Highway Kat Jepun Tembus Bangunan: “Cerita Betul Ke Ni?”

Highway kat Jepun tembus bangunan: Cerita betul ke ni?

Hi guys!

Kita mungkin dah biasa dengar, Jepun antara negara yang sangat unik berbanding negara lain!

Macam-macam benda unik ada kat sana.

Setuju tak guys?

Sebelum ni, kita pernah dengar kisah Jepun boleh bela ikan koi dalam longkang.

Tak cukup dengan tu, viral pula kisah ada lubang kat jalan raya, then seminggu je, lubang tu dah dibaiki, kembali macam biasa.

So, kali ni MKJ nak kongsi dengan anda, satu lagi benda unik yang ada kat Jepun!

Ada highway tembus bangunan guys kat Jepun!

Whoaaaaaa! Betul ke ni?

Highway kat Jepun tembus bangunan: Cerita betul ke ni?

Yes, betul guys!

Sebab tu MKJ cakap kisah ni unik.

Kat Malaysia tak ada highway tembus bangunan macam ni guys.

Macam manalah agaknya boleh jadi macam tu ya?

Semuanya dirancang atau kebetulan je?

Jom MKJ kongsi sedikit fakta pasal highway ni.

Highway kat Jepun tembus bangunan: Cerita betul ke ni?

1.Gate Tower Building

Highway kat Jepun tembus bangunan: Cerita betul ke ni?

Ya, inilah dia bangunan yang MKJ maksudkan!

Namanya, Gate Tower Building.

Amacam? Menarik tak guys?

Kat mana bangunan ni?

Anda boleh tengok bangunan ni kat Pejabat 16 tingkat Gate Tower.

Area mana tu?

Sudah pastinya di Osaka!

Memang betul-betul tembus highway atau ada laluan kat tepi or bawah bangunan?

Yes, memang confirm tembus guys!

Memang sesiapa yang lalu kat highway tu akan rasa feeling masuk dalam bangunan!

Fuyyo!

Okay, tingkat berapa yang highway tu dapat tembus?

Jawapannya, antara tingkat 5 hingga tingkat 7 bangunan tu.

2.    Hanshin Expressway

Mesti anda tertanya-tanya, apa nama highway yang tembus bangunan ni?

Okay, namanya Hanshin Expressway.

Berapa jarak perjalanan highway ni?

So, jarak perjalanan highway ni ialah 149 Batu atau lebih kurang 238 KM.

Highway ni menghubungkan laluan untuk ke mana?

Okay, kalau anda nak tahu, highway ni menghubungkan bandar-bandar utama Jepun seperti Kyoto, Kobe dan Osaka.

3.    Kisah disebalik keunikan highway tembus bangunan

Okay guys!

Inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk MKJ share dengan anda, kisah unik disebalik highway tembus bangunan ni!

Okay macam ni.

Tahun 1980-an dulu, ada berlaku perbalahan sikit tau.

Siapa agaknya yang berbalah tu ya?

Okay perbalahan ni berlaku antara pemilik tanah dengan kerajaan Jepun.

Bila berlakunya perbalahan tu?

Benda ni berlaku masa fasa awal pembinaan highway.

Apa yang berlaku?

Mula-mula, pemilik tanah tu dah setuju untuk  bagi kerajaan Jepun buat bangunan atas tanah dia.

Tapi, masalahnya ialah, dia tak benarkan bina highway atas tanah yang sama.

So, mereka pun berbincang.

Lebih kurang 5 tahun juga tau perbincangannya!

End up, apa keputusannya?

Akhirnya, mereka pun bersepakat untuk bina highway kat situ tanpa guna tanah pemilik tanah tu!

So, caranya macam mana?

Mereka bina highway tembus bangunan kat tingkat 5, 6 & 7.

Inilah kata orang, think out of the box! Hihihi.

Nampak macam mustahil berlaku kan?

Tapi, mereka berjaya realisasikannya guys!

Hebat keputusan perbincangan mereka!

Teringin nak tengok bangunan ni depan mata?

Jom Melancong ke Jepun! -MKJ

FREE QUOTATION & ITINERARY PERCUTIAN