Melancong Ke Jepun Tanpa Visa

Bermula daripada 1 Julai 2013, rakyat Malaysia tidak perlu lagi bersusah payah untuk memohon atau mendapatkan visa jika mahu berkunjung ke negara Jepun. Tetapi, ada beberapa syarat yang harus anda patuhi untuk membolehkan anda melancong ke Jepun tanpa Visa. Oleh sebab ramai daripada anda yang masih lagi keliru mengenai perkara ini, kami daripada MelancongKeJepun.com akan cuba untuk memberi penjelasan yang lengkap.
Sebelum ini rakyat Malaysia atau rakyat daripada mana-mana negara lain perlu mempunyai visa untuk masuk ke negara Jepun. Namun begitu, sekarang pelancong tidak lagi perlu memohon visa di Kedutaan Jepun sebaliknya visa akan diberikan di pintu masuk Jepun dan visa ini dipanggil “Visa On Arrival” atau VOA. Visa On Arrival hanya diberikan kepada rakyat Malaysia yang memegang passport baru iaitu passport biometrik yang dilengkapi mikrocip dan menepati piawaian ICAO Standards.









