4 Rahsia Jimatkan Kos Semasa Bercuti Ke Jepun Yang Ramai Tak Tahu
Tips Melancong Ke Jepun | Featured Tips

4 Rahsia Jimatkan Kos Semasa Bercuti Ke Jepun Yang Ramai Tak Tahu

Tahukah anda, Jepun merupakan salah satu negara termahal di dunia? “Ohh ya kah?” “Ya, saya tahu. Jepun memang semua benda mahal.” Mungkin ayat di atas ni yang sedang bermain di minda anda. Tetapi negara Jepun adalah sebuah destinasi pelancongan yang sangat menakjubkan dan cantik. Walaupun currency nya hampir 4 kali ganda dengan ringgit Malaysia, namun…

Panduan Menggunakan Google Flight
Featured Tips | Tips Melancong Ke Jepun

Panduan Menggunakan Google Flight

GOOGLE FLIGHT boleh dikatakan salah satu alat carian mudah untuk mencari tiket penerbangan kos rendah, lebih banyak ciri yang akan membantu pelancong meramalkan kenaikan atau penurunan tambang. Selain itu, jika anda memilih destinasi tertentu tetapi tidak mempuyai tarikh yang tetap, GOOGLE FLIGHT akan mencadangkan masa terbaik untuk terbang dengan kos yang paling rendah, termasuk laluan…

Bandingkan Harga Tiket Penerbangan Anda
Featured Tips | Tips Melancong Ke Jepun

Bandingkan Harga Tiket Penerbangan Anda

Sukar untuk mencari tiket penerbangan yang murah? Terlepas dengan harga promosi? Penat membuka website yang sama berulang kali? Jangan risau, kini ramai pengguna menggunakan ejen pencarian online dimana banyak pilihan yang boleh dipilih dengan harga terendah. Bukan satu atau dua sahaja website yang melakukan perkhidmatan online malahan banyak. Anda juga boleh membandingkan harga tiket mengikut…

Cara Membeli JR Pass Di Jepun
Featured Tips | Tips Melancong Ke Jepun

Cara Membeli JR Pass Di Jepun

JR Pass ataupun Japan Rail Pass adalah pass keretapi yang paling menyeluruh dan berfaedah untuk pelancong yang ingin melancong di Jepun. JR Pass ini adalah khas untuk pelancong/pelawat sahaja dan tidak dijual kepada rakyat Jepun. Perkhidmatan JR Pass ini ditawarkan oleh syarikat JR sahaja. Oleh sebab itu, dengan memiliki JR Pass ini, anda boleh menggunakan…

Panduan Solat Di Luar Negara
Featured Tips | Tips Melancong Ke Jepun

Panduan Solat Di Luar Negara

Bagi yang beragama islam, solat merupakan tiang agama dan ianya wajib dilakukan didalam apa jua keadaan. Bagi yang masih baru pertama kali melancong ke luar negara, pasti anda tertanya-tanya bagaimana ingin menunaikan rukun islam yang pertama ini ketika berada di luar negara yang mempunyai waktu dan cuaca yang sama sekali tidak sama dengan tempat tinggal asal. Di sini terdapat beberapa tips yang dapat dikongsikan kepada anda untuk dijadikan panduan:

1. Bagaimana mahu solat?
Perkara pertama yang datang di fikiran anda pastilah di mana tempat untuk menunaikan solat. Anda tidak pelu risau kerana kebanyakan negara-negara di Asia ,Eropah mahupun negara bukan islam seperti Amerika banyak masjid-masjid telah pun dibina. Namun begitu, kebanyakan masjid yang dibina berada di bandar-bandar utama. Jadi jika destinasi anda di Bandar, tempat solat tidaklah menjadi masalah.
Permasalahan timbul, sekiranya anda melancong keluar dari bandar-bandar maka ianya menimbulkan sedikit halangan untuk mencari tempat solat. Dalam hal ini, kebiasaannya orang muslim di luar negara bersolat di mana-mana ruang sahaja yang dibolehkan untuk solat.
Contohnya ialah di ruangan parking kereta, di padang rumput, di kawasan orang tidak lalu lalang, jika di pasaraya biasanya lokasi strategik ialah di kawasan tangga kerana orang jarang menggunakannya. Mungkin juga sekiranya berseorangan, tempat terbaik ialah bilik persalinan kerana lebih privasi. Akhir sekali, solatlah seperti mana kebiasaan anda solat walaupun di luar negara.

1

Keindahan Musim Luruh Di Jepun
Featured Tips | Tips Melancong Ke Jepun

Keindahan Musim Luruh Di Jepun

musim-luruh-10

Musim luruh di Jepun biasanya bermula pada awal bulan Oktober sehingga hujung bulan November. Biasanya musim luruh ini bermula di Hokkaido utara, secara beransur-ansur merebak ke hujung selatan kepulauan Jepun dalam masa 50 hari. Perubahan musim ini berlaku apabila suhu rendah pada waktu pagi adalah lebih kurang 6 darjah atau 7 darjah Celsius. Anda boleh menikmati pemandangan musim luruh ini selama 20 hingga 25 hari. Waktu terbaik untuk menikmati keindahan musim luruh ini di bandar-bandar utama seperti di Osaka dan Tokyo adalah pada pertengahan bulan November.

Tukar Duit Ringgit Murah Untuk Ke Luar Negara
Featured Tips | Tips Melancong Ke Jepun

Tukar Duit Ringgit Murah Untuk Ke Luar Negara

Oleh kerana soalan ini seringkali diajukan kepada kami dan boleh dikatakan menjadi dilema kepada para pelancong yang ingin melancong ke luar Negara, kami ingin berkongsi sedikit tips untuk memudahkan anda.

Tukar-duit-2

Soalan 1 : Mana lebih menguntungkan, tukar wang RM (MYR) semasa berada di Malaysia atau selepas berada di luar Negara (Jepun)?

Jawapan : Anda dinasihatkan supaya menukar semua wang yang anda ingin gunakan di luar Negara (Jepun) nanti di Malaysia sebelum melancong ke Jepun. Ini kerana kadar tukaran wang yang dikenakan oleh syarikat money changer di Jepun lebih tinggi berbanding syarikat-syarikat money changer di Malaysia. Jika anda merasakan kadar tukarkan wang di sesetengah syarikat money changer di Malaysia itu tinggi, tapi hakikatnya ia jauh lebih murah dari anda menukar wang di syarikat money changer di Jepun.

Tempat Wajib Dilawati Di Osaka, Kyoto & Kobe
Featured Tips | Tips Melancong Ke Jepun

Tempat Wajib Dilawati Di Osaka, Kyoto & Kobe

1. Universal Studio Japan (USJ)
tempat-menarik-osaka-1
Sesuai untuk kanak-kanak daripada semua peringkat umur dengan jaminan keseronokan filem, hiburan secara  live, restoran-restoran dan kedai-kedai. Anda juga dapat merasai suasana Hollywood dan dapat melawati tarikan seperti Jurassic Park, Spider Man dan pengembaraan Shrek 4D di mana teknologi tersebut dibawa ke dunia nyata. Set filem ini membolehkan anda merasai sekilas lalu aktiviti harian Hollywood di belakang tabir.

2. Osaka Aquarium Kaiyukan

tempat-menarik-osaka-2
Mempunyai tangki akuarium terbesar di dunia dan memaparkan pemandangan hidupan akuatik. Ini termasuk antara 15 habitat semula jadi dan 35,000 spesimen daripada hutan Jepun, ikan jerung, ikan paus, penguin Artik dan labah-labah raksasa ketam. Dinding tangki dipasang dengan lapisan kaca, bertujuan untuk tetamu merasai seolah-olah mereka sedang bermain bersama-sama dengan makhluk laut.

Melancong Ke Jepun Tanpa Visa
Featured Tips | Tips Melancong Ke Jepun

Melancong Ke Jepun Tanpa Visa

Visa 1

     Bermula daripada 1 Julai 2013, rakyat Malaysia tidak perlu lagi bersusah payah untuk memohon atau mendapatkan visa jika mahu berkunjung ke negara Jepun. Tetapi, ada beberapa syarat yang harus anda patuhi untuk membolehkan anda melancong ke Jepun tanpa Visa. Oleh sebab ramai daripada anda yang masih lagi keliru mengenai perkara ini, kami daripada MelancongKeJepun.com akan cuba untuk memberi penjelasan yang lengkap.

     Sebelum ini rakyat Malaysia atau rakyat daripada mana-mana negara lain perlu mempunyai visa untuk masuk ke negara Jepun. Namun begitu, sekarang pelancong tidak lagi perlu memohon visa di Kedutaan Jepun sebaliknya visa akan diberikan di pintu masuk Jepun dan visa ini dipanggil “Visa On Arrival” atau VOA. Visa On Arrival  hanya diberikan kepada rakyat Malaysia yang memegang passport baru iaitu passport biometrik yang dilengkapi mikrocip dan menepati piawaian ICAO Standards.