Apabila mengembara di Jepun, mesti ramai akan terfikirkan sushi sahaja. Namun sebenarnya terdapat banyak lagi makanan yang patut mereka cuba di Jepun. Seperti yang anda tahu sebenarnya Jepun terkenal dengan makanannya yang unik serta segar. Kali ini kami akan kongsikan kepada anda senarai makanan yang patut anda cuba di Jepun.
- Masuzushi (Trout Pressed Sushi)
Masu Zushi adalah hidangan rakyat tempatan di wilayah Toyama. Ia adalah ikan bersama nasi yang di balut dalam daun buluh. Anda boleh cuba hidangan ini di restoran sushi atau kedai bento di Toyama.
- White Shrimp Soft Cream
White Shrimp soft cream adalah sejenis aiskrim perasa udang yang hanya terdapat di Jepun sahaja!
- Double Fromage Cheese Cake
Jepun memang terkenal dengan keenakkan kek keju mereka tapi yang istimewanya kek ni adalah cara masakan yang sedikit rumit lalu menghasilkan rasa yang sedap.
- Oyaki
Oyaki adalah sejenis makanan tradisional Jepun yang berasaskan tepung, sayur-sayuran, kicap dan sos miso kemudian dibakar menggunakan arang. Bandar Nagano menjadi pengeluar utama makanan ini.
- Takato Soba
Rugilah kalau pergi Jepun tak cuba soba. Makanan ni adalah sejenis mi yang mudah di dapati di mana-mana restoran di Jepun. Soba boleh dimakan samada sejuk atau panas.
- Akafuku
Afakufu adalah sejenis dessert berasakan kacang merah seperti mochi . Ia telah dihasilkan sejak 300 tahun yang lalu. Bentuk makanan ini adalah simbolik kepada sungai Isuzu. Nak makan afakufu ni pun ada caranya yang tersendiri.
- Bento Sukiyaki
Bento bermaksud bekas makanan manakala sukiyaki adalah sejenis daging dan sayur-sayuran yang di stew bersama kicap menghasilkan rasa yang sangat ringan. Memang wajib cuba. Bento ni pun anda boleh dapati di mana-mana kedai di Jepun.
- Naruto Fried Chicken
Kalau anda peminat Naruto dan sempat melawat wilayah Otaku, anda wajib rasa ayam goreng di restoran bernama Naruto ni. Ayam ini diperap semalaman bersama lada hitam dan garam, kemudian dimasak menggunakan minyak soya. Setiap ayam yang dihidang bersaiz setengah ekor dan dimakan bersama nasi,sayur dan sup miso. Kalau tak habis boleh bawa balik atau kongsi dengan kawan anda. Harga pakej ni berharga 1,100 yen.
- Sushi
Seperti yang kita tahu, makanan sushi ini telah tersebar luas di hampir seluruh pelusuk negara. Tapi ianya berbeza dengan sushi di Jepun yang mempunyai rasa yang sedap dengan kualiti serta kesegaran yang boleh memukau mata semua orang.
- Sashimi
Sashimi merupakan makanan yang mesti kita cuba bila melancong ke Jepun. Sashimi ni adalah daging ikan mentah segar dan dihidang shoyu(kicap masin) dan wasabi. Yang paling sedap ialah ikan ini akan terus cair di dalam mulut sewaktu kita makan sashimi.