Setiap tahun terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh kita lawati di dunia ini. Negara Jepun terkenal dengan kawasan pelancongan yang cantik serta menarik yang membolehkan jumlah pelancong di negara Jepun semakin meningkat setiap tahun. Antara tempat menarik di Jepun yang wajib kita lawati tahun 2017 ialah.
- Miyagi
Selepas kejadian gempa bumi Tohoku pada 2011 tempat ini telah pulih dengan pantas. Industri pelancongan di sini walaupun masih perlahan tetapi ia tetap bersedia dan teruja untuk menerima pelancong yang hadir.
Keunikan yang tak boleh anda tinggalkan ketika melawat Miyagi adalah Tanabata Matsuri, di ibu kota Sendai. Ia merupakan sebuah pulau yang penuh dengan kucing dan musang, pengemar kucing pasti gemarkan tempat ini.
- Kumano
Sebahagian daripada Gunung Kii, Kumano Sanzan terdiri daripada tiga tempat suci purba dan bersejarah. Bagi yang ini ingin ke tempat ini perlu mendaki Kumano Kodo yang berusia lebih 1000 tahun. Perjalanan anda akan melalui hutan-hutan yang bersih suci dan diselang seli dengan kawasan tradisional yang santai. Walaupun tanpa sebab yang jelas, Zen Master pasti bersetuju untuk anda segera ke tempat ini.
- Kanazawa
Bakal mengadakan KOGEI World Competition 2017 yang akan menghimpunkan seluruh teknik kraf tradisional dari seluruh dunia, Kanazawa adalah tempat yang harus dilawati pada 2017.Bandar seni ini juga mempunyai Muzium Seni Kotemporari Abad Ke-21 pasti menjadi tempat wajib dilawati oleh pencinta seni.
- Takachiho
Terkenal dengan cerita lagenda yang tuhan pernah turun ke tempat ini menjadikan tidak hairan ramai mengatakan ia ibarat syurga di dunia. Walaupun jalan ke Takachiho rosak teruk ketika gempa bumi Kumamoto 2016, kemudahan bas ulang alik tetapi disediakan bagi menyambut dengan mesra para pelancong yang datang ke tempat ini.
- Daisetsuzan
Sudah tentu, anda akan ketinggalan sekiranya melawat Hokkaido tidak melawat khazanah alam yang tiada tandingannya. Meraikan cuti umum terbaru Jepun iaitu Hari Gunung, anda perlu mengunjungi taman negara terbesar ini.
Tempat untuk pelbagai julat gunung berapi, Daisetsuzan adalah taman permainan yang luar biasa untuk pejalan kaki dan para peluncur. Terima kasih kepada bandar-bandar yang menarik dan perayaan ais yang mesra keluarga ia menjadi tempat terbaik untuk dilawai ketika musim luruh.
- Sapporo
Bandar yang terkenal dengan ukiran ais pelbagai bentuk, Sapporo bakal menjadi tempat berlansungnya Sukan Asean Musim Sejuk tahun hadapan. Oleh itu mulai sekarang, anda boleh memeriksa segala aktiviti, tiket dan lain-lain untuk berkunjung ke sini.
- Okinawa
Okinawa adalah tempat yang paling berbeza dengan tempat perlancongan lain di Jepun kerana berbentuk pulau subtropikal. Mungkin kerana itu setiap tahun industri perlancongan di sini makin berkembang dan menjadi sebab Okinawa sentiasa mendapat tempat popular di hati para pelancong. Pada tahun hadapan, Okinawa bakal menjadi tempat berlangsungnya Persidangan Asia Routes 2017 yang bakal menghimpunkan 400 syarikat penerbangan yang lain
- Nagasaki
Pada tahun ini, Nagasaki yang dibayangi oleh Hiroshima ketika kejadian Pengeboman Nagasaki-Hiroshima oleh tentera Amerika Syarikat telah menyambut tahun ke-70 kejadian itu berlaku. Mempunyai pengaruh daripada Eropah dan China serta pelabuhan yang bersejarah dan budaya makanan antarabangsa, Nagasaki pasti akan membuatkan perjalanan anda lebih menarik ketika berada di sini.
- Tokyo Disney Sea
Sebuah tempat kegemaran bagi keluarga, peminat taman tema dan pelajar sekolah, Tokyo Disney Sea mempunyai beberapa tarikan baru berdasarkan filem popular. Taman tema yang dijadual dibuka pada 2017, ia mempunyai permainan bertemakan animasi Finding Nemo dan sekuelnya, Finding Dory.
Turut ada replika Arendelle, sebuah kampung dari animasi Frozen. Taman tema ini juga sedang meraikan ulang tahun ke-15 dibuka dari April 15, 2016 hingga 17 Mac, 2017, dengan beberapa persembahan khas sebagai sebahagian daripada “The Year of Wishes.”
- Gunma
Pelancong asing biasanya akan terlepas pandang tempat luar bandar yang terletak tidak jauh dari Tokya. Di kawasan pendalama ini mempunyai beberapa onsen yang terbaik di Jepun. Bahkan pada 2017, Gunma bakal menjadi tuan rumah kepada Nakanojo Biennale, festival seni inovatis yang dipelopori oleh Jepun.