10 JENIS MESIN LAYAN DIRI YANG BOLEH DIDAPATI DI JEPUN

Dengan satu mesin layan diri untuk setiap kira-kira 23 orang (mengikut Persatuan Pengilang Mesin Layan Diri Jepun), Jepun adalah salah satu negara yang paling padat dengan mesin layan di dunia. Mesin ini boleh didapati di seluruh bandar-bandar, pekan, dan juga di kawasan pendalaman. Boleh dikatakan tiada satu mesin pun yang rosak atau tidak berfungsi.

Kebanyakkannya mesin ini menjual minuman tanpe alkohol seperti minuman ringan, jus, minuman tenaga, teh dan kopi untuk harga 100 hingga 200 yen. Pembeli boleh memilih sama ada mahu minuman panas ataupun sejuk. Selain itu, ada juga mesin menjual barang-barang seperti ais krim, beras, kamera pakai buang, mee segera.

Mesin layan diri ini menerima wang 10, 50, 100 dan 500 syiling yen, dan juga 1000 bil yen. Apabila membayar secara tunai, masukkan wang terlebih dahulu sebelum membuat pilihan anda. Jika membayar menggunakan kad pengenalan diri, anda harus membuat pilihan sebelum mengimbas kad anda ke atas pembaca kad.

• Mesin menjual azimat di tokongamulet• Mesin menjual beras ( 10kg ) pelbagai jenamaberas• Mesin menjual mee dalam bekas mangkukcup-noodle• Mesin menjual umpan pancingfishing-bait• Mesin menjual gubahan bungaflober• Mesin menjual buku komikmanga• Mesin menjual payungpayung• Mesin menjual buah epal yang telah siap dipotongslice-apple• Mesin menjual Sushisushi• Mesin menjual kereta mainantoy-cars