Senarai Restoran Halal Di Jepun
WARUNG MATAHARI (Hiroshima)
Chef restoran ini berasal daripada Bali. Sudah hampir 12 tahun restoran ini dibuka disini.
Tel: 082-240-2082
MERAH PUTIH CAFE (Tokyo, Shin-Okubo)
Merah Puteh Cafe terletak di Shin-Okubo dalam kawasan Small Muslim Village.
Anda akan dilayan oleh perkerja Indonesian yang amat peramah.
Tel: 03-6279-2399
NASCO KEBAB (Tokyo, Shin-Okubo)
Nasco Kebab adalah amat popular bagi masyarakat Islam di Shin-Okubo dalam kawasan Small Muslim Village.
Tel: 03-5332-5194
BAGUS (Osaka)
Bagus terletak di tengah-tengah bandar Osaka.
Chef Indonesian di restoran ini telah berpengalaman bekerja di Indonesia selama 7 tahun.
Tel: 06-6376-5818
MALAYCHAN (Tokyo, Ikebukuro)
Restoran ini dimiliki oleh seorang warga Jepun. Restoran ini dibuka oleh beliau kerana telah jatuh cinta dengan masakan Malaysia.
Restoran ini juga membekalkan makanan kepada syarikat penerbangan All Nippon Airway (ANA) di bahagian business class.
Tel: 03-5391-7638
HALAL JAPANESE BEEF BBQ RESTAURANT “Gyumon” (Tokyo, Shibuya)
Ini adalah restoran BBQ yang pertama di Jepun yang menyediakan daging lembu Jepun yang Halal. Chef di restoran ini juga adalah beragama Islam.
Tel: 03-5369-2911
CAFE TERATAI (Hiroshima)
Café Teratai terletak di tengah-tengah bandar Hiroshima.
Pemilik restoran warga Indonesia ini popular dalam kalangan masyarakat tempatan kerana beliau pernah muncul di rancangan TV Hiroshima. Iman masjid Tokyo Camii juga pernah makan di restoran ini semasa lawatan beliau ke Hiroshima.
Tel: 082-511-0577
MALAY KAMPUNG (Tokyo, Yaesu)
Malay Kampung berada dalam jarak 10 minit jalan kaki daripada Tokyo Station.
Chef utama di restoran in adalan orang Melayu yang berasal daripada Negeri Terengganu.
Tel: 03-3537-6690
CAFE RESTAURANT CAMPHORA (Kyoto University)
Restaurant Camphora terletak berdekatan dengan gate utama Kyoto University. Mereka menghidangkan makanan dan memasak dengan cara yang Halal. Restoran ini bukan sahaja popular dalam kalangan pelajar, malah masyarakat tempatan jugak kerap berkunjung di sini.
Tel: 075-753-7628
NINOMIYA HALAL BREAD FACTORY (Shibuya)
Ninomiya hanya menggunakan roti yang telah disahkan Halal oleh Japan Muslim Association. Mereka juga sudah mula menggunakan daging halal yang diimport daripada Australia.
Tel: 03-3461-2077
WARUNG JAWA (Sapporo)
Warung Jawa berada dalam jarak 10 minit jalan kaki daripada Stesen Sapporo dan berdekatan Universiti Hokkaido. Restoran ini popular dalam kalangan pelajar Malaysia dan pelajar Indonesia yang menuntut di Universiti Hokkaido.
Tel:022-708-6880
Web: www.halal-shop.net/access.htm
RASA MALAYSIA (Ginza)
Rasa Malaysia teletak di tengah-tengah bandar Ginza. Kakitangan Kedutaan Malaysia dan Malaysia Airlines juga kerap berkunjung ke restoran ini.
Tel: 03-3289-1668
KEBAB YE (Shinjuku)
“Kebab Ye” adalah sebuah restoran kecil yang hanya menyediakan 10 kerusi untuk pelanggan. Chef utama restoran berasal daripada Turki dan berkahwin dengan warga Jepun yang kemudian memeluk Islam. Chef restoran ini kerap dijeput oleh Kedutaan Turki dan Masjid Tokyo apabila terdapat majlis penting.
Tel: 03-3356-5691
JOM MAKAN (Ginza)
“Jom Makan” adalah sebahagian daripada “Malaysian Kitchen Program” yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia untuk mempromosikan masakkan Malaysia. Restoran ini terletak di Ginza.
Tel: 03-6280-6777
SUMIYAKIA (Tokyo)
“Sumiyakiya” adalah restoran masakkan Korea yang terletak di Roppongi. Restoran ini hanya menggunakan daging yang Halal dan telah mendapat sijil pengiktirafan Halal.
Tel: 03-3403-5397