Apabila sebut mengenai negara Jepun, pasti imej yang terbayang di fikiran anda adalah sebuah bandar besar yang sesak penuh dengan orang ramai, namun begitu Jepun juga penuh dengan kehidupan alam semulajadi!
Mungkin sebelum ini anda belum pernah mendengarnya bahawa nusantara Jepun terdiri daripada pelbagai jenis iklim, daripada ribut salji sub artika di utara Hokkaido sehinggalah kepada hutan subtropika di selatan Okinawa, dan lebih 70% daripada permukaan tanah di Jepun adalah pergunungan dan belum dibangunkan. Terima kasih kepada keadaannya yang begitu, Jepun merupakan rumah kepada segala jenis fauna dan haiwan yang menarik yang tidak anda sangkakan.
Mari kita lihat beberapa senarai haiwan yang paling menarik dan hanya terdapat di Jepun di bawah, beserta tempat di mana anda boleh menjumpai mereka.
1. Anjing Rakun (Tanuki)
Anda mungkin tidak pernah mendengar mengenai Tanuki, tetapi jika anda pergi ke Jepun, anda akan dijamin akan dapat melihat beratus-ratus daripada spesies mereka. Nah, beberapa.
Tanuki adalah sejenis anjing rakun berasal dari Jepun, dan telah muncul dalam cerita rakyat sejak daripada cerita itu bermula. Dalam legenda, Tanuki itu adalah sejenis bentuk jelmaan yang boleh bertukar rupa – secara tipikalnya ia nakal dan riang, tetapi ada juga yang pelupa dan mudah tertipu.
Sebuah patung Tanuki yang dijumpai di Inuyama
Di Jepun pada hari ini, patung Tanuki sentiasa wujud – berdiri di luar kedai, restoran, pub izakaya dan pertubuhan lain untuk sebagai simbol membawa tuah dan kemakmuran terhadap perniagaan. Tanuki ini mempunyai lapan ciri-ciri khas yang anda boleh kenal pasti, termasuk topi untuk melindungi daripada masalah atau cuaca buruk, botol arak, perut yang besar dan sudah pasti mempunyai skrotum gergasi.
Jika anda benar-benar ingin tahu mengapa mereka mempunyai ciri-ciri tersebut, sebahagian daripada sejarahnya telah dijelaskan oleh Alice Gordenker daripada Japan Times.
Salah satu daripada lukisan mitos tanuki
Jika anda seorang peminat Ghibli, anda mungkin pernah menonton file Pom Poko itu – di mana Tanuki menggunakan kebolehan menukar rupa mereka untuk melindungi komuniti mereka daripada pemaju manusia yang rakus. Ia adalah sebuah filem yang sangat pelik.
Tanuki yang sebenar mempunyai ikatan sosial yang kuat dan hidup berpasangan monogami, yang sangat indah melihatnya. Mereka juga berpelukan bersama-sama apabila mereka sedang berhibernasi!
Di mana untuk melihat mereka: Tanuki tinggal di seluruh Jepun, kadang-kadang di kawasan bandar. Terdapat juga Tanuki putih yang jarang ditemui di Miyajima yang anda boleh melihatnye berkeliaran sekitar tempat. Jika anda tidak dapat mengenal pasti Tanuki yang sebenar, kamu pasti akan dapat melihat patung-patung mereka di mana-mana anda pergi di Jepun!
2. Penyu Laut Hijau
Bergerak jauh ke arah selatan, anda akan berpeluang merasai pengalaman melihat hidupan liar ini secara langsung. Yakushima, pulau yang padat dengan hutan ini yang diilhamkan oleh Hayao Miyazaki, Puteri Mononoke, merupakan salah satu daripada beberapa tempat di dunia yang menyediakan tempat pembiakan untuk penyu laut Hijau.
Di bawah pengawasan pemuliharaan tempatan, pelawat yang ke Yakushima berpeluang menyaksikan pendaratan penyu untuk bertelur, atau bahkan melihat anak kecil penyu yang baru menetas dan membuat jalan mereka sendiri untuk turun ke laut. Ini adalah satu acara yang benar-benar menakjubkan untuk disaksikan, terutamanya apabila proses penyu bertelur hanya mempunyai peluang sebanyak 1/5000 kerana ia akan mengambil masa yang begitu lama untuk bertelur semula.
Di mana untuk melihat mereka: Yakushima mempunyai beberapa pantai yang baik untuk melihat penyu, dan anda boleh mengambil lawatan penyu sepanjang musim panas. Anda juga boleh berenang, menyelam atau aktiviti snorkeling bersama penyu laut di sekitar Kepulauan Okinawa – seperti di dalam gambar!
3. Monyet salji
Mandi-Onsen Monyet salji
Macaque Jepun, atau “monyet salji” seperti yang sering dikenali, mungkin merupakan makhluk berbulu yang paling terkenal di Jepun, dan hidupan di dunia. Monyet mungkin boleh menjadi begitu menarik bagi sesiapa yang tinggal di kawasan bandar, tetapi ia sebenarnya merupakan pemandangan yang sangat biasa di Jepun. Anda pasti tidak perlu bersusah-payah memburu untuk mencari mereka!
Memandangkan kelaziman mereka, tidak menghairankan bahawa monyet kerap muncul dalam budaya tradisional dan agama di Jepun – muncul sebagai protagonis dalam pelbagai cerita rakyat, lukisan, ukiran, cetakan dan sebagainya. Mungkin monyet Jepun yang paling terkenal adalah “tiga monyet bijak” yang boleh didapati di ukiran di Makam Toshogu, Nikko, memberi amaran kepada semua pendatang untuk “tidak melihat kejahatan,tidak mendengar kejahatan, dan tidak bercakap jahat”.
Tiga monyet bijak yang terkenal di Makam Toshogu, Nikko
Di mana untuk melihat mereka: Monyet Jigokudani daripada Yudanaka Onsen adalah terkenal dengan mandian kolam air panas di sana untuk memanaskan badan, tetapi anda juga boleh melihat monyet ini di pergunungan Jepun di mana pembangunan manusia adalah minimum.
4. Kucing Leopard
Jepun merupakan rumah kepada dua subspesies kucing leopard yang terancam – sejenis kucing liar lebih kurang saiz kucing domestik, dibezakan oleh tompok-tompok di badan yang seperti leopard dan bentuk muka yang tersendiri. Mereka mungkin kelihatan serupa dengan kucing rumah biasa anda, tetapi sebenarnya spesies ini sudah wujud beratus ribu tahun dahulu.
Kucing Iriomote dijumpai secara eksklusif di Pulau Iriomote, di mana hanya terdapat kurang daripada 250 daripada spesies mereka sahaja yang tinggal pada masa kini. Dengan hanya bersaiz 290 kilometer persegi, habitat semula jadi mereka sekarang ini merupakan yang paling kecil daripada mana-mana kucing liar yang lain.
Pameran kucing liar Iriomete
Pulau Tsushima, di perairan Kyushu, juga merupakan pelabuhan populasi kucing leopard endemik – kucing leopard Tsushima. Dengan kira-kira hanya 80 hingga 100 sahaja yang tinggal, spesies ini adalah lebih terancam daripada kucing Iriomote.
Papan tanda jalan memberi amaran kepada pemandu di Iriomote untuk berhati-hati dengan kucing liar.
Di mana untuk melihat mereka: Walaupun anda melawat salah satu daripada dua lokasi ini (Tsushima dan Iriomote), anda mungkin sukar untuk menjumpainya kerana ia jarang dikesan dan kebanyakannya aktif pada waktu malam. Tetapi anda akan dapat melihat papan tanda amaran di jalan raya yang memerlukan anda untuk berhati-hati sekiranya terlihat mereka, jadi siapa tahu!
5. Rusa Sika
Jauh daripada sifat pemalu dan sukar untuk dilihat, rusa sika sudah begitu biasa di lihat di Jepun pada hari ini. Jika anda berkunjung ke kawasan sama ada Nara atau Miyajima, anda akan mendapati rusa ini seolah-olah hampir sama bilangannya dengan penduduk di situ, dan sangat mudah untuk dijinakkan. Di Nara, terdapat lebih 1,000 sekumpulan rusa berkeliaran di jalan-jalan dengan bebas, anda juga boleh membeli keropok khas (dipanggil ‘shika Senbei’) untuk memberi mereka makan.
Menurut agama Shinto, rusa dianggap sebagai utusan daripada tuhan dan dianggap suci – membunuh seekor rusa ini akan dijatuhkan hukuman mati sehinggalah tahun 1637. Selepas Perang Dunia Kedua, rusa ini secara rasmi dilucutkan status “suci” mereka dan sebaliknya ditetapkan sebagai khazanah negara.
Di mana untuk melihat mereka: Walaupun anda berkemungkinan besar akan dapat melihat rusa shika di Miyajima dan Nara, anda juga boleh melihat mereka di pelbagai lokasi lain di Jepun – dari utara Hokkaido hinggalah ke hutan Yakushima, dan juga boleh dijumpai sedang berenang di antara Kepulauan Kerama,Okinawa!
6. Tebuan Gergasi Jepun
Entri seterusnya ini mungkin agak menyeramkan dan anda pasti tidak akan mahu menjumpainya sepanjang perjalanan anda. Jepun merupakan rumah kepada tebuan terbesar di dunia, tebuan gergasi Jepun – yang dikenali sebagai “lebah pipit gergasi” dalam bahasa Jepun. Binatang raksasa ini boleh mencapai lebih daripada 4.5cm (1.8in) panjang, dengan lebar sayap lebih besar daripada 6 cm (2.4in). Tebuan ini besarnya begitu menakutkan, malah mereka juga makan lebah yang lain – tebuan tunggal boleh membunuh 40 lebah Eropah dalam satu minit. Oh ya! Mereka juga membunuh lebih ramai orang di Jepun daripada mana-mana haiwan lain.
Jadi tebuan gergasi ini agak menakutkan, tetapi pada pendapat saya lebah Jepun yang biasa adalah lebih, jauh lebih menganggumkan. Untuk mengelakkan tebuan gergasi daripada menyerang mereka seperti lebah Eropah, mereka telah menggunakan tipu daya pertahanan yang luar biasa – bebola lebah.
Bebola lebah
Apabila tiba waktu tebuan ini mencari makan tengah hari, semua lebah biasa ini akan berundur ke sarang, meninggalkan lubang yang cukup besar untuk tebuan itu masuk.
Sebaik sahaja tebuan itu masuk ke dalam, lebah ini akan keluar dari tempat persembunyian mereka dalam kawanan dan membentuk bebola ketat di sekitar tebuan itu, menggetarkan sayap mereka untuk mengarahkan udara panas pada badan mereka untuk masuk ke dalam pusat bebola. Teorinya adalah sama seperti ketuhar perolakan, dan tebuan itu dimasak hidup-hidup sementara lebah itu terus selamat.
Di mana untuk melihat mereka: Ya … Kami sarankan anda jangan pergi mencari. Mereka kebanyakannya terdapat di kawasan luar bandar dan anda mungkin tidak mahu menemukannya sepanjang percutian anda!
7. Pika
Pika adalah mamalia kecil yang dikaitkan dengan arnab dan kelinci, dengan ciri-ciri seperti kaki yang pendek, telinga bulat dan tidak mempunyai ekor. Ia juga dikenali sebagai “arnab bersiul” kerana bunyinya seperti penggera nada-tinggi dan hidup di kawasan iklim sejuk di seluruh dunia.
Sesetengah sumber ada mengatakan bahawa pika merupakan inspirasi untuk ikon Jepun yang terkenal Pikachu, tetapi menurut pengeluar siri Satoshi Tajiri, nama sebenarnya berasal daripada gabungan dua perkataan onomatopoeic Jepun: “pika”, bunyi terhasil daripada percikan elektrik, dan “chu”, bunyi tetikus.
Di mana untuk melihat mereka: Seperti kebanyakan haiwan lain dalam senarai ini, anda mungkin tidak dapat menemui pika di hutan kerana mereka cukup malu dan hanya keluar pada waktu senja dan subuh.
8. Burung Jenjang Makhota-Merah Jepun
Hokkaido adalah pulau kedua terbesar di Jepun dan salah satu kawasan yang paling liar; kurang penduduk, dan bercirikan banjaran gunung-ganang, Kolam air panas gunung berapi, dan dataran yang terbuka luas. Di sini, pada bulan-bulan musim sejuk, anda berpeluang untuk melihat tancho yang jarang ditemui atau dikenali burung jenjang makhota-merah, mempersembahkan tarian mengawan tersendiri – yang tidak pernah gagal untuk menarik perhatian pengunjung.
Tancho ini dianggap telah pupus di Jepun sehinggalah tahun 1926, apabila kira-kira sekumpulan 20 ekor burung ditemui tinggal berhampiran Tsurui di Hokkaido. Terima kasih kepada usaha-usaha pemuliharaan dramatik daripada pihak yang berwajib, akhirnya menyebabkan bilangan mereka kini berjumlah sekitar seribu burung.
Dalam cerita rakyat Jepun, burung jenjang dikatakan mampu menunaikan hajat sebagai balasan bagi pengorbanannya, dan dianggap mempunyai jangka hayat selama 1,000 tahun.
Di mana untuk melihat mereka: Tsurui, Hokkaido atau Zoo Ueno, Tokyo.
9. Ketam Labah-labah Gergasi Jepun
Ketam labah-labah gergasi Jepun, merupakan Artropod terbesar di dunia dan tidak dapat dinafikan ia menjadi haiwan yang paling dicintai dalam senarai ini. Tidak hairanlah mengapa, memandangkan ia adalah gabungan antara makhluk paling berprstij di dunia: labah-labah dan ketam.
Ia hidup di perairan sekitar Jepun, boleh mencapai berat sehingga 19 kg (42lb) dan luas kaki boleh mencapai sehingga 3.8m (12 kaki). Agak comel, Wikipedia mendakwa bahawa “ia dilaporkan mempunyai kecenderungan untuk mesra, walaupun penampilannya ganas”. Awww.
Di mana untuk melihat mereka: Anda berkemungkinan tidak akan menjumpai makhluk yang mesra ini walaupun anda jauh menyelam ke dalam lautan, kerana kedalaman paling cetek di mana boleh menjumpai mereka adalah sekitar 50 m (150 kaki) – tetapi anda boleh melihat mereka di mana-mana salah satu akuarium yang terbaik di Jepun. Kami khususnya mengesyorkan Akuarium Osaka!
10. Salamander Gergasi
Ia mungkin kelihatan seperti tergolong dalam Jurassic Park, tetapi binatang besar air tawar ini masih hidup dalam keadaan baik di Jepun pada hari ini. Dalam bahasa Jepun ia dipanggil “ikan lada gergasi” (kerana mereka mengeluarkan sejenis bahan seperti susu apabila diancam, yang berbau seperti lada).
Salamander gergasi Jepun ini boleh mencapai 1.5m (5 kaki) panjang, dan boleh diatasi saiznya oleh salamander gergasi China, saudara terdekat (raksasa ini boleh mencapai panjang 1.8m (5.9ft), yang benar-benar cukup untuk menakutkan sesiapa sahaja). Memakan serangga, katak dan ikan, dan mana-mana pesaing semula jadi atau pemangsa, salamander ini boleh hidup sehingga usia tua kira-kira 80 tahun.
Di mana untuk melihat mereka: Anda mungkin tidak mahu makhluk ini sepanjang percutian anda kerana mereka cenderung untuk menyembunyikan diri di dalam sungai, tetapi kadangkala mereka juga boleh sesat ke dalam laluan air bandar dan malah merangkak keluar daripada aliran air tersebut.Salah seorang daripada murid sekolah menjumpainya berhampiran Kyoto pada awal tahun ini! (Mereka tidak berbahaya kepada manusia, jadi anda tidak perlu panik jika ini berlaku kepada anda.)