Teater secara umumnya adalah satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua unsur seni seperti muzik dan drama yang menggunakan penghibur hidup mempersembahkan lakonan daripada peristiwa sebenar atau imaginasi secara langsung kepada penonton di sebuah tempat dikenali sebagai pentas. Ia sentiasa menjadi tempat yang indah untuk dilawati sama ada besar atau kecil, dari segi estetik atau sebaliknya, masing-masing mempunyai sejarah yang tersendiri, watak tersendiri, dan personaliti yang sering menjadi sebahagian besar daripada produksi sepertimana juga pelakon.
Namun terdapat beberapa teater yang menonjol daripada yang lain; bilamana anda berjalan masuk ke dalamnya, dan sedar detik itu merupakan yang paling anda tidak dapat lupakan. Berikut merupakan antara teater yang disebutkan:
1. The Winter Garden, Toronto, Canada
‘The Elgin’ dan ‘Winter Garden Theatres’ di Canada adalah sebuah bangunan teater bertindan yang unik terletak di pusat bandar Toronto. Dibina pada awal abad kedua puluh, ciri luarannya agak mempersonakan dengan dua tingkat, bahagian pintu masuknya yang berbatu-batu tersimpan perhiasan mewah di dalam dengan ‘Elgin Theatre’ di tingkat bawah dan ‘Winter Garden Theatre’ tujuh tingkat di atasnya. Kedua-dua teater ini telah dibina untuk mempersembahkan seni vaudeville dan filem pendek tanpa suara pada satu-satu masa.
2. Tampa Theatre, Florida, USA
Direka oleh arkitek teater terkemuka John Eberson, ‘Tampa Theatre’ dibuka pada tahun 1926 dengan gaya reka bentuk ‘atmosfera’ . Bahagian dalamnya menyerupai halaman Mediterranean dengan lambakan bunga dan Gargoyles. Di siling teater terdapat 99 biji lampu dipasang supaya kelihatan seperti bintang-bintang di langit. Seperti filem istana di pusat bandar mewah yang lain di seluruh negara, ‘Tampa Theatre’ menjadi sangat popular sejak detik pembukaannya.
3. Palau de la Música Catalana, Barcelona, Spain
Direka oleh arkitek Lluís Domènech i Montaner, ia telah siap dibina pada tahun 1908 untuk Orfeo Català, masyarakat koral yang ditubuhkan pada tahun 1891 yang telah menjadi peneraju parti dalam gerakan budaya Catalan yang kemudian dikenali sebagai Renaixença. Bahagian dalamnya terdapat dewan konsert dan pentas yang sangat besar. Pembinaannya banyak menggunakan bahan-bahan yang luar biasa: Banyak kaca digunakan menjadikan Dewan Muziknya sangat terang memberikan suasana yang unik, dan seramik dengan bentuk semula jadi, Catalan Art Nouveau. Di atas pentas, terdapat satu bahagian gereja yang beroperasi semula, disebabkan oleh pembaikpulihan pada tahun 2004.
4. Sydney Opera House, Sydney, Australia
‘Sydney Opera House’ telah direka oleh arkitek Denmark Jørn Utzon, dan secara rasminya dibuka pada tahun 1973. Ia dianggap sebagai salah satu mercu tanda paling terkenal di dunia, merangkumi pelbagai pentas persembahan yang semuanya digabungkan bersama menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 1,500 persembahan setiap tahun yang dihadiri oleh kira-kira 1.2 juta orang. Disebabkan itu juga menjadikan ia salah satu pusat mempersembahkan hasil seni paling tersibuk di dunia.
5. Odeon of Herodes Atticus, Athens, Greece
Terletak di lereng barat daya Bukit Acropolis, Athens, ‘Odeon of Herodes Atticus’, siap pada 174AD, asalnya mempunyai bumbung kayu dan kapasiti seramai 5,000 orang. Tempat duduk dan pentas telah dibaikpulihkan pada tahun 1950-an, sejak ia menganjurkan konsert untuk penyanyi yang terdiri daripada Maria Callas hinggalah Elton John. Selain itu ia juga menganjurkan lakonan teater dan tarian.
6. Minack Theatre, Cornwall, England
‘Minack Theather’ di Porthcurno, Cornwall adalah ilham dari Rowena Cade, yang membina teater ini di penjuru taman beliau untuk sekumpulan pemain amatur tempatan. Sehingga hari ini, tempat ini masih digunakan oleh kumpulan-kumpulan amatur yang melakukan persembahan satu musim sebanyak 17 kali.
7. Royal Albert Hall, London, England
‘Royal Albert Hall’ dibina untuk menunaikan impian Prince Albert (isteri Queen Victoria) untuk ‘Dewan Tengah’ yang akan digunakan untuk mempromosikan pemahaman dan penghayatan Seni dan Sains. Dewan ini adalah bangunan yang disenaraikan sebagai Gred I dan telah digunakan secara berterusan sejak ia dibuka pada bulan Mac tahun 1871.
8. Palacio de Bellas Artes, Mexico City, Mexico
Palacio de Bellas Artes (Istana hasil seni halus) dianggap pusat kebudayaan yang paling penting di Mexico. Dibuka pada tahun 1934, istana ini mencampurkan gaya seni bina dari Art Nouveau dan Art Deco yang dipadankan dengan kanvas berwarna biru langit, merupakan syurga bagi seorang jurugambar. Bangunan ini menganjurkan pameran dan persembahan teater seperti ‘Ballet Folklorico de Mexico’ yang terkenal.
9. Shakespeare’s Globe, London, England
Ditubuhkan oleh pelakon dan pengarah Sam Wanamaker (Bapa Zoe Wanamaker), ‘Shakespeare’s Globe’ adalah pembinaan semula ‘Globe Theatre’. Merupakan tempat bermain bagi Elizabeth yang pada asalnya dibina pada tahun 1599, musnah dalam kebakaran pada tahun 1613, dibina semula pada tahun 1614, dan kemudian dirobohkan pada tahun 1644 . Pembinaan semula yang bercirikan moden dibuka kepada orang ramai pada tahun 1997, dengan produksi Henry V.
10. The Seebühne, Lake Constance, Austria
‘Seebühne’, atau dikenali pentas terapung, terletak di pinggir Tasik Constance dan mempunyai kira-kira 7,000 tempat duduk. Ia digunakan sebagai lokasi untuk opera berskala besar atau persembahan muzikal semasa Festival Bregenz. Tempat ini pernah muncul dalam filem James Bond Quantum of Solace pada tahun 2008. Gambar di atas menunjukkan produksi La Boheme pada tahun 2002.