Polisi Bayaran Balik dan Pembatalan

Pembatalan & Pertukaran Pakej Oleh Peserta

1. Sebarang pembatalan atau pertukaran pakej / tarikh hendaklah secara bertulis / email / whatsapp sahaja kepada staff kami mengikut pakej masing-masing bagi mengelakkan salah faham. Sila sertakan juga surat kematian, surat doktor atau dokumen sokongan (jika berkaitan).

2. Jika pembatalan pakej dibuat atas tindakan dan sebab persendirian, anda tertakluk kepada semua terma dan syarat yang telah ditetapkan.

3. Jika MKJ menerima notis untuk pembatalan tempahan/penukaran pakej 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM50.00 atau 2% daripada pakej pelancongan (mengikut yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan. Jika MKJ menerima notis untuk pembatalan/penukaran pakej 7 hari pertama selepas pembayaran deposit, anda berhak mendapat pemulangan deposit 100% dari pembayaran.

4. Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas

5. Jika tiket penerbangan telah dibeli, atau tempahan hotel dan lain-lain telah dibuat, kos nilai harga perlu ditanggung oleh peserta 100%.

6. Pertukaran tarikh, tambahan (fare & tax) dan sebagainya adalah tanggungan peserta.

7. Jika pihak syarikat/jabatan anda sendiri yang membatalkan/tidak meluluskan cuti selepas tempahan dibuat, pihak MKJ tidak akan bertanggungjawab. Anda mestilah merujuk pihak syarikat/jabatan anda yang membuat keputusan tersebut.

8. Jika anda menerima sebarang sekatan imigresen, visa, melibatkan perbelanjaan tambahan, bayaran balik dan bayaran ganti rugi seumpamanya apabila tiba di negara lawatan, anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bayaran atau kerugian tersebut.


Pembatalan & Pertukaran Pakej Oleh MKJ

1.⁠ ⁠Jika MKJ membatalkan atau tidak dapat menjalankan trip atas sebab dalam kawalan MKJ, peserta berhak memilih salah satu daripada berikut:

(a) pemulangan 100% daripada jumlah bayaran yang telah dibuat; atau
(b) pertukaran ke tarikh atau pakej lain tanpa caj tambahan, tertakluk kepada ketersediaan.

2.⁠ ⁠Peserta akan dimaklumkan secara bertulis (email/WhatsApp) sebaik sahaja keputusan pembatalan dibuat, dan perlu memaklumkan pilihan mereka kepada MKJ.

3.⁠ ⁠Jika trip tidak dapat diteruskan akibat kejadian luar jangkaan (force majeure) seperti bencana alam, wabak penyakit, darurat atau peperangan, MKJ akan memulangkan bayaran yang diterima setelah ditolak kos tidak boleh dipulangkan yang telah dibayar kepada pihak ketiga seperti syarikat penerbangan dan hotel.


Kaedah dan Tempoh Bayaran Balik

1.⁠ ⁠Pembayaran yang dibuat menggunakan kad akan dikembalikan ke kad asal sahaja, dalam tempoh 7–14 hari bekerja.

2.⁠ ⁠Pembayaran yang dibuat melalui instant transfer, DuitNow atau pembayaran dalam talian akan dikembalikan ke akaun asal yang digunakan untuk pembayaran.

3.⁠ ⁠Tempoh bayaran balik dikira dari tarikh permohonan atau pembatalan diluluskan oleh MKJ.

4.⁠ ⁠Masa sebenar bayaran masuk ke kad atau akaun anda mungkin bergantung kepada proses bank atau pengeluar kad.

Cara Memohon Bayaran Balik atau Pembatalan

Sila hubungi kami secara bertulis:

•⁠ ⁠Email: sales@melancongkejepun.com
•⁠ ⁠WhatsApp: 011-1134 7341 (Bella)

Sila nyatakan nama penuh, pakej, tarikh trip, kaedah pembayaran dan sebab permohonan pembatalan.