Disney Premier Access disediakan untuk orang yang ingin bermain sesuatu permainan di dalam Disneyland tetapi tidak perlu tunggu dengan terlalu lama, mereka akan menggunakan “Fast Lane” yang disediakan di tempat permainan tersebut dan terus dapat masuk. Kebanyakkan permainan harus ditunggu sekurang-kurangnya 20 – 30minit. Jadi agak berbaloi untuk membeli Disney Premier Access jika anda tidak ingin menunggu.
Setiap tiket Park boleh digunakan untuk membeli satu Disney Premier Access.
- Akses kepada pengalaman akan dibenarkan untuk seorang tetamu setiap Disney Premier Access.
- Disney Premier Access tidak boleh dikongsi dengan orang lain.
Tetamu berumur 3 tahun ke bawah akan dapat mengakses pengalaman dengan orang yang menemani yang telah membeli Disney Premier Access.
Ada 5 jenis permainan di dalam Disneyland yang boleh menggunakan Disney Premier Pass.
Follow step di bawah untuk ketahui cara-cara membeli Disney Premier Access.
- Anda akan terima Ticket QR Code daripada group whatsapp MKJ.
Anda akan mendapat Ticket QR Code Disney anda dalam bentuk File pdf. (file qr code) seperti gambar di atas.
2. Buka App Store atau Play Store dan download aplikasi “Tokyo Disney Resort App“
3. Buka aplikasi Tokyo Disney Resort App dan tekan “allow“. Tekan next sehingga menu utama. Next step tekan “I Agree. Proceed to Log-in/Registration.
4. Masukkan Email anda dan tekan continue. Isi maklumat-maklumat yang diperlukan dan tekan “Create Account“.
5. Selesai daftar, anda akan terima Email untuk Verify Akaun dari Tokyo Disney. Anda perlu buka email di inbox anda. Klik “Confirm Email Address“. Selesai Verify Akaun untuk email anda.
6. Buka aplikasi Tokyo Disney dan pilih “Tokyo Disneyland” untuk membeli Fast Past (Premier Access) untuk Disneyland.
7. Tekan “Allow” di menu utama. Selepas itu anda boleh tekan gambar di sebelah nama anda untuk tukar gambar ke karakter Disney anda! Selepas itu tekan “Scan Ticket“.
7. Selepas klik, anda perlu scan Qr Code file pdf qr code yang MKJ berikan dekat whatsapp. Scan guna camera anda.
8. Selesai scan, anda dah boleh lihat Ticket anda di menu hadapan. Anda hanya boleh beli Disney Premier Access di dalam kawasan Disneyland sahaja. Jika anda diluar kawasan Disneyland, anda tidak dapat access untuk membeli.
9. Untuk membeli, Tekan “Disney Premier Access” di bawah My Plan. Dan anda boleh pilih “Attractions” atau “Shows & Parades”. Anda hanya boleh beli 1 sahaja pada satu masa. Selepas dah habis permainan yang pertama. Anda kena beli semula untuk permainan yang kedua.
10. Tekan “Continue” , Tick box di bahagian kiri nama anda dan tekan “Ok“. Anda akan lihat list perminan termasuk harga untuk membeli tiket Premier Pass. Pilih permainan anda dan tekan “Continue“. Pilih waktu untuk anda pergi ke tempat permainan tersebut. Waktu yang diberikan untuk guna adalah “1 Jam“. Klik “Reviewed The Agreement” dan “Continue“
11. Scroll ke bawah dan tekan button “Register Credit Card Information” untuk membayar. Masukkan butiran kad anda dan approve payment. MKJ Suggest untuk guna Wise Card/Big Pay/Credit Card Bank anda.
12. Anda dah selesai beli 1 Disney Premier Pass!. Anda dapat lihat Premier Pass anda di bahagian menu utama.
13. Cara untuk mengunakan Disney Premier Pass. Tekan button “Display Code” di Ticket dan anda akan diberikan Qr Code untuk anda scan di tempat permainan yang anda dah beli. Senang kan! Anda terus dapat laluan VIP dan anda tak perlu tunggu lagi!
14. Jika anda ingin ke Disneysea, Anda boleh gunakan cara-cara ini untuk membeli Ticket Disney Premier Access untuk Disneysea! Harap membantu jimatkan masa anda!
Jika anda masih keliru, MKJ sediakan link video di bawah untuk guide anda.
Klik link video di bawah untuk ketahui cara membeli Disney Premier Access.
Untuk info lebih lanjut di dari Website [Official]Disney Premier Access, Klik :
https://www.tokyodisneyresort.jp/en/tdl/guide/disneypremieraccess.html