Ramai yang berasa risau dan sering tertanya-tanya bagaimana agaknya mahu melancong jika terpaksa menggunakan kerusi roda. Di sini, kami ingin kongsikan tips dari Ashley Lyn Olson yang merupakan penulis blog Lonely Planet tentang bagaimana untuk melancong ke Jepun dengan selesa bagi mereka yang menggunakan kerusi roda.
Saya berada di Jepun hanya selama tiga hari apabila rakan saya dan pemandu pelancong (fasih berbahasa Jepun) menyampaikan berita buruk. “saya perlu pulang ke US esok, ada hal penting” katanya. Saya faham, tapi saya rasa tidak selamat. Dalam tempoh 24 jam, saya akan hilang tukang penterjemahan. Tetapi, dengan fikiran yang terbuka dan bersikap positif, saya bersedia untuk pengembaraan di Jepun!
Destinasi Kyoto : Perjalanan kereta api di Jepun
Nasib yang baik untuk saya dan pengembara kerusi roda yang lain, sistem kereta api di Jepun sangat berkesan dan mesra pengguna(untuk berkerusi roda). Stesen-stesen di sana adalah sumber yang bagus untuk pelancong berkerusi roda kerana terdapat banyak kedai serbaneka, tandas dan restoran yang mudah untuk diakses oleh golongan seperti saya.
Saya bertolak dari Tokyo dan terus menuju ke Kyoto dengan menaiki shinkansen(bullet train) selama dua jam. Saya beritahu pada pekerja di dalam kereta api bahawa saya memerlukan bantuan setibanya di sana. Pekerja itu kemudian membuat panggilan ke stesen Kyoto dan memaklumkan kepada pekerja di sana supaya membuat persediaan.
Untuk shinkansen dan kereta api jarak jauh yang lain, ada tanda khas untuk pengguna kerusi roda, di mana pintu laluan yang sedikit besar dan ruang untuk kerusi roda serta tandas mudah diakses. Di shinkansen juga terdapat “bilik pelbagai guna”. Pertama kali saya menaiki shinkansen, ruang kerusi roda tersebut sudah diambil jadi saya menggunakan bilik pelbagai guna itu dan ianya sangat selesa!
Lif, tandas dan sebagainya
Pengembara yang kurang upaya akan mengalami beberapa kemudahan yang bagus di Jepun. Sebagai contoh, bilik mandi untuk orang kurang upaya, sama ada di hotel ataupun di tempat awam mempunyai reka bentuk dan fungsi yang baik untuk mereka.
Jepun juga menggunakan “tactile paving” di kaki lima dan stesen kereta api untuk membantu perjalanan orang buta.selain itu, apa yang saya suka adalah setiap lif yang saya lihat, mempunyai butang keutamaan bagi pengguna kerusi roda. Lif ini akan lebih cepat daripada yang lain.
Saiz kerusi roda di Jepun
Walaupun terdapat banyak kemudahan yang bagus di Jepun, namun ada satu cabaran yang perlu dipertimbangkan iaitu saiz kerusi roda. Di Amerika, saiz yang besar dianggap lebih bagus. Tetapi di Jepun, kerusi roda kecil mendapat sambutan lebih tinggi.
Jepun mempunyai populasi yang besar untuk orang berbadan kecil. Jadi, anda memerlukan kerusi roda yang lebih kecil. Secara umum, saya telah melihat ramai orang berkerusi roda termasuk pengguna kerusi roda manual, kerusi roda orang tua di hospital hampir sama dengan skuter Jazzy.
Pertolongan di Nara
Perjalanan dari Kyoto ke Nara mengambil masa kira-kira satu jam perjalanan dengan menaiki kereta api. Nara yang terkenal dengan rusa jinak serta kuil-kuil dan tempat suci. Semasa dalam perjalanan ke kuil Kasuga Taisha, laluannya agak berbatu-batu dan membuatkan saya penat. Tetapi, saya nekad untuk sampai juga ke tempat tersebut. Sepanjang perjalanan, saya disapa oleh satu keluarga Jepun dan bertanya jika saya mahu dibantu tolak. Ya! (Hai) saya menjawab dalam bahasa Jepun.
Apabila sampai di bawah Kasuga Taisha, saya gentar kerana terdapat beratas-ratus tangga. Si bapa memikirkan cara bagaimana untuk saya naik ke atas. Kurang dari seminit, ada seorang lelaki muda Amerika menghulurkan bantuan dan mereka bersama-sama membantu saya menaiki tangga hingga ke atas.
Setelah puas melawati Kasuga, si bapa bertanya mengenai rancangan saya selepas itu. Dia memberitahu bahawa mereka boleh bawa saya ke mana sahaja yang saya mahu pergi di Nara. Lalu, kami menuju ke Horyu-ji yang merupakan tapak Warisan Dunia dan salah satu kuil yang tertua di Jepun. Si bapa tidak membenarkan saya membayar apa-apa termasuklah makan tengah hari dan tiket saya. Kebaikan dan kemurahan hati orang Jepun bukanlah perkara yang luar biasa di sana.
Kebaikan orang yang tidak dikenali
Hari kegemaran saya di Jepun adalah semasa di Arashiyama. Kyoto dipenuhi dengan kuil-kuil dan tempat-tempat suci. Saya melawat kuil dan beberapa tempat suci. Selepas itu, saya makan tengah hari dan kemudian pergi ke dusun buluh (Arashiyama Bamboo) selepas melihatnya di dalam peta.