Betul ke orang jepun ‘punctual’?
Ada orang kata, tu sekadar ‘rumors’ je.
So, betul ke?
MKJ pernah dengar kisah pelajar Malaysia yang belajar di Jepun.
Katanya, ada yang sanggup set alarm kat telefon bila buat temujanji dengan orang Jepun.
Sebab apa?
Ya, sebab takut lambat! Hihihi.
Lepastu, MKJ ada dengar juga pengalaman ‘someone’ yang tetap dianggap lewat oleh orang Jepun ‘even’ dah sampai tempat temujanji tu awal 5 minit!
Ni baru intro sikit pengalaman orang Malaysia kat sana.
Belum lagi yang ‘real’ kes sampai masuk paper!
Fuh! Mencabar juga nak ‘punctual’ style Jepun ni ya.
Jom kita tengok kes-kes yang pernah berlaku kat sana disebabkan tak ‘punctual’!
1. Kesilapan Ziyad Zolkefi Lambat 3 Minit
Kalau anda minat sukan, mesti anda tahu kes ni!
Kalau tak minat sukan pun, mesti anda terkesan juga pasal kes ni.
So, apa kes ni?
Macam ni, Ziyad Zolkefli ni atlet lontar peluru, wakil Malaysia yang bertanding kat Tokyo, Jepun.
Atlet hebat ni dah dapat lontar peluru sejauh 17.94 meter guys!
Bukan biasa-biasa.
Layak dapat pingat emas tau!
Tapi, apa yang jadi?
Selepas dia berjaya lontar tu, ada protes dari kem Ukraine yang kata, Ziyad lewat masuk bilik menunggu sebelum pertandingan bermula!
Aduh.
Tahu lambat berapa minit?
Lambat 3 minit je guys!
Actually guys, ni bukan totally salah atlet ni pun.
Ni kesilapan tak sengaja.
Tapi, tetap bagi kesan yang besar dalam pertandingan tu.
Sedih betul bila dapat tahu kes ni.
End up, apa jadi?
So, akhirnya, Ziyad diklasifikasikan sebagai ‘DNS’.
‘DNS’ tu maksudnya apa?
Maksudnya, tak layak beraksi.
Kalau tak, Ziyad dah dapat rekod baru dunia tau!
Walaupun ni kesilapan kecil, tapi kesilapan ni jadi besar sebab kes ni jadi kat Jepun.
Apa pun, kita doakan yang baik-baik untuk atlet kita yang dah cuba yang terbaik.
Untuk anda yang bercita-cita nak ke Jepun, jangan lupa jadikan kisah ni sebagai pengajaran okay!
2. Kesilapan Train Bergerak Awal 25 Saat
Kes kedua ni agak ‘rare’ sikit! Hahaha.
Tapi, tetap boleh dijadikan pengajaran untuk anda yang nak melancong ke Jepun.
Nak dijadikan cerita, ada 1 train kat Notogawa dijadualkan akan gerak pukul 7.12 pagi.
Tapi, apa yang jadi?
Train tu gerak awal! Hihihi.
Awal berapa saat tu?
Awal 25 saat je guys!
Tapi, apa orang Jepun buat?
Mereka buat ‘report’!
So, bila ‘report’ diterima, pihak train tu keluarkan kenyataan rasmi minta maaf.
Ada beberapa alasan yang diberi.
Katanya, pemandu train tu gerak awal sebab dia nampak platform tu kosong, tak ada orang dalam train.
Tapi, actually kenyataan tu bercanggah.
Sebabnya, ada beberapa orang awam kat platform tu yang memang tengah tunggu untuk naik train tu.
Apa pun, kita anggap la 2 kisah ni sebagai inspirasi untuk sentiasa ‘punctual’ bila kat Jepun nanti okay!
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jom Melancong ke Jepun -MKJ