Semua jenis kad prabayar ini mempunyai nama-nama yang unik dan maskot yang comel, juga boleh digunakan di mana-mana bandar atau kawasan yang disenaraikan sebaik sahaja anda tiba.
- Kad Suica – Tokyo dan Timur Jepun
Suica dikeluarkan oleh JR East, operator kereta api terbesar di Tokyo dan Timur Jepun. Ia mempunyai mascot penguin dan boleh digunakan di kawasan Tokyo dan juga di kawasan Niigata, Sendai, Hokkaido, Kyushu dan barat Jepun. Namun, ia tidak boleh digunakan untuk perjalanan secara terus antara dua kawasan yang berbeza. Anda perlu keluar dari pintu tiket dan kemudian masukkan semula apabila menggunakannya di stesen yang bersempadan antara dua kawasan.
- Kad Pasmo – Tokyo Metro
Dikeluarkan oleh operator Tokyo Metro dan syarikat pengangkutan lain di kawasan Tokyo, Pasmo dikenali dengan maskot robot berwarna merah jambu. Ia boleh digunakan untuk menaiki bas, kereta api serta kereta api bawah tanah. Secara tidak lansung, kad ini boleh ditukar ganti dengan kad Suica.
- Kad Icoca – Osaka
Icoca dikeluarkan oleh JR West untuk Osaka, Okayama dan kawasan Hiroshima. Kad ini menggunakan mascot playtypus berwarna biru.
- Kad PiTaPa – kawasan Kansai
Kad ini dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengangkutan di kawasan Kansai sekitar Osaka. Ia boleh digunakan dari Nagoya, Kyoto, Osaka, Nara, Himeji dan Kobe serta kawasan-kawasan lain. PiTaPa adalah sistem pascabayar, dan pengguna perlu mendaftar akaun bank yang akan ditolak tambangnya setiap bulan.
- Kad Toica – JR Central
Toica dikeluarkan oleh JR Central, pengendali kereta api laju Tokaido Shinkansen bagi laluan kereta api di rantau Tokai sekitar Nagoya. Toica menggunakan anak ayam kuning sebagai mascot kad mereka.
- Kad Manaca – kawasan Nagoya
Diperkenalkan oleh Biro Pengangkutan Nagoya untuk bawah tanah dan laluan kereta api yang lain serta bas. Manaca adalah satu lagi kad untuk digunakan dalam Nagoya dan kawasan sekitarnya. Maskot bagi kad ini adalah wajah senyum berwarna kuning.
- Kad Sugoca – JR Kyushu
Sugoca dikeluarkan oleh JR Kyushu untuk digunakan semasa menaiki kereta api di Kyushu dan pulau utama di selatan Jepun. Mascot Sugoca adalah haiwan katak.
- Kad Nimoca – Fukuoka
Kad ini dikeluarkan oleh Nishi-Nippon untuk digunakan pada kereta api dan bas yang hanya fokus di wilayah Fukuoka sahaja. Nimoca menggunakan maskot Ferret.
- Kad Hayakaken – Fukuoka
Kad ini digunakan untuk sistem kereta api bawah tanah di bandar Fukuoka. Maskot bagi kad ini adalah anjing prairie.
- Kad Kitaca – JR Hokkaido, Sapporo
Dikeluarkan oleh JR Hokkaido, operator kereta api di pulau utara Jepun, Kitaca digunakan di sekitar Sapporo. Kad ini menggunakan tupai terbang sebagai mascot kad mereka.