Status Restoran Francais Di Jepun

Kentucky Fried Chicken (KFC)

Kebanyakan Menu KFC di Jepun mengandungi gelatin dan daging babi ini termasuklah kentang goreng, ikan goreng, makan laut serta minyak yang digunakan dalam masakan.

Daripada pemerhatian, hanya satu menu sahaja yang selamat dimakan iaitu フロゼンパフェ (Frozen Parfait (Furozenfafe)) , Biskut yang hanya menggunakan lemak sayuran dan Yakimusubi (Rice Ball panggang)

[Sumber]
1Gusto (ガスト)

Berdasarkan pengesahan terus dari email perkhidmatan pelanggan Gusto, hanya menu yang tersenarai dibawah sahaja yang halal di makan oleh Muslim :

– まぐろたたきご飯/tuna tataki rice
– 小あったかうどん/small udon noodles
– マヨコーンピザ/Mayo corn pizza
– きのこ雑炊/mushrooms Dish

[Sumber] 23Lotteria

Walaupun minyak sayuran digunakan untuk memasak, namun udang burger, kentang dan pai digoreng bersama-sama dengan daging babi dan ayam.

[Sumber]  4Mister Donut

Hanya lemak dan minyak sayuran yang digunakan. Jadi, semua donat dan mufin adalah halal kecuali pai dengan sosej dan ham. Antara donut yang boleh dimakan adalah : Sugar raised, Old fashion, Hokkaido shioazuki, Choco ring, Strawberry ring, Angel cream, Custard cream, Angel French, Strawberry whip French, Old fashion, Cookie cruller cinnamon, Cookie cruller choco, Macha azuki cream, Macha olait milk jelly, Macha olait kuromitsu jelly, Colorful donuts ohana no monfranc dan Colorful donuts heartchoco

[Sumber]5Saizeriya (/ サイゼリヤ)

Saizeriya adalah sebuah restoran francais Itali yang menyajikan pelbagai menu seperti spaghetti, pizza dan lain-lain menu Itali. Antara menu di Saizeriya yang boleh dimakan adalah:

-Spaghetti (Hanya Pepperoncino dijamin selamat)
-Pizza ( Marguerita Pizza / マ ル ゲ リ ー タ ピ ザ, Pizza dengan Cendawan dan salsa Vegetable / 野菜 と き の こ ピ ザ dan Pizza dengan sotong dan ikan teri / 真 イ カ と ア ン チ ョ ビ の ピ ザ)
-Appetizer (Udang goreng/ebi furaido)
-Salad (Hanya salad yang tidak mengandungi daging adalah selamat dimakan)
-Kek Cokelat

[Sumber] 
67Sukiya dan Pizza Hut

Malangnya restoran Sukiya dan Pizza Hut di Jepun adalah tidak mesra-muslim. Semua makanan mereka adalah tercemar dengan bahan tidak halal dan tiada menu yang sesuai dimakan oleh muslim ketika ini. Kebanyakan perkakas masakan mereka digunakan secara bercampur untuk masak makanan halal dan tidak halal.

[Sumber] 8Sushiro

Kesemua sushi berkemungkinan mempunyai kandungan gelatin dan daging babi. Oleh itu, ianya tidak selamat untuk dimakan oleh muslim. Melalui perbincangan dan pertanyaan bersama staff khidmat pelanggan mereka, terdapat kandungan alkohol dalam cuka yand digunakan dalam nasi mereka.

[Sumber]
9Strawberry Cone

Restoran francais yang menawarkan resepi pizza ini boleh didapati di seluruh pelusuk Jepun dan boleh dijadikan alternative untuk menggantikan restoran Pizza Hut. Banyak menunya yang boleh dimakan oleh Muslim seperti

– Pizza ( seafood mix, tappuri corn pizza, Hokkaido potato to tuna)
– Strawberry Cone Crispy Pizza (Goshu Chiizu No Delicious Marugeritta, Tosukana, Tsuna Kon, Tsuna Tomato, Sichiriano, Kamanbajiru, Yonshu Chiizu Margarita, Fishshaman, Chokyuukyoku No Nanashurui No Cheese Pizza)
– Pasta (ikamentai)
– Nyokki ( cheese cream nyokki)
– Side Menu ( rosty onion, stick potato, kawa tsuki jagaimo, onion ring, yakitate apple pie)
– Salad ( Semua salad kecuali mozzarella no salada shitate)
– Pencuci mulut ( noukou kataraana, hazelnut jeraato, vanilla, ichigo milk, mint choco, Sunday strawberry, Sunday Mango, pizza Sunday strawberry, pizza Sunday mango)
– Napolipizza (ichigo to mango banana no furutsu hatake, Caramel de banana choco nuts, anchopiina, honey maple to gorgonzola no pizza, mozza acchuuga, Napoli no marheriita, muuru gai to italia yasai no basil sauce, go shurui no cheese no pizza, jenoba seafood, jichukai no megumi, Mayokon no kurimi shitate, Ichigo no doruche pizza, Bajiru to mozzarera cheese, Kamanbajiru )
– Nonkanpanya ( Karaburia, Irumaare)

[Sumber]
10Ootoya ( 大戸屋)

Jika anda ingin menikmati hidangan asli Jepun yang sangat sedap, bolehlah singgah di Ootoya. Disini anda boleh makan pelbagai jenis hidangan Jepun yang mesra Muslim termasuk jeruk dan sup Miso kerana ianya tidak mengandungi alcohol (Telah disahkan melalui panggilan khidmat pelanggan). Menu di Restoran ini adalah berkualiti dan harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan.

Seperti biasa, menu yang mengandungi ayam dan daging adalah TIDAK HALAL. Menu ikan boleh dimakan tetapi juga perlu berhati-hati dalam memilih.

Hidangan utama yang tidak halal adalah : Salty Grilled Red Fish with Mirin (赤魚の塩麹みりん漬け炭火焼き定食), Grilled Shimahokke Set Menu (しまほっけのゆう庵焼き定食), Children Lunch (お子様ランチ), and Children Omelette Rice (お子様オムライス).

Side menu : Hampir semua menu sampingan adalah selamat, KECUALI: Chicken Mini Salad (ミ ニ 鶏 の 黒 酢 あ ん), Grilled ShimahokkeFish (し ま ほ っ け の ゆ う), Oroshipon Vinegar (お ろ し ぽ ん 酢)

Pencuci mulut : Hampir semua menu sampingan adalah selamat, KECUALI: Parfait Uji Matcha pudding and ice (宇治抹茶のプリントアイスのパフェ), Peach Parfait (桃のパフェ), Egg Pudding (たまごぷりん), Cheese Cake (チーズケーキ魔法のクリム添え)

Bentou (Take away menu) : Antara menu yang selamat adalah Vegetable and Shimahokke Fish Bentou (野菜黒酢としまほっけゆう庵のやさい五穀ご飯弁), Vegetable and Madara Fish Bentou (真だらと野菜の黒酢あん弁当), Charcoal-grilled Saba Fish Bentou (さばの炭火焼き弁当), Charcoal-grilled Shimahokke Fish Bentou (しまほっけの炭火焼き弁当)

[Sumber] 
11Godiva

Semua emulsifier yang ada dalam produk Abednego adalah dari kacang soya termasuk krim segar dan tiada kandungan lemak haiwan. Produk cokelat tidak mengandungi alkohol kecuali : Cerie (alkohol 0.5%) , Truffle Grand Manier (alkohol 1,3%), Truffle Champagne (alkohol 0.1%)

Emulsifier yang digunakan dalam GODIVA adalah dari kacang. Wipped cream yang digunakan pada minuman sejuk tidak mengandungi estrak binatang. Kesemua cokelat juga tidak mempunyai kandungan alkohol kecuali : Cerie, Truffle Grand Marnier, dan Truffle Champagne

[Sumber]1213Yoshinoya

Makanan berasaskan daging adalah tidak halal dan Gyudon berkemungkinan mengandungi gelatin dari babi kerana kebanyakan gelatin di Jepun adalah berasaskan babi. Beberapa menu menggunakan alkohol seperti mirin, shoyu dan lain-lain. Walaubagaimanapun masih ada menu yang bebas dari daging seperti : 焼き魚定食 Yaki Sakana Teshoku, 納豆定食 Natto Teshoku dan 特朝定食 Tokuasa Teshoku . Namun cara memasaknya adalah kurang jelas.

[Sumber]
14MOS Burger

MOS Burger adalah restoran francais kedua terbesar di Jepun selepas Mc Donald. Penggunaan gelatin dan produk tidak halal dalam menu mereka adalah sangat tinggi. Namun demikian, terdapat juga beberapa menu halal yang boleh dimakan oleh Muslim, antaranya adalah:

-Burger : モスライスバーガー「鮭」(Mosuraisubaga – sakana), dan モスライスバーガー (彩り野菜のきんぴら) (Mosuraisubaga – irodori yasai no kinpira)
-Minuman : Semua minuman adalah selamat kecuali yang mengandungi alkohol
-Pencuci mulut : かぼちゃのあったかプリン ( Kabocha no attaka purin)

Sila berhati-hati untuk tidak memakan kentang goreng dan burger lain kerana mengandungi daging babi, ayam, daging dan gelatin

[Sumber]15Burger King

Pemilihan menu halal di Burger King adalah sangat terhad. Antara menu yang dijamin halal adalah kentang goreng kerana digoreng asing menggunakan minyak sayuran dan Garden Salad tanpa croutons dan cheese.

[Sumber]16Manhattan Fish Market

Alhamdulillah, melalui laman sesawang halalmedia.jp, restoran ini telah diiktiraf halal. Kesemua menu adalah selamat dimakan, dan minuman alkohol turut tidak dijual di restoran ini.

[Sumber]17