Cara Membuat Tempahan
1. Pembayaran deposit pakej harus dibuat selewatnya 60 hari sebelum tarikh tiket penerbangan.
2. Pembayaran penuh wajib dibuat 14 hari sebelum tarikh trip bermula. Sekiranya gagal pihak kami berhak untuk tidak menjalankan trip & tiada refund.
3. Selepas deposit dibuat, hanya dibenarkan 3 kali sahaja untuk revise quotation.
4. No refundable andai ada perubahan dan pengurangan peserta tempoh trip 30 hari & pihak kami berhak menaikkan harga pakej untuk cover jumlah peserta terkini.
5. Kami berhak mengenakan bayaran tambahan jika trip pada waktu puncak ‘peak season’ atau perubahan matawang yen yang sangat drastik berserta memo dari syarikat (bergantung kepada keadaan semasa).
6. Kadar perubahan RM-YEN adalah mengikut Maybank Exchange Rate. Link Rujukan :
https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/rates/forex_rates.page
7. Sekiranya pembayaran deposit dibuat secara “last minute” iaitu kurang 1 bulan daripada tarikh tiket penerbangan, pihak kami berhak untuk menaikkan harga pakej disebabkan oleh kos penginapan menjadi mahal akibat “booking last minute”. Hal ini diluar kawalan kami.
8. Kad Tiket Train (Pasmo/Suica/Icoca) yang digunakan untuk menaiki public transportation di Jepun haruslah dipulangkan semula kepada kami. Jika kad tersebut hilang, anda bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi berdasarkan baki kredit dalam kad.
9. Tempahan dan pembayaran deposit yang telah dibuat menandakan persetujuan dan menjadi bukti muktamad bahawa anda telah bersetuju dengan semua terma dan syarat syarikat kami.
Pengesahan Maklumat Serta Butiran Pakej
1. Anda dikehendaki menyemak maklumat mengenai pakej yang ditempah sebelum membuat pembayaran deposit termasuk harga pakej, tarikh penerbangan (pergi & balik) dan waktu berlepas dan ketibaan, pakej yang dipilih termasuk hotel penginapan dan jenis bilik yang dipilih dan lain-lain maklumat seperti yang tertera pada resit pembayaran atau surat pengesahan.
2. Anda dianggap telah bersetuju dengan semua maklumat di dalam resit atau surat pengesahan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang risiko atau kos tambahan pada pakej anda sekiranya anda gagal melaporkan sebarang kesilapan atau peninggalan di dalam butiran pakej anda dalam tempoh 24 jam dari tarikh resit atau surat pengesahan dikeluarkan.
Pengangkutan
1. Sekiranya berlaku sebarang perubahan atau pindaan jadual penerbangan, MKJ tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menanggung sebarang ganti rugi termasuk bayaran perubahan tiket domestik, hotel tambahan atau lain-lain kesusahan akibat dari pindaan tersebut.
2. MKJ juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan ganti rugi, yang timbul akibat dari pertukaran jadual, kelewatan, pembatalan, missed connection, masalah mekanikal, cuaca buruk, penyusunan semula tempat duduk di dalam penerbangan, kehilangan / kelewatan bagasi, kelewatan pemeriksaan imigresen dan/atau penolakan menaiki penerbangan oleh syarikat penerbangan.
Pembatalan & Pertukaran Pakej
1. Sebarang pembatalan atau pertukaran pakej / tarikh hendaklah secara bertulis / email / whatsapp sahaja kepada staff kami mengikut pakej masing-masing bagi mengelakkan salah faham. Sila sertakan juga surat kematian, surat doktor atau dokumen sokongan (jika berkaitan).
2. Jika pembatalan pakej dibuat atas tindakan dan sebab persendirian, anda tertakluk kepada semua terma dan syarat yang telah ditetapkan.
3. Jika MKJ menerima notis untuk pembatalan tempahan/penukaran pakej 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM50.00 atau 2% daripada pakej pelancongan (mengikut yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan. Jika MKJ menerima notis untuk pembatalan/penukaran pakej 7 hari pertama selepas pembayaran deposit, anda berhak mendapat pemulangan deposit 100% dari pembayaran.
4. Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepa

5. Jika tiket penerbangan telah dibeli, atau tempahan hotel dan lain-lain telah dibuat, kos nilai harga perlu ditanggung oleh peserta 100%.
6. Pertukaran tarikh, tambahan (fare & tax) dan sebagainya adalah tanggungan peserta.
7. Jika pihak syarikat/jabatan anda sendiri yang membatalkan/tidak meluluskan cuti selepas tempahan dibuat, pihak MKJ tidak akan bertanggungjawab. Anda mestilah merujuk pihak syarikat/jabatan anda yang membuat keputusan tersebut.
8. Jika anda menerima sebarang sekatan imigresen, visa, melibatkan perbelanjaan tambahan, bayaran balik dan bayaran ganti rugi seumpamanya apabila tiba di negara lawatan, anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bayaran atau kerugian tersebut.
Jadual Perjalanan
1. Pihak kami berhak untuk menjadualkan semula atau tukar tempat lawatan atau langkau tempat lawatan bergantung kepada keadaan semasa, sama ada dari segi cuaca, kesesakan lalu lintas, perkara – perkara yang berlaku diluar jangkaan dan sebarang perayaan semasa lawatan. Kelewatan para peserta juga boleh mengakibatkan perubahan jadual perjalanan. Anda mesti menepati segala peraturan yang telah ditetapkan di tempat lawatan.
Persiapan Akhir
1. Setiap peserta yang akan mengikuti trip kami mestilah memastikan tidak mempunyai sebarang senarai hitam (blacklist) berkaitan/sekatan dari segi pencukaian, pinjaman dan seumpamanya, untuk memastikan semua peserta tidak mengalami masalah dengan imigresen yang boleh menyebabkan peserta ketinggalan penerbangan.
2. Sila pastikan tempoh sahlaku passport anda (validity/expired date) lebih dari enam (6) bulan dari tarikh perjalanan.
3. Bagi pemegang selain dari passport Malaysia, anda perlu rujuk di Jabatan Imigresen atau kedutaan di negara masing- masing untuk memastikan visa diperlukan mahupun tidak.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah semasa di lapangan terbang (airport) pada kemudian hari akibat dari pada perkara diatas.
Wabak (Act Of God)
1. Setiap perjalanan pakej yang telah diatur MKJ akan tetap diteruskan jika tiada sekatan dari pada negara lawatan disebabkan wabak/penyakit atau sebagainya untuk melancong ke negara mereka namun pihak syarikat MKJ berhak meneruskan perjalanan dengan menukar jadual lawatan program serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kebersihan yang sepatutnya demi menjamin keselamatan para peserta.
2. Segala kos atau pembayaran yang telah dibuat oleh syarikat MKJ kepada pihak penerbangan, hotel, pengangkutan, makanan dan syarikat pelancongan tempatan tidak akan dipulangkan kepada peserta jika peserta sendiri membuat pembatalan pakej atas sebab wabak/penyakit selagi negara berkenaan tidak menyekat pintu masuk ke negara mereka dan tiada larangan dari kerajaan Malaysia (WISMA PUTRA).
3. Pihak syarikat akan mengikut segala arahan terma dan syarat pihak penerbangan, hotel, pengangkutan, makanan dan syarikat pelancongan tempatan dan akan memaklumkan kepada peserta.
Tuntutan
1. Urusan claim vat/tax untuk perbelanjaan sendiri dimana-mana pakej MKJ adalah urusan sendiri. Segala urusan dan kerugian untuk perkara tersebut, pihak kami tidak akan bertanggungjawab.
2. Tuntutan pemulangan bayaran tempahan tidak boleh dibuat ke atas MKJ atau disaman atas segala kejadian diluar jangkaan seperti bencana alam dan penularan wabak penyakit (Act Of GOD), darurat, peperangan dan seumpamanya.
3. Pelanggan tidak boleh menyaman atau membawa kes ke mahkamah jika berlaku perselisihan faham sebelum berbincang dengan sebaiknya dengan pihak MKJ.
Kesihatan dan Perlindungan Insuran
1. Anda MESTI mengambil insuran perjalanan yang mencukupi dan sesuai untuk melakukan lawatan yang dianjurkan oleh MKJ dan ini adalah syarat kontrak anda dengan MKJ.
2. Peserta OKU atau yang menggunakan kerusi roda/tongkat tidak digalakkan mengikuti mana mana pakej MKJ melainkan mempunyai pengiring atau waris bersama sepanjang trip agar memudahkan urusan di sana nanti.
Polisi Tour Guide
1. Tempoh perkhidmatan Tour Guide kami adalah diantara 9 pagi sehingga 8 malam sahaja.
2. Caj tambahan akan dikenakan sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan Tour Guide kami di luar waktu bertugas. Namun begitu, pihak kami juga akan memberi kelonggaran dan tidak mengenakan caj tambahan jika terdapat situasi yang tidak dapat dielakkan. Hal ini juga bergantung kepada budi bicara Tour Guide yang berkhidmat pada hari tersebut.
3. Jika terdapat tempat lawatan yang tidak dapat dilawati akibat kekangan masa dan cuaca, anda boleh menggantikan lawatan pada hari berikutnya jika sesuai.
4. Jika terdapat tempat lawatan bertiket yang tidak sempat dilawati, kami akan pulangkan semula wang dengan nilai harga tiket tersebut.
5. Makanan di Restaurant Jepun adalah dengan bajet ¥1,500/person. Jika anda memilih untuk tidak makan di restoran pada hari tersebut, pihak kami akan pulangkan semula wang dengan nilai harga ¥1,500/person.
Kebenaran Penggunaan Gambar,Video & Media
1. Dengan ini, anda bersetuju bahawa pihak MKJ berhak merakam video dan mengambil gambar sepanjang trip. Rakaman ini mungkin akan digunakan untuk tujuan promosi termasuk di laman web, media sosial dan bahan iklan MKJ Travel.
2. Jika tidak bersetuju, sila maklumkan kepada pihak MKJ agar video atau gambar tidak digunakan atau dikeluarkan atas permintaan.