Kalau pergi Jepun, mesti orang akan cari sushi.
Betul tak?
Samalah dengan MKJ!
MKJ pun gilakan sushi juga tau! Hihihi.
Kata orang, sushi makanan asli dari Jepun.
Persoalannya, betul ke?
Jawapannya, tak betul guys!
Sushi bukan berasal dari Jepun.
Jom MKJ kongsi fakta yang sebenar!
1.Sushi berasal dari Sungai Mekong
Okay guys!
Macam ni, asalnya, sushi zaman dulu bukanlah macam yang kita makan sekarang tau!
Dulu, sushi ni cuma ada ‘combination’ nasi dan ikan je.
So, makanan ni asalnya dari mana?
Kalau anda nak tahu, sushi pada awalnya ‘famous’ kat sepanjang Sungai Mekong, Asia Tenggara pada abad ketiga.
Kat mana Sungai Mekong tu?
Okay, Sungai Mekong ni melintasi negara Thailand, Vietnam, Myanmar, Laos dan Cambodia.
Unik betul sejarah ‘sushi’ ni kan?
Baru tahu ‘sushi’ dari sana rupanya!
2.Kenapa ‘sushi’ terkenal di Sungai Mekong?
Kenapa ‘sushi’ boleh terkenal kat Sungai Mekong ni?
Sebabnya, masyarakat kat situ kebanyakannya nelayan.
Rumah mereka pun memang di kawasan sungai.
So, apa mereka kena buat?
Mereka kena cari cara untuk simpan ikan supaya ikan-ikan tu tak busuk & rosak.
Akhirnya, mereka jumpa 1 cara!
Apa caranya tu?
Mereka cuba campurkan ikan-ikan tadi tu dengan nasi. Lepastu letak garam sikit.
Bila mereka buat macam tu, agak-agak yang apa jadi?
Haaa. Ikan-ikan tu boleh jadi segar dan tahan lama!
Menarik kan?
3.Cara penduduk Sungai Mekong simpan ikan supaya tahan lama
Okay, macam mana cara mereka simpan ikan?
Ada cara mereka tersendiri ke?
Okay, firstly, ikan-ikan tu akan dibersihkan dulu.
Then, mereka potong ikan tu.
Lastly, barulah mereka campurkan ikan tadi tu dengan nasi dan garam.
Mereka simpan kat mana?
Mereka akan simpan dalam bekas.
Berapa lama boleh tahan?
Yes, ikan tu boleh tahan berbulan-bulan!
Kalau mereka nak makan ikan dalam bekas tu, mereka akan keluarkan nasi tu dulu.
Then, barulah makan ikannya.
Kalau makan nasinya sekali, masin oi! Hihihi.
4. Kaedah simpanan ikan mula tersebar ke China dan Jepun
Okay guys!
Kaedah simpan ikan dengan nasi dan garam yang penduduk Sungai Mekong guna tu, mula tersebar ke China dan Jepun!
Abad ke-12, negara China mula buat macam tu.
Kemudian, Jepun pula cuba buat.
Tapi, bila kat Jepun, mereka ubah nama.
Mereka panggil cara ni dengan nama narezushi.
Sampailah abad ke-16, cara ni pun mula bertukar.
Bertukar macam mana tu?
Haa. Mereka dah tak guna nasi dan garam lagi!
Tapi, mereka guna apa?
Mereka tukar garam kepada cuka.
5.Bermulalah istilah ‘sushi’
Okay guys!
Disebabkan mereka tukar garam kepada cuka, maka terhasillah ‘nasi bercuka’!
So, ‘sushi’ bermaksud, nasi bercuka.
Inilah sejarah awal macam mana boleh wujudnya ‘sushi’.
Apa beza kalau guna garam dengan cuka?
Okay, kalau guna cara dulu-dulu yang pakai garam tu, lambat.
Tahu berapa lama? 6 bulan ke 1 tahun.
Lambat kan?
So, apa bezanya kalau guna cuka?
Kalau guna cuka, proses nak makan ikan tu tak lama.
Cuma beberapa jam sahaja.
Tapi, ‘sushi’ dulu-dulu, tak sama dengan ‘sushi’ zaman sekarang tau.
Dulu-dulu punya ‘sushi’, besar tapak tangan guys! Hihihi.
Abad ke-18, barulah ‘sushi’ berubah bentuk jadi kecil.
6.‘Sushi’ zaman sekarang
Okay guys!
Tahun 1990-an, dah mula ada mesin untuk mencipta ais tau.
So, apa orang Jepun buat?
Mereka dah tak perlukan kaedah lama tu lagi.
Campur cuka la, campur garam la, dah tak perlu lagi dah!
Mereka cuma potong ikan.
Then, simpan atas ais!
Bila mereka nak masak nasi, mereka akan potong ikan, kemudian, mereka letak ikan tu atas nasi, then suap ke mulut.
Selesai! Hihihi.
Mudah kan?
So, mereka tak perlukan kaedah lama lagi.
Mereka hanya perlu celupkan dalam kicap dan makan!
Inilah sejarah ‘sushi’ yang sebenar.
Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk para peminat ‘sushi’! Hihihi.