BUDAYA  PERMAINAN JAN-KEN (BATU-KERTAS-GUNTING) DI JEPUN

Sama ada untuk menyelesaikan pertikaian atau memutuskan siapa yang akan bayar untuk makan tengah hari, budaya “Jan-ken” di Jepun amat mudah dan menyeronokkan. Di sana, batu-kertas-gunting atau “Jan-ken” merupakan kunci budaya bagi mereka untuk semua jenis pertikaian, perselisihan dan penyelesaian masalah.

Kanak-kanak di Jepun diajar  bermain Jan-ken pada usia yang muda, dan ia adalah cara yang paling cepat dan mudah bagi ibu bapa untuk membiarkan anak-anak mereka menyelesaikan masalah yang biasa berlaku di antara adik-beradik. Sudah semestinya ada di antara mereka yang handal bermain Jan-ken berdasarkan dari perbincangan strategi atau mengira kemungkinan dari pihak lawan,namun bagi dua remaja di Jepun, Jan-ken merupakan satu cara yang terbaik untuk mendapatkan penyelesaian secara adil. Kanak-kanak juga belajar bahawa keputusan dari permainan Jan-ken adalah sesuatu yang tidak dapat dipertikaikan kerana permainan ini lebih kepada “tuah” bagi yang menang.

Permainan Jan-ken adalah satu cara penyelesaian mudah dan adil yang boleh dipraktikkan kehidupan harian kita dari zaman kanak-kanak sehingga ke peringkat dewasa di mana perlawanan batu-kertas-gunting diadakan untuk menentukan segala-galanya termasuklah siapa yang perlu bayar karaoke atau siapa menang dia yang akan dapat hadiah yang diinginkan. Namun, permainan ini hanyalah untuk menentukan masalah yang ringan sahaja. Tidak pernah lagi didengar ianya digunakan untuk satu transaksi yang mahal seperti rumah lelongan atau rundingan harga kedai.

Jan-ken berasal dari negara China dan digunakan juga di negara barat  untuk membuat keputusan yang kurang penting. Dikatakan, Jepun yang menaikkan permainan Jan-ken ini dalam interaksi social yang dipanggil “Kitsune-ken” di mana peraturannya sama sahaja dengan permainan Jan-ken.

Budaya Jan-ken di Jepun boleh muncul di mana-mana. Restoran dan bar juga sering mengadakan promosi dengan cara mencabar pelanggan berlawan Jan-ken dengan pelayan restoran bagi mendapatkan minuman percuma ataupun diskaun. Ia juga biasa dimainkan untuk  permainan minum sehingga mabuk di kalangan rakan-rakan kolej mahupun rakan-rakan sekerja.