10 Bangunan Pencakar Langit Tertinggi Di Dunia

1Manusia selalu mengimpikan untuk melihat dunia ini dengan pandangan mata burung dari langit. Bermula dari Zaman kuno Menara Babel hinggalah ke saat ini sekalipun, hasrat itu tidak pernah padam. Akhirnya dengan perkembangan seni bina masa kini yang sangat menganggumkan, kini kita sudah berupaya merealisasikan impian untuk merasai peluang hidup di legar ruang udara ini.
Bahkan manusia berlumba-lumba mengejar takhta untuk mendapatkan siapakah yang layak memegang makhota mempunyai bangunan pencakar langit tertinggi di dunia.

Berikut merupakan 10 bangunan pencakar langit tertinggi di dunia yang terkini (2015) :

10. Kingkey 100
3

KingKey 100

Lokasi: Shenzhen, China
Ketinggian: 1,449 kaki
Tarikh Siap Pembinaan: 2011

Kingkey, atau KK100, adalah permata dari Shenzhen, sebuah pembuatan bangunan metropolis utama di utara Hong Kong. Kingkey 100 dinamakan sempena bangunannya yang mempunyai 100 tingkat sehingga mencapai jumlah ketinggian 1,449 kaki. Di bahagian tingkat bawah bangunan mengandungi ruang pejabat, pusat membeli belah yang mengambil sebanyak 22 tingkat dan tingkat yang selebihnya milik St. Regis Hotel yang dibuka tahun lepas.

9. Menara Willis

4Menara Willis
Lokasi: Chicago, United States
Ketinggian: 1,451 kaki
Tarikh Siap Pembinaan: 1974

Menara Willis yang lebih dikenali sebagai Menara Sears sebelum berlaku perubahan hak penamaan pada tahun 2009 oleh Willis Group Holdings. Terletak di Chicago, Amerika Syarikat, Menara Willis mempunyai 108 tingkat dan had ketinggian sejumlah 1,451 kaki. Apabila bangunan ini siap dibina pada tahun 1974, ia menjadi bangunan tertinggi di dunia dan memegang gelaran itu selama hampir 25 tahun. Lebih daripada satu juta orang kunjungan yang datang pada setiap tahun kerana ia adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Chicago.

8. Menara Zifeng
7Menara Zifeng
Lokasi: Nanjing, China
Ketinggian: 1,476 kaki
Tarikh Siap Pembinaan: 2010

Menara Zifeng telah siap dibina pada tahun 2010 dan mempunyai had ketinggian 1476 kaki dengan 89 tingkat. Bangunan ini direka oleh Adrian Smith dengan kerjasama Gordon Gill Architecture, firma yang sama membina Burj Khalifa, dan persamaan antara keduanya mudah untuk dikesan. Struktur bangunan mengambil iras-iras bentuk seperti seekor naga yang sedang membaluti tubuhnya pada bangunan itu. Di dalamnya terdapat tangg yang, berperanan untuk memisahkan kedai runcit, ruang pejabat, restoran, hotel dan ruang awam.

7. Menara Berkembar Petronas

8 Menara Berkembar Petronas

Lokasi: Kuala Lumpur, Malaysia
Ketinggian: 1,483 kaki
Tarikh Siap Pembinaan: 1998

Bangunan pencakar langit berkembar ini, pernah sekali menjadi bangunan tertinggi di dunia pada tahun 1998, tetapi pada tahun 2004 mereka telah diatasi. Walau bagaimanapun ia masih menjadi bangunan berkembar tertinggi di dunia, dengan had ketinggian 1,483 kaki dan 88 tingkat. Terdapat jambatan udara yang menghubungkan menara berkembar pada tingkat 41 dan 42 supaya orang ramai dapat menyeberang bangunan itu antara satu sama lain tanpa perlu turun ke bawah dan naik semula. Ciri ini memberikan rupa ikonik pada bangunan ini dan jarang dijumpai tetapi Menara Petronas mempunyai ciri tersebut pada hari ini.

6. International Commerce Centre

11International Commence Centre

Lokasi: Hong Kong, China
Ketinggian: 1,588 kaki
Tarikh Siap Pembinaan: 2010

International Commerce Centre mempunyai had ketinggian 1,588 kaki dengan 118 tingkat. Ia siap dibina pada tahun 2010 dan berdiri megah sebagai bangunan tertinggi di Hong Kong. Bangunan besar ini merupakan satu perjudian besar bagi pemajunya, tetapi pembinaannya memuaskan. Sebanyak 98 peratus ruang bangunan, International Commerce Centre menempatkan beberapa institusi kewangan yang paling menonjol di dunia. Bangunan ini secara rutinnya diiktiraf sebagai contoh pengurusan yang baik, sangat komersial dan mempunyai persekitaran alam sekitar dari sudut pandangan masyarakat.

5. Shanghai World Financial Center
14Shanghai World Financial Centre
Lokasi: Shanghai, China
Ketinggian: 1,614 kaki
Tarikh Siap Pembinaan: 2008

Shanghai World Financial Center di China merupakan salah satu bangunan tertinggi di dunia. Dibina pada tahun 2008, ia mencapai had ketinggian 1614 kaki dan mengandungi 101 tingkat. Bangunan pencakar langit ini digunakan untuk beberapa kegunaan, antaranya sebagai ruang pejabat, hotel, bilik persidangan dan juga dek pemerhatian . Di tingkat bawah bangunan ini terdiri daripada pusat membeli belah dan tempat letak kenderaan.

4. Taipei 101
16Taipei 101
Lokasi: Taipei, Taiwan
Ketinggian: 1,667 kaki
Tarikh Siap Pembinaan: 2004

Taipei 101, atau lebih dikenali sebagai Taipei Financial Center, merupakan bangunan tertinggi di dunia dari tahun 2004 hingga 2010. Terletak di Taipei, Taiwan ia mencapai had ketinggian sejumlah 1671 kaki dan mempunyai 101 tingkat. Menara yang besar ini dilihat sebagai ikon moden Taiwan dengan seni bina klasik, struktur berbentuk pagoda, yang merupakan satu perkara biasa di seluruh Asia. Ia juga merupakan bangunan pencakar langit yang mementingkan alam sekitar dan seringkali menjadi tempat di mana Taiwan melancarkan bunga api semasa menyambut hari perayaan di negara tersebut.

3. One World Trade Center
18

One World Trade Center
Lokasi: Bandar New York, United States
Ketinggian: 1,776 kaki
Tarikh Siap Pembinaan: 2014

Dipanggil dengan kedua-dua nama sama ada Freedom Tower atau One World Trade Center , bangunan ini mempunyai 104 tingkat selepas siap dibina pada tahun 2013. Ia juga turut dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di Hemisfera Barat. Puncak Menaranya dipanjangkan sehingaa mencapai had ketinggian 1776 kaki, merujuk kepada 1776, iaitu Tahun Kemerdekaan Amerika. Berdiri megah sebagai ‘Menara Bercahaya’ dengan penambahan mencecah kaki langit, One World Trade Center adalah selamat, mampan dan artistik dinamik.

2. Makkah Royal Clock Tower Hotel
20Makkah Royal Clock Tower Hotel
Lokasi: Mecca, Saudi Arabia
Ketinggian: 1,972 kaki
Tarikh Siap Pembinaan: 2012

Sebagai satu usaha untuk memodenkan bandar suci ini, Mekah Royal Hotel Clock Tower adalah hotel yang tertinggi di dunia, bersama-sama dengan menara jam tertinggi dan permukaan jam yang terbesar di dunia. Ia mencapai had ketinggian 1,972 kaki dan mempunyai sebanyak 120 tingkat. Mekah Royal Hotel Clock Tower dibina untuk memberi penginapan yang selesa bagi jemaah islam yang ingin membuat haji.

1. Burj Khalifa

The Burj Khalifa stands in DubaiBurj Khalifa
Lokasi: Dubai, United Arab Emirates
Ketinggian: 2,717 kaki
Tarikh Siap Pembinaan: 2010

Burj Khalifa, yang sebelum ini dikenali sebagai Burj Dubai, merupakan bangunan tertinggi di dunia, mempunyai had ketinggian 2721 kaki tinggi yang di luar jangkaan dengan 163 tingkat.Apa yang mengejutkan tentang bangunan ini adalah kita boleh melihat bentuk bumi yang bulat apabila berada di puncak menara, Ia mengambil masa lima tahun untuk dibina, dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2010 di kawasan perniagaan utama Dubai. Burj Khalifa menjadi inspirasi apa yang boleh dilakukan dalam reka bentuk dan kejuruteraan bangunan pencakar langit. Dengan menggabungkan teknologi canggih dan pengaruh budaya, bangunan ini berfungsi sebagai ikon global yang kedua-dua model untuk pusat-pusat bandar masa depan dan kawasan bandar yang membangun.