Rahsia Kulit Cantik “Orang Jepun”.

Rahsia Kulit Cantik Orang Jepun

Anda curious tak, macam mana kulit orang Jepun boleh cantik?

Kalau kita tengok betul-betul, mereka tak bersolek tebal pun, tapi tetap cantik!

Setuju tak?

Kalau setuju, anda satu team dengan MKJ!

MKJ sendiri rasa insecure tau bila tengok kulit mereka! Hihihi.

Memang semulajadi cantik atau ada rahsia lain?

Kalau ada rahsia, apa rahsia mereka agaknya ya?

Nak tahu?

Jom! MKJ kongsikan untuk anda!

1.    Berendam Lama Waktu Petang Untuk Kulit Cantik

Rahsia Kulit Cantik Orang Jepun

Rahsia pertama!

Yes, mereka berendam dalam air pada waktu petang.

Bukan sehari dua je tau! Tapi memang dah jadi rutin harian.

Amazing kan?

Berendam dalam air biasa je ke?

Atau guna air panas?

Jawapannya, mereka berendam dalam air yang tak lebih dari 40 darjah celsius!

Kenapa agaknya ya?

Ya, sebab dengan suhu macam tu, liang pori mereka akan terbuka!

So, mudah untuk mereka bersihkan kotoran.

Bukan tu je, tapi suhu tu juga dapat melembabkan kulit mereka.

Mandi macam tu je ke?

Atau ada letak apa-apa dalam air?

Haa. Soalan ni menarik untuk dibincangkan!

Anda nak tahu apa yang mereka letak dalam air mandian mereka?

Basically, sama macam kita juga orang Melayu.

Dalam budaya kita, pernah tengok orang mandi air bunga?

Haa, macam tu juga mereka!

Mereka akan gunakan mandian herba.

Contohnya:

  1. Teh hijau
  2. Minyak aroma
  3. Bunga-bungaan untuk membersihkan tubuh dan kulit.

Kalau anda nak tahu, kat Jepun ada kolam air panas khas tau!

Mereka sebut dengan nama onsen.

Ada banyak tempat yang ada onsen kat Jepun.

Antaranya:

  1. Kusatsu dan Ikaho di Gunma-ken
  2. Hakone
  3. Atami di Shinagwa-ken
  4. Kinugawa di Tochigi-ken.

Tapi guys! Kalau tak ada onsen pun tak apa.

Mandi air panas biasa pun boleh!

Senang cerita, mereka nak dapatkan manfaat air panas tu je.

Pakar dermatologi dari New York, Dr Bobby Buka pun bersetuju bahawa aktiviti ni dapat jadikan kulit lebih sihat dan berada di tahap yang terbaik!

Fuh!

Boleh imagine tak, bila mereka balik kerja, mesti penat kan?

So, inilah cara mereka nak rehatkan tubuh dan mental mereka.

Bukan sekadar rehat, tapi untuk jadikan kulit mereka sihat dan lembut juga.

So, tunggu apa lagi?

Jom try kat rumah masing-masing okay!

2.    Urutan Wajah

Rahsia kedua!

Buat urutan di wajah guys!

So, bila waktu untuk buat urutan tu?

Selalunya, orang Jepun akan urut wajah mereka setiap kali nak pakai produk kosmetik.

Caranya macam mana?

Mereka akan urut dalam gerakan bulat.

Apa manfaatnya?

Percaya tak, cara ni boleh tingkatkan peredaran darah dan legakan otot-otot tau!

Bukan setakat tu, tapi boleh elakkan kulit berkedut juga.

Anda akan jadi awet muda gitu! Hihihi.

Tapi, zaman sekarang ni lebih canggih.

Kalau mereka tak nak guna jari untuk urut wajah mereka, mereka ada pilihan lain!

Wah, ada cara lain ke?

Yes, ada!

Mereka boleh guna alatan khas untuk mengurut wajah.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, gitu! Hihihi.

3.    Minum Teh Hijau

Rahsia ketiga!

Mereka rajin minum teh hijau guys!

Kalau kat Malaysia, teh hijau atau green tea ni memang jadi kegilaan remaja zaman sekarang. Hihihi.

Tapi, kat Jepun, ni amalan tradisi dari zaman dulu lagi.

Kalau anda nak tahu, mereka guna teh hijau dalam bentuk serbuk.

Teh ni disebut sebagai Matcha.

Mereka akan minum teh hijau dalam upacara minum teh tradisional di Jepun.

Persoalannya, kenapa teh hijau?

Confirm lah sebab nak jaga kesihatan kulit.

Mereka nak kulit glowing gitu! Hihihi.

Lagi satu, teh hijau ni banyak khasiat lain juga.

Contohnya, teh hijau ada lebih tinggi vitamin C dan anti-oksidan berbanding buah.

Lepastu, boleh cerahkan kulit dan rawat jerawat pula tu!

Dan lebih menarik lagi,

Orang Jepun minum teh hijau 1 hingga 2 kali sehari tau!

So, MKJ tak nafikan, memang amalan ni mujarab la untuk dapat skin yang elok, cantik dan mulus gitu! Hihihi.

Mereka sudah. Anda bila lagi?

Jom kita cuba sama-sama okay!

4.    Makan Makanan Sihat Dan Seimbang

Rahsia keempat!

Kalau anda sejenis yang suka makan makanan sihat, anda pun boleh jadi cantik macam orang Jepun tau!

Betul ke?

Ya, betul.

Kalau anda nak tahu, salah satu tips awet muda orang Jepun adalah makan makanan yang sihat dan seimbang.

Pernah dengar orang sebut “You are what you eat”?

Yes, inilah yang cuba dibuat oleh orang Jepun.

Senang cerita, apa yang dimakan akan mempengaruhi keadaan kulit seseorang itu.

Setahu MKJ, orang Jepun lebih gemar makanan yang berasaskan sayuran dan ikan.

Tapi, mereka kurang makan daging dan makanan yang kandungan gulanya tinggi.

Nak cantik macam orang Jepun?

Jaga pemakanan anda okay!

5.    Disiplin Menggunakan Skincare

Rahsia kelima!

Orang Jepun sangatlah rajin pakai skincare guys!

Nak tahu berapa banyak rutin penjagaan kulit mereka?

Jawapannya, empat rutin penjagaan kulit mereka, iaitu pembersihan berganda & pelembapan berganda.

Pembersihan berganda tu apa?

Pembersihan berganda tu maksudnya, pembersihan seluruh kulit.

Mereka akan hilangkan solekan, sel kulit mati, minyak dan kotoran pada wajah.

Pembersihan pertama: Mereka guna pembersih berasaskan minyak

Pembersihan kedua: Mereka guna pembersih berasaskan air sabun

Itu je ke rutin mereka?

Eh, ada lagi guys!

Kelembapan berganda: Mereka guna lotion untuk lembutkan kulit.

So, kebanyakan wanita Jepun akan bersihkan  wajah pada waktu malam sebelum tidur!

No make-up. Naked face gitu!

Lagi satu, mereka rajin pakai sunscreen tau!

Percaya tak, orang Jepun tetap pakai sunscreen walaupun bukan cuaca panas.

Kenapa agaknya ya?

Ya, sebab mereka nak jaga kulit.

Sunscreen yang mereka guna pun bukan biasa-biasa tau!

Tekstur sunscreen tu ringan dan mudah diserap kulit.

So, mereka rasa selesa sangat untuk gunakan sunscreen setiap hari.

Amacam guys?

Dah ready ke nak jadi cantik?

Kalau dah ready, jom sama-sama kita jaga kulit okay!

Semoga perkongsian ini bermanfaat! -MKJ

FREE QUOTATION & ITINERARY PERCUTIAN

Tips Penginapan Ke Jepun