SEBAB ANDA PERLU TUNDUK DI JEPUN

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Menunduk di Jepun boleh digunakan sebagai tanda ucapan, pengenalan, menunjukkan rasa hormat atau memohon maaf. Terdapat beberapa jenis tunduk di Jepun yang berguna untuk diketahui.

 

  1. Ucapan Salam

Ia adalah biasa untuk menganggukkan serta menundukkan sedikit kepala dan bahu sebanyak 10 darjah ke bawah bagi tujuan menyambut kawan. Ia juga merupakan satu isyarat yang sama yang boleh digunakan untuk mengucapkan selamat tinggal.

Dalam keadaan yang amat formal menunduk secara penuh juga boleh dilakukan.

  1. Pengenalan

Dalam pengenalan secara rasmi dan kasual, mereka biasanya menjangkakan anda untuk menundukkan bahagian atas badan anda sebanyak 30 darjah ke bawah. Adalah penting untuk menjaga kepala dan bahu anda supaya ia berada dalam keadaan yang lurus dengan tangan berada di tepi badan anda.

Selepas melakukan pertukaran Meishi, anda perlu tunduk dan menahan tundukkan itu selama 1 saat atau lebih. Tidak ada alasan untuk menjaga hubungan mata anda dengan orang lain semasa menunduk. Pastikan anda menjaga jarak anda dengan orang lain bagi mengelakkan anda daripada terlanggar kepala antara satu dengan yang lain.

Jika orang yang yang anda ingin bertemu itu adalah orang yang sangat penting, anda boleh tundukkan kepala anda sebanyak 45 darjah ke bawah. Jangan sekali-kali menundukkan kepala dan bersalaman pada masa yang sama.

(Obama dikritik secara meluas kerana tundukkan ini. Walau bagaimanapun, ini adalah kesilapan yang biasa dilakukan)

 

  1. Tundukkan Penghormatan

Tundukkan adalah ungkapan kepada kerendahan hati seseorang. Ia juga sentiasa menandakan rasa hormat kepada seseorang.

Di sini menunjukkan penjaga ikan paus yang menundukkan kepala kepada ikan pausnya.

Di Nara, rusa telah menjadi begitu biasa dengan tundukkan kepala, sehinggakan jika anda menundukkan kepala kepada mereka, meraka akan tunduk kembali kepada anda.

 

  1. Tundukkan Ketika Bersukan

Ini adalah satu lagi tundukkan hormat iaitu dengan menundukkan kepala kepada pihak lawan sebelum perlawanan sukan dimulakan. Biasanya tundukkan yang dilakukan adalah sedikit sahaja iaitu sebanyak 20 darjah ke bawah.

  1. Tundukkan Untuk Keagamaan

Ia juga merupakan perkara yang biasa untuk memberikan tundukan kepada tuhan-tuhan di kuil Shinto. Biasanya tundukkan ini adalah dengan merendahkan sedikit bahagian atas badan anda.

Upacara Shinto seringkali meminta untuk tundukkan yang penuh iaitu seperti kedudukan melutut.

 

  1. Tundukkan Seni Mempertahankan Diri

Seni mempertahankan diri Jepun biasanya mempunyai car tundukkan mereka yang tersendiri. Penghormatan yang tinggi diberikan kepada sensei anda (guru). Ia juga penting untuk menunjukkan rasa hormat kepada pihak lawan anda.

 

  1. Menunduk Kepada Pelanggan

Di Jepun, pelanggan dianggap seperti tuhan. Jadi ia merupakan perkara yang biasa untuk pekerja tundukkan kepada pelanggan mereka. Biasanya ia melibatkan tundukkan bahagian atas badan sekitar 20 darjah ke bawah.

(Panduan tundukkan untuk pekerja)

(Petugas di tempat letak kereta menundukkan kepala kepada pelanggan di Shibuya)

 

  1. Tundukkan Untuk Ucapan Terima Kasih

Jika seseorang memberikan anda laluan di hadapan mereka di dalam barisan mereka, adalah perlu untuk memberikan tundukkan kepala yang sedikit sebagai ucapan terima kasih kepada mereka. Ia juga telah menjadi perkara yang biasa bagi pemandu kereta untuk menundukkan sedikit kepala mereka kepada satu sama lain untuk menunjukkan sifat kesopanan.

Di majlis perkahwinan Jepun, ia adalah perkara biasa untuk pengantin perempuan berucap secara beremosi kepada ibu bapanya untuk mengucapakan terima kasih kepada mereka atas sokongan yang diberikan. Ketika ini pengantin perempuan akan menundukkan kepala sambil menghadiahkan bunga kepala ibu mereka.

 

  1. Tundukkan Ketika Persembahan

Seperti di Barat, ia menjadi perkara yang biasa kepada penghibur untuk memberikan tundukkan kepada respons tepukan yang diberikan. Biasanya tundukkan yang dibuat adalah sedikit sahaja. Gambar di bawah ini menunjukkan Geisha sedang melakukan tundukkan.

 

  1. Permohonan Maaf Yang RIngan

Permohonan maaf ringan melibatkan tundukkan kepala sebanyak 10 darjah. Ini boleh dilakukan jika anda terlanggar seseorang yang anda tidak kenali atau anda telah menyebabkan kesulitan yang kecil telah terjadi kepada seseorang. Sebagai contoh, jika seseorang yang menahankan pintu lif untuk anda, katakanlah “sumimasen” kepada mereka yang bermaksud maafkan saya atau saya minta maaf.

 

  1. Permohonan Maaf Yang Biasa

Jika bos anda marah pada anda, tundukkan bahagian atas badan anda sebanyak 45 darjah. Bertahan dalam posisi tunduk itu selama 5 saat. Kemudian katakanlah “deshita sumimasen” iaitu yang bermaksud saya minta maaf untuk apa yang saya lakukan.

 

  1. Permohonan Maaf Yang Serius

Katakan anda seorang CEO syarikat dan syarikat anda telah mengeluarkan produk yang rosak. Pada sidang akhbar itu, anda boleh meminta maaf dengan menundukkan bahagian atas badan anda sebanyak 45 darjah dan cubalah bertahan dalam posisi ini  selama 15 atau 20 saat. Kemudian, katakanlah “moushiwake gozaimasen deshita” iaitu yang bermaksud saya memohon maaf atas apa yang saya lakukan.

 

  1. Permohonan Maaf Secara Panik

Katakan anda merupakan pelayan di restoran dan anda telah menumpahkan kopi yang panas kepada pelanggan. Anda boleh tundukkan kepala anda sebanyak 45 darjah secara berulang-ulang untuk menunjukkan betapa serius anda ingin memohon kemaafan. Ulanglah perkataan “gozaimasen moushiwake” yang bermaksud saya amat meminta maaf, dengan setiap tundukkan yang dilakukan.

Ini juga cara bagaimana orang meminta maaf kepada yakuza di dalam filem.

 

  1. Permohonan Maag Yang Sangat Serius

Katakan anda telah melakukan jenayah yang serius dan anda ingin meminta maaf kepada mangsa. Anda perlu tunduk dengan kedudukan melutut. Katakanlah “Makoto ni moushiwake gozaimasen deshita” yang bermaksud saya memohon maaf di atas apa yang saya lakukan.

 

VIDEO LINK : https://www.youtube.com/watch?v=vdlNZJ_TFXU