10 Air Terjun Paling Menakjubkan di Jepun

Air terjun adalah salah satu daripada ciptaan semulajadi anugerah dari tuhan yang paling menakjubkan untuk manusia. Bunyi air yang menyegarkan dan suasana alam yang mendamaikan mudah membawa anda lari daripada tekanan kerja dan pencemaran dari semasa ke semasa. Jepun adalah sebuah tempat yang mempunyai banyak air terjun. Sehingga kini, terdapat sebanyak 157 air terjun diiktiraf di Jepun tetapi di bawah adalah senarai 10 air terjun yang paling menakjubkan yang anda boleh jadikan sebagai destinasi kegemaran anda. Antaranya:

1. Air Terjun Kurokuma (くろくまの滝 )

Kurokuma Falls
Kurokuma Falls

Juga dikenali sebagai “Black Bear Falls”, ia terletak di bandar Ajigasawa, Daerah Higashitsugaru Wilayah Aomori, Jepun, pada anak Sungai Akaishi, yang mengalir turun dari Gunung Shirakami .

Ia tersenarai dalam “Top 100 Air Terjun di Jepun”, yang diterbitkan oleh Kementerian Alam Sekitar pada tahun 1990. Air terjun ini dianggap sebagai objek pemujaan agama kerana bentuknya menyerupai imej Kannon Bosatsu dengan tangan tergenggam berdoa. Ia juga dianggap menyerupai beruang yang sedang berdiri, sesuai dengan nama panggilan air terjun ini.

2. Air terjun Oshinkoshin (オシンコシンの滝)2Tergolong sebagai salah satu 100 air terjun terbaik di Jepun, Air Terjun Oshinkoshin adalah air terjun yang menakjubkan bersebelahan dengan jalan pantai utama dari Shari kepada Utoro. Ia boleh ditemui berhampiran Taman Negara Shiretoko, Wilayah Hokkaido. Ia juga dikenali sebagai Air Terjun Twin Beauties, kerana air terjun ini berpecah kepada dua bahagian kira-kira separuh ke bawah. Anda boleh menikmati tenaga dramatik dari air terjun ini dengan berjalan menaiki tangga yang membawa anda kira-kira separuh jalan ke atas air terjun. Dari pemandangan di bahagian atas air terjun, anda juga boleh melihat pemandangan Laut Okhotsk dan banjaran Gunung Shiretoko. Ia amat dramatik pada musim sejuk apabila ketulan ais menutupi laut dan berwarna putih sesejuk mata memandang.

3. Air terjun Sankai (三階の滝)3Air Terjun Sankai adalah air terjun 3-lapis terletak di Zao, Daerah Katta, Wilayah Miyagi, Jepun, di Sungai Sumikawa. Airnya berasal dari Sungai Sankaitari yang juga merupakan anak sungai bagi Sungai Osaru. Ia tergolong dalam senarai salah satu “Top 100 Air Terjun di Jepun”, yang diterbitkan oleh Kementerian Alam Sekitar pada tahun 1990. Ia juga boleh dijumpai berhampiran dengan Sankaitaki Park. Ada lagenda mengatakan, di lembah air terjun ini terdapat satu pertempuran sengit antara ketam dan belut untuk menduduki kawasan itu. Ia juga merupakan tempat yang hebat untuk dilawati di Sendai.

4. Air terjun Hagoromo ((羽衣の滝)4Air Terjun Hagoromo atau dikenali sebagai “Angel’s Robe Falls” terletak di sebelah barat Daisetsuzan Taman Negara di Tenninkyo Gorge. Nama Hagoromo bermaksud “jubah Malaikat” atau “bulu jubah” bergantung kepada pelbagai sumber. Dari kejernihan airnya yang putih sambil disinari cahaya matahari, maka tidak hairanlah nama panggilannya diberi sebegitu. Air terjun ini adalah yang kedua tertinggi di Jepun dengan jumlah ketinggian kira-kira 270 meter. Ada lagenda mengatakan bahawa malaikat turun dari air terjun ini dan memberkati daerah Higashikawa dengan air yang banyak untuk menanam padi.

5. Air Terjun Nachi (那智滝)5Air Terjun Nachi berada di kedudukan nombor dua sebagai air terjun yang paling indah di Jepun. Ia terletak di Nachikatuura, Wilayah Wakayama. Ia adalah salah satu air terjun yang paling popular di Nusantara. Dengan ketinggian 133 meter ia dipercayai menempatkan Kami yang dipanggil Hiryu Gongen disembah di Kumano Nachi Taisha.Terdapat dua batu di atas air terjun yang menjadi penjaga air terjun dan kuil Shinto itu. Terdapat juga sebuah kuil Buddha di sini yang telah musnah semasa Pemulihan Meiji (abad ke-19). Banyak shugenja dan pencinta bintang-berpalang telah melompat dari bahagian atas air terjun dengan kepercayaan bahawa mereka akan dilahirkan semula ke syurga Kannon ini.

6. Air Terjun Fukuroda (袋田の滝)6Air Terjun Fukuroda atau Fukurodanotaki adalah air terjun menakjubkan terletak di bandar Daigo di Wilayah Ibaraki, daerah Fukuroda. Sungainya mengalir melalui air terjun dan akhirnya bersambung di sungai utama Kuji . Air terjun ini disenaraikan sebagai air terjun yang ketiga yang paling indah di Jepun, mempunyai ketinggian 120 meter dan lebar 73 meter. Air terjun ini boleh membeku semasa musim sejuk dan menghasilkan pemandangan indah yang tidak mungkin anda lupakan. Untuk ke sini, anda boleh mengambil kereta api stesen Fukuroda JR yang jaraknya sejauh 2 kilometer dari sini.

7. Air terjun Kegon ( 華厳滝)7Air terjun Kegon berada di kedudukan nombor satu di Jepun sebagai air terjun yang paling indah. Ia terletak di Tasik Chuzenji, Taman Negara Nikko di Bandar Nikko, Wilayah Tochigi. Air terjun inidibentuk apabila Sungai Daiya telah dialihkan oleh aliran lava. Lebih kurang dua belas air terjun yang lebih kecil terletak di belakang dan sisi Air terjun Kegon, berpecah melalui banyak retakan antara gunung dan aliran lava. Dengan ketinggian 97 meter menjadikannya salah satu daripada 3 air terjun tertinggi di negara ini. Pada musim luruh, lalu lintas di jalan raya dari Nikko ke Chūzenji kadang-kadang boleh menjadi sangat sibuk apabila terlalu ramai pelawat datang untuk melihat warna pelangi di air terjun ini. Selain itu, Air terjun Kegon bukan sahaja cantik, malah terkenal sebagai tempat untuk bunuh diri, terutama di kalangan remaja Jepun.

8. Air Terjun Fudo (不動の滝)8Air Terjun Fudo terletak di bandar Hachimantai, Wilayah Iwate pada cawangan Sungai Api. Ia adalah air terjun terbesar di Gunung Akagi-yama. Pemandangannya boleh berubah pada setiap musim menjadikannya sebagai destinasi utama perlancongan sepanjang tahun. Pada bulan Jun, terdapat banyak bunga hydrangea yang mekar di air terjun ini. Selain itu, terdapat sebuah gua terbuka yang besar tercipta dari ketulan batu-batu yang besar, jadi anda sebenarnya boleh melihat bahagian dalam air terjun. Untuk sampai ke sini, dari Stesen Tokyo, anda perlu pergi melepasi Persimpangan Akagi dengan perjalanan satu jam menaiki kereta di Kan-Eetsu Expressway.

9. Air terjun Ashiribetsu (アシリベツの滝)9Terletak di Saporro, Air Terjun Ashiribetsu kebiasaannya menjadi tarikan pelancong semasa musim sejuk kerana hiasan saljinya yang mankjubkan. Ia juga boleh dijumpai berhampiran Takino Park .Dalam pertengahan musim sejuk, kawasan ini menjadi 10°C di bawah takat beku. Suhu paling sejuk adalah pada penghujung bulan Januari, air terjun ini membeku menjadikannya sangat indah. Airnya hampir bertukar menjadi ketulan ais yang kadang-kadang dilihat menakutkan namun kedua-dua penduduk tempatan dan pelancong suka pemandangan itu. Air terjun yang beku terutamanya pada awal pagi adalah di luar jangkaan.

10. Air Terjun Garo (飛竜”賀老の滝)10Air Terjun Garo, juga dikenali sebagai “Flying Dragon”, memperoleh namanya dari legenda seorang raja naga melindungi harta kaum Matsumae ini. Tergolong dalam senarai salah satu “Top 100 Air Terjun di Jepun”, tidak ada air terjun seperti air terjun ini dengan 70m-tinggi dan 35m lebar di seluruh Jepun. Dengan tanpa lembah, ia sering mencipta pelangi disebabkan air yang bertaburan jatuh sentiasa mencecah tanah. Pelancong lebih cenderung untuk pergi ke sana pada bulan Mei atau Jun atau apabila musim luruh bermula kerana pada masa itu pemandangan gunung ini sangat menarik. Anda juga boleh mencari Garo Highland Camping Ground yang terletak berhampiran dengan air terjun ini.

Tidak lengkap percutian anda tanpa melawati pemandangan air terjun yang menakjubkan ini. Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Pek beg anda dan siap sedia untuk mengisi Facebook dan Instagram anda dengan gambar-gambar yang menakjubkan untuk dikongsikan dengan kawan-kawan!