Author: Adib Afifi

  • Cara Membeli JR Pass di Jepun

          JR Pass ataupun Japan Rail Pass adalah pass keretapi yang paling menyeluruh dan berfaedah untuk pelancong yang ingin melancong di Jepun. JR Pass ini adalah khas untuk pelancong/pelawat sahaja dan tidak dijual kepada rakyat Jepun. Perkhidmatan JR Pass ini ditawarkan oleh syarikat JR sahaja. Oleh sebab itu, dengan memiliki JR Pass ini, anda boleh menggunakan kesemua pengangkutan milik syarikat JR, seperti keretapi, bullet train (pengecualian untuk Bullet Train Nozomi dan Mizuho), bas dan feri (hanya di beberapa tempat sahaja). Namun begitu, ada tidak boleh menggunakan JR Pass ini untuk menaiki keretapi bukan milik syarikat JR seperti syarikat Tobu, Odakyu, Tokyu, Keisei, Seibu, Keikyu dan Keio.
    JR-Pass-8

    Cara Membeli JR Pass

          JR Pass ini TIDAK BOLEH dibeli semasa anda berada di Jepun dan HANYA boleh dibeli sebelum anda datang ke Jepun. Anda boleh membeli JR Pass daripada syarikat agen pelancongan di Malaysia (agen yang terpilih sahaja) ataupun secara online.

          Berdasarkan pengalaman kami, cara yang paling mudah untuk membeli JR Pass adalah secara online kerana cepat dan mudah. Resit pembelian JR Pass yang dipanggil Excange Order akan dihantar terus ke rumah anda.

  • |

    Tempat Wajib Dilawati Di Osaka, Kyoto & Kobe

    1. Universal Studio Japan (USJ)
    tempat-menarik-osaka-1
    Sesuai untuk kanak-kanak daripada semua peringkat umur dengan jaminan keseronokan filem, hiburan secara  live, restoran-restoran dan kedai-kedai. Anda juga dapat merasai suasana Hollywood dan dapat melawati tarikan seperti Jurassic Park, Spider Man dan pengembaraan Shrek 4D di mana teknologi tersebut dibawa ke dunia nyata. Set filem ini membolehkan anda merasai sekilas lalu aktiviti harian Hollywood di belakang tabir.

    2. Osaka Aquarium Kaiyukan

    tempat-menarik-osaka-2
    Mempunyai tangki akuarium terbesar di dunia dan memaparkan pemandangan hidupan akuatik. Ini termasuk antara 15 habitat semula jadi dan 35,000 spesimen daripada hutan Jepun, ikan jerung, ikan paus, penguin Artik dan labah-labah raksasa ketam. Dinding tangki dipasang dengan lapisan kaca, bertujuan untuk tetamu merasai seolah-olah mereka sedang bermain bersama-sama dengan makhluk laut.

  • Tempat wajib dilawati di Osaka, Kyoto & Kobe

    Melancong Ke Jepun Tanpa Visa

    Visa 1

         Bermula daripada 1 Julai 2013, rakyat Malaysia tidak perlu lagi bersusah payah untuk memohon atau mendapatkan visa jika mahu berkunjung ke negara Jepun. Tetapi, ada beberapa syarat yang harus anda patuhi untuk membolehkan anda melancong ke Jepun tanpa Visa. Oleh sebab ramai daripada anda yang masih lagi keliru mengenai perkara ini, kami daripada MelancongKeJepun.com akan cuba untuk memberi penjelasan yang lengkap.

         Sebelum ini rakyat Malaysia atau rakyat daripada mana-mana negara lain perlu mempunyai visa untuk masuk ke negara Jepun. Namun begitu, sekarang pelancong tidak lagi perlu memohon visa di Kedutaan Jepun sebaliknya visa akan diberikan di pintu masuk Jepun dan visa ini dipanggil “Visa On Arrival” atau VOA. Visa On Arrival  hanya diberikan kepada rakyat Malaysia yang memegang passport baru iaitu passport biometrik yang dilengkapi mikrocip dan menepati piawaian ICAO Standards.

  • Melancong Ke Jepun Tanpa Visa

    Musim Sakura di Jepun

    Sakura 18

    Sakura atau cherry blossom boleh dilambangkan sebagai simbol kepada musim bunga. Musim bunga sakura biasanya sangat pendek. Tempoh bunga ini berkembang mekar kebiasaanya ialah 5 ke 7 hari sahaja. Kebiasaanya di bandar-bandar besar seperti Tokyo dan Osaka, bunga sakura ni akan mula berbunga mekar pada hujung bulan Mac setiap tahun dan akan berakhir pada awal bulan April.

    Secara umumnya, jika cuaca sejuk, maka bunga sakura lambat berbunga tetapi jika cuaca panas, maka lebih cepat bunga sakura akan berbunga.Selepas,tempoh mekar tamat, bunga ini akan jatuh dari pokok. Angin yang kuat dan hujan boleh menyebabkan tempoh musim bunga sakura ini menjadi lebih pendek.

  • Musim Sakura di Jepun

  • Mount Fuji Shibazakura Festival

    Shibazakura Tokyo

    Mt Fuji Shibazakura Festival adalah antara acara yang paling dinantikan oleh semua masyarakat jepun dan juga para pelancong. Lokasi ini terletak berdekatan dengan tasik Motosuko. Tiada tempat lain yang dapat menandingi keindahan pemandangan Shibazakura Festival di tasik Motosuko ini kerana disamping dapat melihat kecantikan bunga yang berwarna-warni ini, pengunjung pasti akan terpukau dengan memandangan Mt Fuji yang tersergam indah.

  • Mt Fuji Shibazakura Festival

    3 Sebab Guest House Lebih Baik Berbanding Hotel

    Terdapat perbagai jenis pilihan penginapan di Jepun (Jenis-jenis penginapan di Jepun). Setiap jenis penginapan mempunyai keunikan dan tarikkan yang tersendiri. Berdasarkan pengalaman kami menetap di Jepun, penginapan jenis Guest House adalah pilihan yang terbaik. Anda boleh merasai pengalaman hidup seperti masyarakat Jepun dan memahami sendiri pahit manis hidup di negara matahari terbit ini. Jika anda berminat untuk menempah penginapan jenis Guest House ini, proses tempahan juga adalah agak mudah dan senang. Kami akan memberi tips untuk menempah Guest House ini (Tips untuk booking Guest House di Airbnb.com). Berikut adalah tiga sebab mengapa Guest House adalah pilihan yang lebih baik berbanding Hotel:

    1. Harga lebih murah berbanding hotel

    Contohnya :

    Anggaran kos penginapan di Hotel bagi 2 org dewasa untuk 1 malam adalah daripada RM300 sehingga RM350

    Anggaran kos penginapan di Guest House 2 org dewasa untuk 1 malam adalah daripada RM200 sehingga RM250

    2. Ruang kediaman yang lebih luas berbanding hotel

    Jika di Hotel:

    Ruang katil + meja solek + almari baju + tandas

    hotel