PENGALAMAN PELANCONG : PENDAKIAN DI GUNUNG FUJI

Gunung Fuji terletak di Pulau Honshu, kira-kira 100 kilometer dari Tokyo. Ia juga merupakan gunung tertinggi di Jepun pada 12.389 kaki. Kami ingin kongsikan pengalaman dari salah seorang pelancong yang berjaya mendaki Gunung Fuji pada tahun 2012. Artikel ini telah ditulis oleh Luna Tan dari blog Life To Reset.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pertama kali saya melawat ke Stesen ke-5 Gunung Fuji hanya untuk melihat-lihat. Saya terus terpesona dengan bilangan penjalan kaki yang bersedia untuk menakluk 3,776m gunung berapi yang tidak aktif.

Saya berikrar pada diri sendiri bahawa saya akan kembali semula pada musim mendaki yang akan datang dan menjadi salah seorang yang boleh berbangga dengan mengatakan “saya daki gunung Fuji”. Komitmen diri telah dicapai pada hujung minggu lalu when saya sampai di puncak gunung Fuji kira-kira jam 3.30 pagi.

Walaupun biasanya saya berjalan bersendirian, saya tahu bahawa mendaki Gunung Fuji lebih banyak pengalaman untuk dikongsikan bersama rakan-rakan sekerja. Dengan sekumpulan 7 orang (6 lelaki + saya), kami ambil Bas Keio dari Shinjuku ke Stesen ke-5.

Kami tiba di sekitar 12.45 di stesen ke-5, iklimnya bercampur kabus dan hujan renyai.kami tahu bahawa kami masih mempunyai masa yang banyak sebelum memulakan pendakian kami, jadi kami pergi makan tengah hari, berjalan-jalan dan membeli kayu mendaki.

Kami merancang untuk mengambil trail Kawaguchiko / Yoshida yang mengambil masa 5 hingga 6 jam untuk sampai ke bahagian atas.  Suhu di luar 0 darjah di ketinggian 3,776, jika mahu sampai awal untuk melihat matahari terbit pada jam 5 pagi, kami perlu bijak untuk membuat anggaran masa dan kelajuan semasa mendaki.

Perasaan teruja dan cemas bercampur-baur, kami mula mendaki pada jam 3 petang dan berhenti beberapa kali untuk mengambil gambar.

Semasa pendakian kami, kami melihat beberapa pendaki sudah menyelesaikan misi pendakian mereka dan mula turun ke bawah. Dengan muka yang kepenatan, saya agak mereka sudah tidak sabar lagi untuk berbaring dan tidur setelah penat mendaki. Saya tertanya-tanya adakah saya juga akan jadi seperti mereka selepas kami selesai mendaki?  Saya lebih rela untuk menyewa dan menaiki kuda hingga ke terminal bas.

Cuaca yang sempurna (tidak terlalu panas, tidak hujan , cukup cahaya matahari) dan langit yang jelas, pemandangan Tasik Kawaguchiko dan bandar di bawah memberi semangat pada kami untuk menyelesaikan pendakian untuk melihat keindahan yang menakjubkan. Dalam masa 30 minit, kami tiba di stesen ke-6 (2,309m).

Selepas mengharungi beberapa langkah yang curam, kami berjaya sampai ke stesen ke-7 (2,700) di mana pondok gunung Kamaiwakan berada.  Kami berehat seketika dan menukar pakaian yang lebih panas.

Selepas 30 minit, saya beritahu pada ahli lain yang kita perlu meneruskan perjalanan ke stesen ke-8 pada 4.30 petang, untuk mengelakkan dari berjalan dalam gelap dan habiskan waktu di sana, berehat dan makan malam.

Kami meneruskan perjalanan sehingga ke stesen ke-8. Pintu masuk stesen ke-8 adalah pintu tori-merah di mana terdapat pondok di gunung tersebut.

Laluan pendakian tidak terlalu sesak seperti yang saya jangkakan dan kami berjaya lepas dengan mudah.

Jarak antara stesen ke-7 dan stesen ke-8 agak jauh berbanding stesen 6 ke stesen 7. Dari laluan berbatu-batu kecil dan bertanah merah, bertukar kepada laluan berbatu-batu besar yang perlu menggunakan lebih tenaga untuk mendaki.

Stesen ke-8 terbahagi kepada dua bahagian dan kebanyakkan hotel dan pondok terdapat di sepanjang laluan ini. Sesetengah pondok ada kedai yang menjual minuman, coklat dan sarung tangan.

Tandas di sana perlu dibayar dengan harga 200 yen, tapi ada juga yang saya lihat mereka yang masuk tanpa bayar.

Kami sampai ke stesen ke-8 (3100 m) di mana pondok Gunung Taishikan berada dan kami dapatkan cop untuk kayu pendakian (200 yen). Kami meneruskan lagi perjalanan dan berhenti di setiap pondok untuk mengumpulkan cop.

Hari semakin gelap dan suhu semakin sejuk. Semua orang mula mengeluarkan lampu kepala dan meneruskan perjalanan.

Kami sampai ke stesen ke-8 (3,450 m) di mana terletaknya pondok Goraiko. Kami berehat seketika sambil menikmati mi segera dan kopi. Sekitar jam 1, kami meneruskan perjalanan ke puncak. Sebenarnya, puncak gunung Fuji adalah stesen ke-10 di mana terletaknya tempat suci. Untuk sampai ke puncak, sudah tentu kami perlu melalui stesen ke-9 dahulu.

Stesen ke-9 ditandakan dengan batu putih Torii dengan laluannya yang agak mencabar. Sekitar jam 3.30 pagi, saya sampai ke puncak.

Matahari akan terbit pada jam 5.00 pagi dan ramai di antara mereka yang sudah mula mencari tempat yang terbaik untuk mengambil gambar.

Selepas matahari terbit, saya menuju ke tempat suci untuk mendapatkan cop terakhir.

Seronoknya dapat melihat pendaki-pendaki lain yang berpeluk sesama sendiri. Sementara mereka yang ada membawa selimut haba, tidur untuk seketika.

Dengan tidur yang tidak mencukupi, kami mula turun pada jam 7.00 pagi. Saya merasakan perjalanan turun ke bawah lebih sukar dari mendaki.

Sekitar jam 11.00 pagi, saya sampai ke stesen-5 sekali lagi. Dengan muka yang terbakar, saya tidak sabar untuk pulang ke rumah untuk menikmati Yoshinoya, memberus gigi selama satu jam dan mandi serta tidur.