Air longkang di Jepun “Bersih” Betul ke sampai boleh bela ikan koi?

Okay guys!

Baru-baru ni, viral kisah bela ikan koi dalam longkang kat Jepun.

Citer betul ke ni?

Topik yang agak menarik!

Persoalannya, adakah semua longkang kat Jepun ada bela ikan koi?

Atau sesetengah longkang je?

Haa. Kalau nak tahu, jom MKJ kongsi dengan anda!

1.    Tak semua longkang di Jepun ada bela ikan koi

Air longkang di Jepun "Bersih" Betul ke sampai boleh bela ikan koi?

Okay, kalau ditanya, semua longkang ke ada ikan koi?

Jawapannya, tidak.

Tak semua longkang ada bela ikan koi.

Kalau anda nampak ‘posting’ yang orang ‘share’ pasal ikan koi berenang dalam longkang tu, yes, cerita tu memang betul.

Air longkang di Jepun "Bersih" Betul ke sampai boleh bela ikan koi?

Cuma, ada ‘certain’ longkang sahaja yang dikhaskan untuk bela ikan.

Longkang-longkang yang lain tu, sama je macam kat Malaysia.

Air longkang di Jepun "Bersih" Betul ke sampai boleh bela ikan koi?

Bezanya, cara Jepun jaga longkang mereka ‘extra’ sikit la dari kita. Hihihi.

Longkang kat Jepun memang dibersihkan selalu.

Dan mereka memang ‘maintain’ jaga kebersihan longkang kat sana.

Cara orang Jepun, memang mereka prihatin dan peka tentang kebersihan longkang.

Kalau anda ke sana, anda memang boleh nampak sendiri betapa bersihnya longkang mereka.

Fuh!

2.    Ada paip sisa kumbahan dari rumah penduduk

Air longkang di Jepun "Bersih" Betul ke sampai boleh bela ikan koi?

Betul la kata orang, Jepun ni negara yang advance dari segi teknologi.

Bayangkan guys.

Mereka siap pasang paip sisa kumbahan tau dalam longkang!

So, tak peliklah ikan koi pun boleh hidup dalam longkang mereka.

Memang sejak dulu dah ada ke?

Okay, sistem ni sebenarnya dah lama buat.

Cumanya, sebelum ni, fokus mereka di kawasan bandar je.

But then, sekarang mereka buat improvement, mereka pasang di kawasan luar bandar juga!

So, persoalannya, macam mana sistem ni berfungsi?

Okay, macam ni guys.

Dulu-dulu, kalau kat kampung-kampung, mereka ada satu tangki kumbahan je tau.

Bila tangki tu penuh, mereka panggil lori pam datang sedut.

Macam susah sikit la kan.

Yelah, anda bayangkan ya, air kumbahan ni bukan setakat sisa manusia je tau.

Semua air basuh baju, bilik mandi, air dari dapur, semua masuk tangki tu.

Sebenarnya, agak struggle la untuk orang yang buat kerja-kerja ni.

Mencabar kan.

Air longkang di Jepun "Bersih" Betul ke sampai boleh bela ikan koi?

So, bila adanya sistem baru ni, mudah sikit untuk mereka jaga kebersihan air.

Kat Jepun, semua air yang mereka guna secara domestik akan diasingkan dengan air semulajadi yang bersih.

Kenapa mereka asingkan?

Sebabnya, mereka nak air yang mereka guna secara domestik tu dapat dirawat semula.

Bukan setakat tu je.

Tapi mereka nak air yang dilepaskan ke sungai-sungai tu betul-betul bersih!

Senang cerita, mereka tak nak biarkan air yang digunakan secara domestik tu senang-senang je mengalir dalam longkang.

Ada orang tanya, ”MKJ, so bolehlah orang Jepun slumber je basuh sayur guna air longkang kan?” Hahaha.

Hihihi. Macam ni, sebenarnya logik je soalan ni.

Sebabnya, air longkang tu memang datangnya dari sungai-sungai tau.

Lepastu, longkang kat sana memang tujuannya nak bagi air hujan mengalir.

Memang patut pun boleh basuh sayur guna air dalam longkang. Hihihi.

Tapi, tak semua tempat tau!

Jangan korang pergi basuh sayur dalam longkang kat Tokyo pula! Hahaha.

Setahu MKJ, longkang yang betul-betul bersih dan ikan koi boleh berenang-renang dengan gembiranya ni, anda boleh tengok di Bandar Tsuwano.

Bandar lain tak bersih ke?

Bersih juga! Cumanya, tak boleh lawanlah bersihnya longkang-longkang di Bandar Tsuwano.

Tengok ikan koi dah biasa.

Tengok longkang pun dah biasa.

Tapi, tengok ikan koi berenang dalam longkang tu yang luar biasa!

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

So, tunggu apa lagi, Jom Melancong ke Jepun! -MKJ

FREE QUOTATION & ITINERARY PERCUTIAN

Tips Penginapan Ke Jepun