sejenis hantu Jepun yang berbentuk seperti dinding yang akan muncul di laluan pejalan kaki bagi menghalang laluan mereka dan memaksa pejalan kaki melencong secara tidak sengaja lalu tersesat. Biarpun mencuba untuk menggunakan laluan yang lain, mereka tetap juga akan tersesat hingga boleh membawa beberapa hari jika mereka mencuba untuk melawan hantu tersebut.

 

  1. Ubume

 

 

Terdapat beberapa kemungkinan yang berlaku berkaitan dengan kehilangan kanak-kanak, tetapi menurut kepada kepercayaan lama rakyat Jepun, kebanyakkan kes kehilangan kanak-kanak adalah kerana kuasa jahat dari sejenis hantu yang dipanggil sebagai UBUME. Ubume adalah sejenis hantu yang seperti burung dan akan menjelma menjadi seorang perempuan jika salah satu bulunya dicabut lalu akan menculik kanak-kanak tersebut. Ubume dipercayai adalah jelmaan hantu daripada seorang perempuan yang mati ketika melahirkan anaknya, ataupun telah mati ketika sedang mengandung.

 

Hantu ubume ini juga di percayai akan menjelma dengan tidak berbaju dan mengendong bayi. Ubume sering dilaporkan kelihatan di jalanan dan jambatan, dan akan menahan sesiapa saja yang kebetulan lalu di situ meminta memegang bayinya lalu terus berlalu. Bayi tersebut akan menjadi semakin berat dan berat sehingga ianya bertukar menjadi batu, selepas itu ubume akan kembali dan mengucapkan terima kasih kerana menjaga anaknya dengan sempurna. Terdapat juga cerita yang menyatakan penjelmaan ubume sebenarnya adalah untuk mencari penjaga kepada anaknya setelah kematiannya. Selain itu hantu ubume ini juga sering ke pekan untuk membeli barang dengan menggunakan syiling dan akan bertukar menjadi daun setelah beliau hilang dari penglihatan. 


 

  1. Himamushi-Nyudo

Seperti kita di Tanah Melayu pada zaman dahulu orang Jepun menggunakan lampu minyak tanah jika bekerja pada waktu malam. Malangnya kepada mereka yang menyara hidup dengan bekerja pada waktu malam, mereka lebih menggemari menggunakan minyak ikan, iaitu kegemaran kepada tikus dan lipas. Perosak ini akan minum minyak ikan ini jika tidak dijaga, ini akan memaksa pekerja itu banyak membuang masa dengan menghalau tikus dan lipas tersebut. Kadangkala, walaupun, apabila minyak ikan itu banyak kehabisan ianya bukanlah disebabkan oleh tikus dan lipas, tetapi mereka percaya bahawa minyak tersebut telah dimakan oleh hantu yang dipanggil HIMAMUSHI-NYUDO.

Di katakan bahawa seseorang yang suka membuang masa semasa lapangnya ketika hidup akan menjadi himamushi-nyudo–bermaksud “si penjilat minyak”– dan akan mengganggu pekerja-pekerja malam ini. Di sebalik kepercayaan tahyul ini himamushi-nyudo sebenarnya sering dikaitkan dengan penjelmaan lipas dan menggunakan lipas itu sendiri sebagai simbol kepada hantu penjilat minyak ikan ini.

 

  1. Tenjo-Name

  

Tidak mempunyai alat pemanas atau penebat, rumah orang Jepun pada zaman dahulu sememangnya amat sejuk ketika musim dingin. Rumah yang mempunyai siling yang tinggi pula akan menjadikan suasana rumah akan menjadi lebih gelap. Kepercayaan mereka pada masa itu adalah kerana perbuatan daripada hantu yang dipanggil TENJO-NAME yang menyebabkan musim sejuk dan kegelapan. Hantu itu akan terapung di atas siling, menurunkan suhu dan mengaburkan suasana di dalam bilik. Makhluk tersebut di katakan tinggi, bertulang, mempunyai lidah yang panjang bagi memudahkannya untuk menjilat siling rumah. Apabila tenjo-name mulai menjilat siling ianya akan menjadikannya lebih kotor dan bukan membersihkannya.

 

Walaupun ianya di anggap sebagai karut, menyalahkan siling yang kotor, musim sejuk, dan kegelapan berpunca daripada tenjo-name, mereka sendiri tidak tahu bagaimana kisah dongeng ini boleh tersebar meluas di serata Jepun. Ahli sejarah moden kini berfikir bahawa pengarang ensiklopedia sejarah yokai berkemungkinan hanya dicipta tanpa sebarang kajian terlebih dahulu tentang kewujudannya.

 

  1. Mokumokuren

Pada zaman kuno Jepun, menduduki rumah yang telah ditinggalkan mungkin akan berdepan dengan unsur-unsur roh jahat yang terlebih dahulu menghuni rumah tersebut, seperti hari ini subjek ini terus diperkatakan dengan pelbagai laporan kejadian aneh yang berlaku di seluruh dunia. Dilaporkan bahawa orang yang tidur di rumah terbiar akan mempunyai perasaan yang ganjil seolah-olah sedang diperhatikan oleh makhluk halus. Mereka mempercayai bahawa mata yang sedang memerhatikan mereka itu adalah sejenis hantu yang digelarkan sebagai MOKUMOKUREN, dan mempunyai beratus mata yang memerhatikan mereka tanpa henti.

Hantu tersebut akan melemahkan semangat penghuni rumah itu dengan bunyi yang menakutkan, serta diceritakan lidahnya akan keluar dari pipinya.

 

 

  1. Yanari

Zaman Jepun masa kini, YANARI bermaksud gegaran atau goncangan rumah, terutamanya ketika berlaku gempa bumi. Berasal dari perkataan itu sendiri, walupun tahyul, pada masa lalu, apa sahaja bunyi aneh yang datang dari rumah ianya adalah disebabkan oleh hantu yang dipanggil yanari. Hantu tersebut akan menggoncang, dan mengetuk pada dinding rumah. Oleh kerana gempa bumi adalah satu perkara biasa di Jepun pada zaman dahulu, mereka tidak akan merasa jika berlaku gempa bumi pada skala yang rendah tetapi akan menggegarkan rumah. Apabila ianya berlaku, rumah yang bergegar tanpa sebarang sebab, jadi mereka akan menuduh yanari lah yang melakukannya.

Biarpun ketika era moden, rumah mereka tetap akan mengeluarkan bunyi yang bising pada waktu malam kerana penurunan suhu menyebabkan bahan-bahan asas rumah akan membengkok, apalagi ketika zaman kuno dahulu dimana rumah-rumah mereka diperbuat daripada bahan seperti buluh, kayu, dan daun kelapa.

 

  1. Kamaitachi

Di katakan bahawa jika seseorang yang jatuh dan bangun tetapi jatuh kembali ke tanah berulang kali, itu adalah disebabkan oleh sejenis hantu yang melanggar mereka dan dipanggil KAMAITACHI. Hantu tersebut akan menunggang angin, melanggar dan melukakan manusia dengan sengaja.

Bergerak dengan laju, manusia biasa tidak akan mampu untuk melihatnya, kamaitachi bekerja di dalam tiga kumpulan. Yang pertama akan mengetuk mangsa hingga jatuh, kemudian yang kedua, yang memegang sabit akan melibas mangsa sehingga yang ketiga akan datang dari belakang menyembuhkan luka tersebut. Begitulah alasannya jika seseorang itu jatuh dan mendapat luka, kerana tidak mahu memberitahu perkara yang sebenar, rekaan cerita seperti ini telah tersebar dengan meluas sehingga ramai yang mempercayai mereka juga telah dilanggar oleh kamaitachi.

 

  1. Kanashibari

  

Berbanding dengan negara yang lain, lumpuh ketika tidur atau dihimpit hantu guni di dalam kepercayaan bangsa melayu adalah perkara biasa di Jepun. Dengan anggaran 40 peratus rakyat Jepun telah mengalami kejadian ini ketika sedang tidur. Dipanggil KANASHIBARI, yang secara kasarnya bermaksud “untuk terikat pada logam,” ia dianggap satu fenomena yang terkenal di Jepun. Banyak blog-blog dan program TV di Jepun membicarakan topik ini di mana kebanyakkannya akan menyalahkan kanabishari ini atau roh-roh jahat yang meliar.

 

Dari kanak-kanak sehingga kepada pelajar-pelajar kolej mereka mendakwa telah melihat hantu atau penceroboh datang ke bilik ketika mereka sedang tidur. Mangsa mengatakan hantu tersebut lebih berminat untuk datang mengikat dan tidur di belakang jika mereka tidur bersama haiwan peliharaan.