10 Lapangan Terbang Terbaik Di Dunia

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Passengers walk through the newly opened Maynard H. Jackson Jr. International Terminal at Hartsfield-Jackson Atlanta International Airport in Atlanta, Georgia May 16, 2012. The new $1.4 billion terminal, a 1.2 million square foot facility that is LEED certified officially opened its doors welcoming their first flights. REUTERS/Tami Chappell (UNITED STATES - Tags: BUSINESS TRANSPORT)Sejak beberapa dekad yang lalu, industri pengangkutan udara telah dilihat berkembang pesat dengan menarik sebahagian besar dari penumpang yang biasa menggunakan jalan raya dan laut kepada menggunakan pengangkutan udara untuk melancong. Oleh sebab itu, pengalaman berada di lapangan terbang terbaik sering menjadi impian bagi golongan yang gemar melancong ini.

Baru-baru ini, sebuah laman web penerbangan pelanggan, Skytrax telah memberi penghargaan lapangan terbang terbaik di dunia bagi tahun 2015. Pengiktirafan kedudukan tahunan ini adalah berdasarkan pada tinjauan yang menggunakan lebih daripada 13 juta risalah dari 112 buah negara.

Dipetik dari petikan Business Insider, Selasa 23 Jun 2015, sebanyak lebih daripada 550 lapangan terbang menyertai kaji selidik yang dilakukan ini. Penilaiannya meliputi 39 perkhidmatan dan prestasi, termasuk keselesaan kemudahan, lokasi bilik mandi, dan kemahiran berbahasa kakitangan lapangan terbang itu sendiri.
Berikut merupakan senarai 10 lapangan terbang terbaik di dunia yang diiktiraf oleh Skytrax, 2015:

10. Beijing Capital International Airport, China2Penumpang tahunan : 83.7 million
Kedudukan terdahulu : 7

Sebagai lapangan terbang kedua paling sibuk di dunia, Beijing Capital International Airport telah memainkan peranan utama dalam perkembangan ibu kota Beijing,China. Dengan perkembangan ini, lapangan terbang ini telah membina pelbagai kemudahan baru dan naik taraf dari segi infrastrukturnya. Selain itu, Terminal Capital 3 telah diiktiraf sebagai 10 terminal terbaik di dunia.

9. Amsterdam Schiphol Airport, Netherland3Penumpang tahunan : 52.6 million
Kedudukan terdahulu : 5

Pada tahun 2014, 55 juta penumpang membuat perjalanan melalui Amsterdam Airport Schiphol. Dibuka pada tahun 1916, Schiphol terkenal dengan pelbagai aktiviti masa lapang dan mempunyai sebuah perpustakaan di mana penumpang boleh selesa membaca buku sementara menunggu penerbangan mereka. Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam adalah salah satu lapangan terbang paling sibuk di Eropah dan berfungsi sebagai pusat untuk KLM, Transavia, dan Delta.

8. London Heathrow Airport, England4Penumpang tahunan : 72.4 million
Kedudukan terdahulu : 10

Heathrow merupakan lapangan terbang ketiga paling sibuk di dunia dan yang terbesar antara lima lapangan terbang utama yang berkhidmat di London. Heathrow masih berada dalam kerja-kerja pengubahsuaian besar dengan penambahan bangunan baru, Terminal 2. Bangunan Terminal 5 yang berusia tujuh dinamakan sebagai terminal lapangan terbang terbaik di dunia oleh Skytrax. Heathrow berfungsi sebagai pusat utama British Airways dan Virgin Atlantic.

7. Central Japan International Airport, Japan5Penumpang tahunan : 9.8 million
Kedudukan terdahulu : 12

Dibina di atas sebuah pulau buatan di tengah-tengah Ise Bay berhampiran bandar Nagoya, Central Japan international juga dikenali sebagai Centrair. Ia berfungsi sebagai sebuah bandar tumpuan Japan Airlines dan ANA. Lapangan terbang ini mempunyai peratusan trafik domestik yang besar, dengan beberapa laluan serantau beroperasi untuk bandar-bandar di Asia seperti Bangkok dan Singapura. Laluan jarak jauhnya termasuk Helsinki, Frankfurt, Honolulu dan Detroit.
Selain itu, Ia juga terkenal dengan mempunyai dek udara yang 1,000 kaki panjang membolehkan penumpang melihat kapal-kapal belayar ke Pelabuhan Nagoya. Terdapat juga rumah mandi tradisional Jepun di mana anda boleh berendam sambil menyaksikan matahari terbenam di teluk.

6. Zurich Airport, Switzerland6Penumpang tahunan : 24.9 million
Kedudukan terdahulu : 8

Lapangan Terbang Zurich adalah lapangan terbang antarabangsa yang terbesar Switzerland. Terletaj hanya lapan batu dari bandar Zurich, ia merupakan pusat bagi Swiss International Air Lines dan sebagai hab yang menghubungkan bandar terbesar di Switzerland dengan negara lain di negara ini. Untuk penumpang yang penerbangannya tertangguh, Lapangan Terbang Zurich ada menawarkan basikal, skate-sewa dan lawatan ke Muzium Pengangkutan Lucerne, Swiitzerland.

5. Tokyo Haneda International Airport, Japan7Penumpang tahunan : 68.9 million
Kedudukan terdahulu : 6

Mempunyai terminal domestik dan antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo Haneda memainkan peranan yang amat penting dalam meneruskan pembangunan Jepun sebagai sebuah negara yang berorientasikan pelancongan. Terletak beberapa batu dari tengah-tengah ibu negara Jepun, Tokyo Haneda telah terbukti menjadi pelabuhan popular bagi pelancong dan peniaga. Lapangan terbang keempat paling sibuk di dunia, Haneda terkenal dengan kecekapan perkhidmatan, kebersihan, dan pusat membeli-belah.

4. Hong Kong International Airport, China8Penumpang tahunan : 59.6 million
Kedudukan terdahulu : 4

Dibina di atas sebuah pulau buatan di luar kawasan Hong Kong, HKG telah menjadi salah satu kemudahan yang paling popular di dunia sejak ia dibuka pada tahun 1998. Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong memberi perkhidmatan kepada lebih 100 syarikat penerbangan yang beroperasi kira-kira 180 lokasi di seluruh dunia, termasuk 44 destinasi pada Tanah Besar China. Ia adalah bekas, pemenang berturut-turtut Anugerah ‘Airport of the Year’. Jika anda ke sana, pastikan anda merasa pengalaman bermain di padang golf SkyCity Nine Eagles berhampiran Terminal 2.

3. Munich Airport, Germany10Penumpang tahunan : 38.7 million
Kedudukan terdahulu : 3

Terletak di timur laut pusat bandar Munich, MUC adalah salah satu lapangan terbang paling sibuk di Eropah dan kedua paling sibuk di Jerman, selepas Frankfurt. Lapangan terbang Munich berfungsi sebagai pusat utama untuk Air Berlin, Lufthansa, dan Condor dan ia mempunyai ciri-ciri seni bina cermin yang berangin. Sebuah taman pelawat berdekatan terdiri daripada golf mini dan paparan pesawat bersejarah. Dengan lebih daripada 150 kedai-kedai runcit dan kira-kira 50 tempat-tempat di mana anda boleh makan dan minum, ia seperti pusat bandar, menawarkan pelancong dan pelawat banyak perkara untuk dilihat dan lakukan.

2. Incheon International Airport, Korea11Penumpang tahunan : 53.7 million
Kedudukan terdahulu : 2

Sekali lagi, Incheon terpilih sebagai lapangan terbang kedua terbaik di dunia. Terletak di sebuah pulau di luar ibu kota Korea Selatan, Incheon adalah pangkalan untuk Korean Air dan 24-lapangan terbang paling sibuk di dunia. Ia secara rasminya dibuka pada tahun 2001.Kemudahan yang terdapat di Incheon ini paling diminati kerana ia menampilkan pelbagai pilihan untuk membeli-belah dan menjamu selera. Sebagai tambahan, di situ juga terdapat sekumpulan yang melakukan persembahan kebudayaan untuk menghiburkan hati pelancong dan pelawat di samping mempunyai sebuah muzium budaya Korea untuk dilawati.

1. Singapore Changi International Airport, Singapura12Penumpang tahunan : 41.7 million
Kedudukan terdahulu : 3
Bagi tahun ketiga berturut-turut, Changi memegang gelaran sebagai lapangan terbang terbaik di dunia. Changi berkhidmat sebagai pusat penerbangan kepada Singapore Airlines, SilkAir, dan Tiger Airways dan merupakan lapangan terbang ke-13 paling sibuk di dunia. Lapangan terbang Singapura ini telah menerima pujian daripada orang ramai kerana seni binanya yang indah, operasi yang cekap, kemudahan mewah, dan pilihan yang pelbagai untuk tempat makan dan membeli-belah. Penumpang yang menggunakan perkhidmatan lapangan terbang ini akan dilayan dengan pawagam, dek hiburan multimedia, spa, dan slaid kotrek.