Apabila anda melawat Jepun, anda mungkin mempunyai masalah untuk memilih apakah buah tangan yang sesuai untuk dibawa pulang ke rumah. Tetapi jangan bimbang, kerana sekarang anda sudah mempunyai maklumat mengenai coklat yang telah mendominasi manisan Jepun ini.
Mari kita lihat apakah 10 coklat yang paling popular di Jepun dan boleh dijadikan sebagai cenderahati. Hampir ke semua daripada coklat ini boleh dibeli di kebanyakan kedai-kedai cenderamata dan kedai serbaneka.
- Almond Chocolate dari Glico
Produk ini telah dijual sejak dari tahun 1958 dan ia merupakan produk dengan badam pertama yang dirasai oleh rakyat Jepun. Hasilnya, dalam temoh itu coklat badam tersebut mulai tersebar di seluruh Jepun dan jenama colat ini telah berjaya mengekalkan nama dan reputasinya sehingga sekarang!
- Meiji Milk Chocolate
Coklat ini mula dijual pada tahun 1926. Ia merupakan kombinasi yang sempurna di antara koko dan susu yang mampu membuatkan semua rakyat Jepun jatuh cinta dengan coklat susu tersebut. Meiji milk chocolate bukan sahaja dianggap sebagai snek tetapi juga dianggap sebagai antara bahan-bahan yang digunakan untuk kebanyakkan gula-gula dan kek di Jepun.
- Choco Flake dari Morinaga
Choco Flake adalah Corn Flakes yang diliputi dengan coklat. Ia mula dijual pada tahun 1967. Anda pasti menyukai rasa kemanisan coklat dan kerangupan Corn Flakes pada masa yang sama.
- Choco Ball dari Morinaga
Choco ball dari syarikat Morinaga telah mulai dijual sejak tahun 1965. Ia merupakan bebola coklat dengan berdiameter kira-kira 1 sentimeter dan dipenuhi dengan rasa yang berbeza. Anda boleh memilih apa sahaja rasa yang anda suka dari biskut, strawberi, kacang, karamel, susu dan lain-lain!
- Apollo Chocolate dari Meiji
Apollo Chocolate telah mula dijual sejak tahun 1969. Rasa asal coklat ini adalah susu dan strawberi. Walau bagaimanapun, jika anda pergi ke kawasan lain di Jepun, anda mungkin boleh mencari lebih daripada dua daripada perisa asal Apollo tersebut.
Sebagai contoh, di Kansai anda boleh mencari rasa teh hijau dan di Hokkaido, terdapat satu jenis perisa tembikai yang agak terhad. Reka bentuk dan nama coklat ini telah diilhamkan daripada kapal angkasa Apollo 11 yang telah tersebar luas beritanya pada tahun pengeluaran coklat tersebut.
- Kinoko No Yama dari Meiji
Kinoko No Yama telah dijual sejak dari tahun 1975. Ideanya bermula dari seorang pegawai syarikat Meiji yang gemar memakan biskut dengan Apollo coklat. Kemudian, idea tersebut telah diinovasikan dan digabungkan menjadi makanan ringan. Perkataan “Kinoko” itu bermaksud cendawan dan snek Kinoko No Yama ini telah dibuat untuk menjadi bentuk cendawan. Batang cendawan ini telah diperbuat daripada biskut dan topinya pula diperbuat daripada coklat susu.
- Crunky dari LOTTE
Coklat pertama Crunky ini telah mula dijual pada tahun 1974. Coklat ini dipenuhi oleh coklat susu dan bertih beras. Ini menjadikan coklat Crunky ini mempunyai rasa yang manis dan rangup pada masa yang sama.
- Tirol Choco
Pertama kali coklat Tirol Choco ini muncul di rak kedai ialah pada tahun 1962. Idea utamanya adalah untuk membolehkan kesemua kanak-kanak merasai coklat yang lazat pada harga yang rendah. Pada masa coklat ini mula dijual, harganya cuma hanya 10yen.
Walau bagaimanapun, dengan kenaikan kos pengeluaran, Nougat telah ditambah untuk mengurangkan kos dan mengekalkan harganya. Oleh kerana Krisis Minyak yang melanda pada tahun 1979, Tirol Choco ini terpaksa menaikkan harganya kepada 30yen. Pada ketika itu jualannya pula jatuh dengan agak pantas.
Namun begitu, coklat Tirol Choco ini merupakan sekeping coklat yang besar dan ia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian kecil serta boleh dijual pada harga 10yen semula. Dengan cara ini, Tirol Choco boleh mendapatkan semula namanya sebagai “Coklat 10Yen”.
- Koeda dari Morinaga
Koeda coklat telah mula dijual sejak tahun 1971. Ia merupakan coklat kayu kecil yang diselaputi oleh bertih beras. Kadang-kadang badam juga digunakan sebgai alternatif lain kepada bertih beras ini.
- Takenoko No Sato dari Meiji
Takenoko No Sato dari Meiji ini dijual buat kali pertama pada tahun 1979. Ia adalah produk inovatif selepas produk Kinoko No Yama. Takenoko No Sato adalah berbeza daripada Kinoko No Yama kerana ianya diperbuat daripada biskut dan coklat ini mempunyai bentuk puncuk buluh, yang dipanggil “Takenoko” dalam bahasa Jepun.
Sekarang anda sudah tahu 10 jenis coklat yang paling popular di Jepun dan anda pastinya tidak perlu bimbang lagi bagaimana untuk mencari hadiah sebagai cenderahati. Mana satu yang anda rasakan terbaik?