Wow! Dah boleh Travel Jepun tanpa visa (Latest Update 2023)

Inilah berita yang ditunggu-tunggu oleh ‘kaki travel’.

Kita dah boleh masuk Jepun tanpa visa, guys!

Bila tu?

Mulai 11 Oktober 2022.

Bunyi macam menarik, kan?

Jom MKJ kongsikan keistimewaan yang diberi oleh Jepun untuk pelancong asing!

1.    Diskaun Khas Untuk Travel Ke Jepun Tanpa Visa.

Diskaun Khas Untuk Travel Ke Jepun Tanpa Visa

Sebelum ni, Jepun buat sekatan perjalanan Covid-19 untuk pelancong asing. Tapi, mereka akan hapuskan sekatan tu.

Mana tidaknya, hampir dua tahun setengah Jepun buat sekatan sebabkan wabak ni.

PM mereka, Kishida pun dah mula bersuara.

Harapan PM mereka, orang luar dapat sokong semula industri pelancongan mereka.

Mereka pun faham, kita semua ‘struggle’ nak ‘survive’ sepanjang Covid-19.

So, peluang yang mereka bagi ni, kita manfaatkan, okay!

2.    Tak Wajib Buat Ujian PCR Bila Melancong Di Japan

Tak Wajib Buat Ujian PCR Covid 19

Pejabat JNTO Kuala Lumpur umumkan tak perlu lagi buat Ujian PCR semasa ketibaan.

Bukan setakat Ujian PCR saja,

Tapi kuarantin pun dah tak wajib.

Lega rasanya kan?

Semuanya khas untuk pelancong dari negara dalam senarai ‘biru’, termasuk Malaysia!

3.    Tiga Dos Vaksin Wajib Untuk Lulus Imigresen

Wajib Tiga Dos Vaksi Untuk Lulus Imigresen

Bagi anda yang tertanya-tanya, selamat ke melancong negara orang?

Yelah, negara kita kan baru je pulih dari serangan wabak Covid-19.

MKJ percaya, mesti ramai yang masih trauma dengan wabak tu kan?

Jangan risau ya, mereka masih wajibkan setiap pelancong menerima tiga dos vaksin.

Nak tahu vaksin apa yang mereka iktiraf?

Penting juga ni untuk kita ambil maklum.

Dua dos pertama:

Pfizer, Moderna, AstraZeneca, Janssen, Bharat Biotech dan Novavax.

Dos penggalak:

Pfizer, Moderna, AstraZeneca, Janssen dan Novavax.

Bukan setakat vaksin sahaja, tapi mereka juga akan pastikan keputusan ujian Covid-19 pelancong adalah negatif sebelum mulakan perjalanan.

4.    ‘Mask’ muka kekal digunakan Ketika Bercuti Di Jepun

Mask Wajib Dipakai Ketika Travel Di Japan

Kena pakai ‘mask’ lagi ke?

Ya, Jepun berbeza dengan negara lain.

Topeng muka masih dikekalkan secara universal.

Walaupun tak ada kewajipan undang-undang untuk guna ‘mask’ muka, tapi Jepun tetap mahu kita gunakan.

Ini undang-undang mereka.

Kita sebagai pelancong, layan je okay!

Kita hormati peraturan mereka.

Mereka juga akan hormati peraturan kita. Simple.

5.    Tiada Lagi Had Ketibaan Di Lapangan Terbang Jepun

Lapangan Terbang Di Jepun

Sebelum ni, negara mereka ada had ketibaan.

Berapa agaknya ya had yang mereka ‘limit’ kan?

Haa. Kalau nak tahu, had kemasukan harian sebanyak 50,000 orang sahaja tau!

Kalau sebelum ni, anda terfikir-fikir, alamak, boleh ke tak masuk Jepun?

Tapi, sekarang, anda tak perlu risau lagi.

Berita baik untuk para pelancong.

Kini, had tersebut dah dibatalkan!

Batal?

Ya, batal guys!

Boleh masuk Jepun tanpa had.

Ajaklah kenalan dan saudara mara anda seramai mungkin.

‘Confirm’ lepas punya!

6.    Tak Perlu Mohon Visa Pelancong Atau Tourist Visa Di Japan

Contoh Gambar Visa Jepun

Betul ke dah tak perlu mohon visa pelancong?

Kalau betul, semua orang tak perlu mohon ke?

Haa. Untuk anda yang suka ‘travel’ dalam jangka masa pendek, inilah peluang untuk anda. Dulu-dulu, nak pergi melancong, inilah yang paling dirisaukan betul tak?

Kini, tak perlu risau lagi, guys!

Jepun dah benarkan perjalanan jangka pendek tanpa visa kepada pelancong untuk beberapa buah negara.

Nak tahu negara mana?

Singapura, Malaysia, Thailand, Hong Kong, dan Amerika Syarikat (AS). 

Jangka masa pendek tu, berapa hari?

Haa. Sebelum Covid-19 lagi, Jepun dah benarkan pelawat dari 68 negara dan wilayah, termasuk Amerika Syarikat dan Singapura, untuk tinggal selama 90 hari tanpa visa.

So, tunggu apa lagi guys!

Jom kita ‘booking’ tiket cepat.

Jepun antara destinasi paling terkenal di Asia tau!

Negara ni mencatatkan 31.8 juta pelawat pada tahun 2019. Power kan?

Oh ya, lagi satu, kenapa MKJ cadangkan Jepun?

Sebab inilah tempat pelancongan yang paling sesuai untuk anda yang sukakan tempat yang menarik dan murah!

Kalau anda nak tahu, nilai mata wang Yen merosot ke paras terendah berbanding dolar dalam tempoh hampir suku abad. Jadi, tak peliklah kenapa para pelancong luar negara pilih Jepun sebagai destinasi pelancongan mereka!

Jom dapatkan Itinerary Percutian dan Quotation Harga secara percuma. Klik link di bawah sekarang!

FREE QUOTATION & ITINERARY PERCUTIAN