Tips Tukar Duit untuk Travel Overseas

Tips Tukar Duit untuk Travel Overseas

Kat mana yang murah?

Ini berita baik untuk anda yang suka travel ke serata dunia!

Benda paling utama yang patut anda tahu sebelum travel ialah cara tukar duit.

Kenapa penting?

Sebabnya, tanpa anda sedar, banyak betul duit anda akan habis semata-mata nak tukar duit!

Mungkin anda dah biasa dengar money changer. Betul?

Realitinya, banyak berlaku pembaziran bila anda nak tukar ringgit ke mata wang asing.

Tips Tukar Duit untuk Travel Overseas

Kenapa?

Sebab exchange rate kat money changer teruk.

“Alaa. Relax la. Kan boleh guna kad kredit!”

Ya, MKJ tak nafikan, memang kad kredit pun salah satu cara yang kita boleh guna.

Tapi, anda tahu tak, kalau anda guna kad kredit, ada fee tersembunyi tau!

Lepastu, ada pula rate mengarut yang tak masuk akal.

End up, duit anda habis macam tu je!

Kemon guys!

Kita dah masuk 2023. Zaman makin maju.

Dah ada cara baru tau untuk tukar duit. Tak payah susah-susah nak ke money changer lagi!

Betul ke ni?

Ya, betul!

Tips Tukar Duit untuk Travel Overseas

Cara ni bukan setakat mudah nak tukar duit tau.

Tapi, siap dengan pakej jimat!

Dan yang paling penting, senang untuk anda berbelanja ketika travel nanti.

So, apa caranya?

Anda boleh guna Wise.

Tips Tukar Duit untuk Travel Overseas

Wah, Wise tu apa MKJ?

Okay, kalau anda nak tahu, Wise ni cara paling murah & paling bagus yang MKJ boleh recommend untuk anda.

Apa kelebihan Wise ni MKJ?

Haa. Nak tahu? Jom MKJ share!

1.    Boleh tukar mata wang atau currency serta-merta

Tips Tukar Duit untuk Travel Overseas

Dulu-dulu, kalau anda nak pergi satu negara tu, anda akan terus tukar duit negara tu, betul tak?

Contohnya begini.

Logiknya, kalau anda nak ke Jepun, anda akan tukar duit Japanese-yen sahaja.

Tapi, kalau anda guna Wise ni, anda boleh guna untuk banyak negara tau!

Berapa banyak negara boleh guna?

Wise ni support sampai 50 currency/ mata wang guys!

Tips Tukar Duit untuk Travel Overseas

Kalau anda nak pergi India, anda click je tabung Rupee kat Wise tu.

Automatic duit RM anda convert jadi Rupee tau!

Kalau nak ke Indonesia pula, anda click je tabung Rupiah.

Kalau nak ke Australia, click tabung Australian Dollar.

Semuanya just guna Wise je!

Tak perlu susah-susah guna benda lain.

Serious la MKJ?

Ya, serious. Anda kena try dulu, baru anda tahu!

2.    Senang nak topup duit

Tips Tukar Duit untuk Travel Overseas

Okay point ni MKJ paling suka!

Anda tak payah pening-pening nak fikir, kat mana nak topup duit incase kalau tak cukup duit masa travel nanti.

Wise ni sangat memudahkan anda!

Anda boleh topup dalam akaun Wise ni guna FPX je.

Topup guna duit Malaysia je.

Nanti dia convert sendiri ke currency mana yang kita nak guna.

Mudah kan?

Contohnya, kalau ada rezeki lebih, anda nak ke London nanti, bolehlah tukar duit ringgit anda ke Pound Sterling.

Guna je FPX dalam akaun Wise untuk topup okay.

MKJ beri jaminan, cara ni paling trusted dan selamat.

So, jangan risau okay!

3.Mudah nak buat bayaran, guna kad je

Zaman sekarang semuanya cashless. Betul tak?

Even kalau anda ke kedai makan sekalipun, peniaga-peniaga mostly akan tanya,

“Nak bayar guna kad ke cash?”

Kalau MKJ sendiri, MKJ lebih prefer kad berbanding cash. 

Dah ada cara yang lebih mudah kan, buat apa pilih cara yang susah! Hihihi.

So, pada MKJ, kad wise ni sangatlah memudahkan.

Anda tak perlu bawa cash yang banyak pun untuk travel oversea.

Nak bayar apa-apa, touch je kad wise kat kaunter pembayaran tu.

Jadi, anda boleh ‘planning’ bajet kewangan anda siap-siap okay.

Nanti, bila anda dah guna kad wise tu kat mana-mana, then anda boleh ‘refer’ akaun wise semula.

Anda boleh semak baki duit anda yang masih ada.

Boleh semak juga baki duit yang sudah ditolak.

Wise akan tolak bayaran dari tabung wang mata wang negara yang anda lawati tu!

Senang kan?

4.Boleh withdraw cash dari mesin ATM

“Alaaa. MKJ, kami takut kena tipulah kalau pakai kad!”

“Mana tahu nanti, kena scam ke, boleh percaya ke ni?”

“Entah-entah bayarannya sikit je, tolaknya banyak pula.”

Ah sudah! Banyak pula overthinking nya ya! Hahaha.

Okay tak apa. Relax brother relax!

Untuk anda yang tak minat nak guna kad, jangan risau ya.

Anda ada pilihan lain!

Apa pilihannya?

Anda boleh withdraw duit di mana-mana mesin ATM.

Wah, semua mesin ATM kat oversea boleh keluarkan duit ke?

Oh, tidak semudah itu guys! Hihihi.

Anda kena cari ATM yang ada Mastercard.

Soalan paling famous,

“Ada had maksimum ke untuk keluarkan cash kat oversea?”

Okay, ni penting!

Kalau anda orang Malaysia, dalam tempoh sebulan, anda boleh keluarkan maksimum 2 kali je tau, dengan total RM 1,000 secara percuma.

Kenapa 2 kali je?

Itu memang procedure kat sana.

So, rancanglah kewangan anda sebaiknya okay.

Satu lagi tips, anda kena keluarkan duit di ATM ikut currency negara tu tau!

Contohnya, anda di Jepun.

Jadi, anda kena keluarkan duit dari tabung Yen.

Kalau anda keluarkan duit negara lain, anda akan dikenakan charge lain.

So, hati-hati dan jangan membazir okay!

Nak tahu cara withdraw duit dengan lebih jelas lagi?

Mari tonton video ini!

5.Boleh transfer duit

Sebelum ke oversea nanti, anda bolehlah ingatkan ‘partner’ anda supaya buka akaun wise.

Bukan apa, nanti kalau ada yang tak cukup duit, senang nak transfer.

Kalau pergi bercuti dengan kawan, suruh kawan tu buka akaun wise ya.

Kalau travel dengan family, haaa suruh satu family buka akaun wise masing-masing.

Kalau anda nak transfer duit ke akaun orang lain, anda cuma perlukan alamat email orang tu je.

Email yang mana?

Email yang orang tu guna masa buka akaun Wise.

Cara ni sangatlah jimat untuk elakkan dari conversion rate.

Mudah kan?

Oh ya. Sebelum tu, mari MKJ tunjukkan sikit cara nak transfer duit guna akaun wise!

1. Klik link Wise: https://wise.com/

2. Log Masuk akaun anda mengguna Email dan Kata Laluan anda, tekan Login

3. Nanti anda akan nampak kalkulator online Wise.

4. Anda boleh tukar Matawang Negara yang anda inginkan.

5. Contohnya: Malaysia, anda pilih MYR

6. Masukkan jumlah yang anda nak transfer

7. Ada 2 jenis pilihan tranfer:

  1. Easy Tranfer:

-Kadar bayaran yang dikenakan tinggi sedikit.

-Guna online banking anda di malaysia untuk membuat bayaran kepada Wise (CIMB Clicks/Maybank2u)

  • Low Cost Tranfer

-Kadar bayaran yang dikenakan rendah sedikit

-Membuat bayaran kepada Wise secara manual di akaun bank anda

8. Nanti, anda terus nampak jumlah duit bersih yang akan penerima dapat.

9. Pastikan anda tukar jenis matawang negara penerima.

10. Sekiranya anda ingin melihat perbandingan guna Wise atau bank, anda boleh klik pada Compare Price, sekiranya ingin teruskan klik Continue.

11. Seterusnya klik pada Personal

12. Isi kan maklumat yang diperlukan, sahkan maklumat anda dan klik Continue

13. Seterusnya pada bahagian anda kirim wang kepada siapa, pilih pilihan anda sama ada MySelf/Someone Else/Business or Charity.

14. Nnati, akan terkeluar Pop Up borang maklumat penerima.

15. Anda dikehendaki lengkapkan maklumat penerima, sahkan dan klik Confir

16. Lengkapkan pengesahan yang diperlukan, Contoh, Anda rakyat Indonesia, bekerja di Malaysia lebih dari 12 bulan:

  • Nationality: Indonesia
    • Residence Of Country: Malaysia

17. Setelah lengkap klik Confirm and Continue

18. Muat naik dokumen pengesahan yang diperlukan (sekiranya berkaitan)

19. Seterusnya pada bahagian pembayaran, ikuti arahan pembayaran selanjutnya

20. Selesai!

6.Nak buka akaun Wise percuma je

Okay guys!

Point second last yang MKJ boleh share dengan anda, akaun Wise ni free je nak buka.

Charge tahunan pun free juga.

Bukan setakat tu je. Baki minimum pun tak ada tau!

Jadi memang jauh lebih jimat dari kad debit atau kad kredit bank anda.

Cuma, ada 1 benda je yang kena bayar.

Kalau anda nak ada kad Wise, anda kena bayar RM 13.70. Itu saja.

Kad biasanya sampai dalam 2 minggu.

Senang cerita, akaun Wise ni amatlah membantu untuk anda yang suka travel.

Paling penting, jimat, mudah dan pantas!

7.    Cara daftar akaun Wise

Last sekali, inilah point yang ditunggu-tunggu oleh semua!

Mari MKJ tunjukkan cara nak daftar akaun wise.

1. Anda tekan link ni: https://wise.com/

2. Tekan ‘Register’

3. Boleh pilih, nak guna ‘email’ atau guna ‘Facebook/Google/Apple’

4. Sekiranya pilih email, klik Next

5. Masukkan no telefon anda, dan klik Send Verification Code.

6. Masukkan Code yang diterima

7. Isikan butiran yang diperlukan dan ciptakan Kata Laluan anda

8. Kemudian memuat naik ID/My Kad/Pasport anda

9. Next, kena ‘selfie’ muka anda sebagai pengesahan

10. Tekan ‘Sign Up’

11. Pendaftaran akaun Wise anda selesai!

Mudahkan?

Nak lagi mudah, anda tengok je video ni okay!

Kalau anda nak register guna phone, tengok video ni okay!

Selamat mencuba! -MKJ

FREE QUOTATION & ITINERARY PERCUTIAN