Nak ke Jepun tak lama lagi? Semak dulu panduan persediaan ini supaya perjalanan anda lebih lancar dan tak tersangkut di mana-mana. Jepun memang indah, tapi persediaan yang betul buat percutian lebih tenang. Jom baca panduan ringkas ini sebelum terbang!
Pakaian yang sesuai bila di Jepun nanti
Ini pula infografik berkenaan berapa lapis pakaian yang sesuai .
Untuk packaging brahim atau kembara memang tak dpt bawa sbb status makanan tu Grey di immigration Japan. Kalau kena tahan dengan immigration, pegawai sana akan rampas
Jepun sangat tegas tentang produk daging. Daging, sosej, serunding, makanan tin berdaging dan mi segera berperisa daging semuanya tak boleh dibawa masuk.
Pelanggaran boleh dikenakan penjara sehingga 3 tahun atau denda sehingga ¥3 juta yen. Kalau ragu-ragu, isytiharkan di visit japan web atau kaunter ketibaan.
Boleh tunjuk card ini pada Food Operator
Perbezaan Roaming data dan Pocket Wifi sebagai rujukan
Untuk simcard, saya prefer untuk gunakan roaming seperti Maxis,Digi,Celcom dan Umobile. Atau selain daripada roaming telco saya juga prefer untuk sewa pocket wifi di roaming man yang mana boleh pickup di Klia 1 atau klia 2 sebelum departure.
Saya kongsikan link roaming man Roaming man Malaysia dan pickup di Klia 1@2 https://www.roamingman.my
Kalau nak bawak cash pula dalam 50,000 seorang dah cukup iaitu bersamaan RM1460 + yang mana cukup kalau nak guna untuk makan dan beli barang barang keperluan. Kalau ada wise kad lagi mudah hanya masukkan duit dalam kad tersebut dan withdraw di atm machine convenience store sebab wise kad ni rate rendah dan berbaloi.
Panduan solat Jamak Takdim dan Takhir bila di Jepun nanti
Waktu solat di Jepun berbeza mengikut bandar dan tarikh. Jadi, pastikan semak waktu solat dan rancang perjalanan dengan baik supaya ibadah tetap terjaga sepanjang percutian.
Untuk plug boleh bawa jenis Type A dan saya prefer untuk beli universal adapter yang ada tempat cucuk usb dan type C. Contoh universal adapter (gambar kiri)
Kami gemar untuk mengingatkan soal Sampah harian disana. Seperti yang sedia maklum Jepun sangat menitik beratkan soal pengurusan sampah.
Jadi kita kene follow rules mereka untuk mengasingkan jenis sampah sebelum kita buang ke dalam plastic sampah (ini akan diterangkan oleh Tour Guide secara lebih terperinci)
Untuk soal privacy, jepun sangat menitik beratkan soal pencemaran bunyi. Jadi sepanjang tuan berada di penginapan/kawasan tertutup, dinasihatkan untuk tidak membuat bunyi yang terlalu kuat sehingga menganggu privacy orng sekeliling ya
Ketiga, pengambilan gambar secara rawak juga perlu berhati2 agar tidak mengaggu privacy penduduk local terutama kanak2 jepun. Tindakan ini ialah illegal bagi mereka. Ini antara Do’s and Don’t yang kerap kita sebagai rakyat Malaysia terlepas pandang ketika berada di Jepun
Peraturan terkini untuk penggunaan Powerbank
Berikut adalah Peringatan Penting berkenaan dengan Polisi Bagasi Syarikat Travel MKJ :
Setiap penumpang dibenarkan:
* 1 bagasi besar (maksimum size 32 inci)
* 1 beg galas handcarry kecil (maksimum berat 7 kg)
Polisi ini adalah untuk perjalanan darat yang kami uruskan, bukan polisi syarikat penerbangan. Tujuannya adalah untuk memastikan ruang mencukupi dan keselesaan semua penumpang.







