Seperti yang kita tahu, Bahasa Inggeris adalah bahasa universal dan ia menjadi bahasa perantaraan di seluruh dunia. Namun, sesuatu yang agak janggal apabila masyarakat yang maju seperti orang Jepun begitu lemah dalam Bahasa Inggeris. Mengapa perkara ini berlaku?
Walaupun ada antara mereka yang sudah belajar ke luar negara supaya boleh bercakap dengan lancar dalam bahasa inggeris, tetapi majoriti rakyat Jepun masih begitu lemah dalam bahasa ini.
Berikut merupakan antara sebab utama bagi masalah ini :
1. Jepun belajar perkataan menggunakan FuriganaPernahkah anda terjumpa suatu keadaan apabila seorang pelancong Jepun di restoran asing yang cuba untuk memesan “cheezu baagaa” atau “coohee”?. Itulah kesan penggunaan sistem Furigana bagi menyebut bahasa inggeris.
Ramai orang Jepun tersalah tanggapan bahawa sebaik sahaja anda telah menguasai ABC dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain yang menggunakan abjad roman, anda sudah cukup baik dari segi sebutan juga. Apa yang mereka tidak sedar ialah tulisan di dalam surat sering mempunyai sebutan yang berbeza dalam konteks kata-kata. penyelesaian kepada masalah ini adalah orang jepun perlu mempelajari sebutan berdasarkan kepada ayat yang lengkap, tanpa menggunakan Furigana.
2. Fonetik Yang Tidak BiasaBahasa Jepun hanya mempunyai 5 vokal manakala Bahasa Inggeris mempunyai 13 huruf vokal. Ini menyebabkan ramai orang Jepun yang tidak boleh membezakan antara sebutan itu dan menjadikan mereka sukar untuk mempelajari bahasa Inggeris.
– “A dan U” serta “L dan R”
Bagi kebanyakan orang Jepun, “cat” dan “cut” menghasilkan bunyi yang sama. Sejak dari kecil, perbualan mereka hanya merangkumi 5 vokal, walaupun mereka tahu perbezaannya, tetapi masih sukar untuk membuat perbezaan dalam sebutan.
Selain itu, mereka juga susah untuk membezakan antara bunyi L dan R. Sebagai contoh, ia adalah hampir mustahil bagi orang jepun untuk membezakan antara “right” dan “light,” “road” dan “load” dengan sempurna. Ia adalah perkara biasa bagi orang-orang Jepun untuk mengatakan “Lice, please” berbanding “Rice, please” di restoran-restoran di luar negara.
3. Budaya PemaluIa merupakan perkara yang sangat memalukan bagi orang jepun apabila mereka tidak dapat menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul. Ramai orang Jepun tidak mahu cuba untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana mereka takut membuat kesilapan. Disebabkan tidak fasih berbahasa inggeris, jadi mereka mengambil keputusan untuk tidak bercakap langsung dalam bahasa ini dan hal tersebut menjadi satu kitaran yang tidak baik bagi proses pembelajaran.
4. Struktur ayat yang berbezaDalam bahasa Inggeris, kata kerja diletakkan selepas subjek. Hal ini berlainan pula dalam tatabahasa jepun yang mana kata kerja diletakkan di akhir ayat. Jadi, perbezaan struktur ini sering menimbulkan kekeliruan bagi orang Jepun.
5. Tiada peluangMemandangkan semua orang bercakap dalam bahasa Jepun, anda tidak akan mendengar orang bercakap dalam bahasa Inggeris di Jepun. Anda tidak akan berpeluang untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris walaupun anda inginkannya. Ini merupakan satu lagi sebab mengapa sukar bagi orang jepun untuk menjadi penutur Bahasa Inggeris yang baik. Menurut Roru-chan, “Jepun adalah masyarakat yang pendiam berbanding dengan orang Barat! Perkara ini sangat ketara terutamanya apabila melibatkan penggunaan bahasa asing “. Bagi orang-orang Jepun, bukan hanya isi perbualan yang perlu dititikberatkan tetapi kandungan perbualan juga sangat dijaga.
6. Tiada kelas oralDi dalam kelas Bahasa Inggeris, orang Jepun kebanyakannya belajar dengan menghafal kata-kata, belajar tatabahasa, dan mendengar CD. Mereka tidak belajar bagaimana untuk bercakap di sekolah sehingga banyak orang Jepun yang boleh membaca dengan baik tetapi tidak dapat berbahasa inggeris sama sekali. Oleh itu, masyarakat jepun tidak dilatih untuk berbahasa inggeris secara praktikal.
7. Pendidikan Bahasa Inggeris di sekolahSistem pendidikan di Jepun yang lama hanya mula menggunakan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah. Oleh itu, dalam usia yang agak terlalu lewat ini, mereka sukar untuk menyesuaikan diri bagi mempelajari bahasa yang baru. Oleh yang demikian, mereka tidak mempunyai asas yang kuat dalam berbahasa inggeris. Namun begitu, pendidikan jepun sekarang sudah mula mengetengahkan bahasa inggeris di peringkat sekolah rendah.
8. Tidak perlu berbahasa Inggeris.Jepun merupakan sebuah negara perkauman yang serumpun. Oleh itu, penggunaan satu bahasa sahaja sudah memadai untuk mereka berinteraksi sesama mereka. Di bandar-bandar besar, seorang pelancong asing mungkin akan meminta anda untuk mendapatkan bantuan dalam Bahasa Inggeris tetapi keadaan itu mungkin amat jarang berlaku yang mana kita perlu berbahasa Inggeris. Sekiranya bahasa inggeris tidak digunakan dalam pekerjaan harian, ia merupakan perkara yang sukar bagi mereka untuk menggunakan bahasa ini.
Jadi, kerana semua sebab di atas, kemahiran Bahasa Inggeris rakyat Jepun adalah sangat lemah berbanding dengan negara-negara lain terutamanya dari aspek berkomunikasi. Apabila anda melawat ke Jepun, jangan terlalu marah atau kecewa apabila orang jepun tidak boleh bercakap Bahasa Inggeris dengan baik. Anda perlulah bersangka baik pada mereka dan berusahalah untuk mempelajari serba sedikit bahasa jepun sebelum anda ke sana bagi melancarkan lagi percutian anda.