Kemas Kini Laman Web

       Melancongkejepun.com kini sedang dalam proses mengemaskini laman web kami untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat. Alhamdulliah, sambutan hingga ke hari ini amat menggalakkan. Untuk memastikan pengurusan pelanggan yang lebih teratur, kami akan sentiasa menambah baik sistem pengurusan untuk memudahkan urusan tempahan dengan anda berjalan dengan lancar.

Untuk pengetahuan anda, telah pun membuka cawangan Pejabat Urusan melancongkejepun.com di Malaysia. Kini kami lebih serius dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pelanggan kami. Untuk mengetahui lokasi pejabat urusan kami, sila pergi ke halaman HUBUNGI di dalam laman web ini. 

Pakej Lengkap Edisi 2019/2020

       Kami akan sentiasa memastikan pakej melancong ke jepun yang kami tawarkan adalah pakej yang paling murah(value for money) dan flexible untuk para pelanggan kami. Jesteru itu kami ingin memperkenalkan Pakej Lengkap Melancong Ke Jepun yang akan kami lancarkan tidak lama lagi. Pakej terbaru ini akan meliputi kawasan-kawasan yang lebih unik seperti Tokyo, Osaka, Kyoto, Kobe dan banyak lagi. 

Customization Jadual Percutian Anda

       Kami menerima tempahan pelanggan yang inginkan percutian mengikut jadual yang telah mereka rancang. Kami juga akan memberi tunjuk ajar dan tips-tips berguna untuk memastikan percutian anda di jepun berjalan dengan lancar. Jika anda tidak mahir untuk merancang jadual percutian anda sendiri, tidak perlu risau kerana kami akan menguruskan segala-galanya untuk anda.

Tiket penerbangan
       Alhamdulillah, kini kami telah boleh menyediakan perkhidmatan booking tiket penerbangan untuk anda. Perkhimatan ini disediakan dengan bayaran pengurusan sebanyak RM 50 untuk sekali tempahan. Kini anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk menguruskan tiket penerbangan anda kerana kami boleh uruskan segalanya!

Guest House
       Hasil daripada sambutan yang menggalakkan daripada para pelanggan kami, kini kami mempunyai dua Guest House di Tokyo iaitu di kawasan Gyotoku dan Chofu. Guest House ini memang amat muslim friendly dan hanya kami sewakan kepada pelancong yang beragama islam sahaja. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari halaman PENGINAPAN yang terdapat di dalam laman web ini.

Insuran Pelancongan
       Kami juga boleh menyediakan perkhimatan insuran pelindungan pelancongan kepada para pelanggan kami. Dengan adanya insuran ini, lawatan anda akan lebih terjamin dan selamat. Anggaran harga pelindungan insuran ini adalah antara RM 40 – RM 80 untuk seorang dewasa (bergantung pada terma & syarat)