Ramai orang menggunakan penyepit beranggapan bahawa ia adalah semata-mata budaya bagi sesetengah negara. Di Jepun, bagaimanapun, ia adalah sesuatu yang anda perlu mengambil serius.
Setiap kedudukan, atau pergerakan yang anda lakukan menggunakan penyepit kadangkala boleh menjadi kurang ajar atau gangguan kepada orang yang sedang menikmati makanan bersama anda. Walaupun ia mungkin tidak salah untuk melakukan kesilapan bagi orang baru, namun ia sesuatu sifat yang baik untuk belajar menghormati adat jepun dengan mengambil tahu pantang larang mereka menggunakan penyepit.
Sudah pasti ia bukanlah suatu perkara yang mudah, kerana orang Jepun sendiri belum cukup sempurna dalam menggunakan penyepit dengan betul. Walau bagaimanapun, berita baiknya adalah bahawa dengan mengetahui beberapa peraturan mudah ini akan membawa anda 99% kesempurnaan dalam menggunakan penyepit. Antaranya ialah:
1. Pegang penyepit anda dengan cara yang betulMempelajari cara paling betul memegang penyepit boleh membantu anda menggunakannya dengan mudah. Jadi sebelum anda pergi lebih jauh, pastikan asasnya anda memegang penyepit berhampiran dengan penghujungnya. Pastikan bahawa penyepit dipegang antara jari telunjuk dan ibu jari. Penyepit yang lebih rendah harus diletakkan pada jari manis anda sementara merenggangkan ia di ruang cekung antara ibu jari dan jari telunjuk.
Anda boleh belajar untuk menggunakannya dengan lebih cepat jika anda mempraktikkannya sekali dalam beberapa masa, seperti apabila waktu anda makan di rumah. Ingat, latihan adalah kunci kejayaan.
2. Penyepit bukanlah barang mainanJangan tudingkan penyepit anda apabila bercakap atau memegang ia untuk tempoh masa yang lama tanpa makan. Menudingkan penyepit pada orang ketika makan dianggap sangat kurang sopan. Selain itu, jangan sekali-kali menggosok penyepit berulang kali selepas anda memisahkan ia kerana perbuatan tersebut menunjukkan bahawa anda menganggap penyepit itu murah.
3. Jangan membelek makanan dengan penyepit andaJangan meletakkan penyepit anda ke atas semua hidangan apabila mahu memilih makanan. Perbuatan seperti Ini dianggap tamak oleh orang Jepun (bashi Sashi).
4. Jangan menyilangkan penyepit anda apabila meletakkannya di atas mejaPastikan bahawa penyepit anda diletakkan selari di atas meja apabila anda ingin berhenti menggunakannnya. Perbuatan menyilangkan penyepit mengingatkan orang Jepun akan upacara pengebumian atau penyembahan makanan kepada roh orang mati.
5. Gunakan pemegang penyepit andaBanyak restoran di Jepun akan menyediakan tempat pemegang penyepit. Apabila anda tidak menggunakan penyepit anda, letakkannya pada pemegang. Bagi penyepit pakai buang anda tidak akan diberi pemegang. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pemegang penyepit sendiri daripada pembungkus penyepit. Anda tidak dibenarkan sama sekali memacakkan penyepit anda tegak di dalam nasi kerana ia menyerupai upacara yang dilakukan semasa upacara pengkebumian di Jepun.
6. Jangan Menjilat Penyepit AndaJangan menjilat hujung penyepit (Neburi bashi). Penyepit anda sepatutnya digunakan untuk menyuap makanan masuk ke mulut anda. Menjilat atau menghisapnya adalah sangat tidak digalakkan.
7. Jangan gaul makanan menggunakan penyepitPerbuatan menggaul makanan menggunakan penyepit dianggap anda sedang menghina juru masak. Jika anda dijemput ke jamuan makanan formal di Jepun, anda mungkin tidak mahu melakukan perkara ini. Sebaliknya, jika anda makan Gohan Natto atau sesuatu seperti sup ia mungkin adalah sesuatu yang berbeza.
8. Berhati-hati ketika memberi makanan kepada orang lainJangan sekali-kali berkongsi makanan dengan melepaskan dari penyepit ke penyepit lain kerana ini menyerupai adat pengebumian di Jepun yang mana semasa upacara memindahkan tulang yang dibakar ke dalam kendi dilakukan. Ini mungkin pantang larang terbesar di meja makan Jepun.
Berkongsi makanan anda kepada orang lain boleh dilakukan dengan mudah seperti meminta mereka untuk menghulurkan pinggan mereka kepada anda. Sebaik-baiknya anda boleh meminta pelayan untuk menyediakan satu lagi sepasang penyepit yang diletakkan di tengah-tengah meja dan digunakan setiap kali seseorang perlu untuk memindahkan makanan untuk orang lain.
9. Jangan menyuap makanan secara terus dari mangkuk nasi ke dalam mulut anda.Apabila makan makanan Jepun, anda patut mengangkat mangkuk yang anda gunakan dan kemudian barulah mengambil penyepit. Apabila menukar mangkuk, pertama sekali letakkan terlebih dahulu penyepit anda, kemudian barulah menukar mangkuk. Hanya selepas anda mengangkat mangkuk kedua barulah kemudiannya mengambil penyepit anda semula.
10. Jangan makan secara terus lauk yang diambilAmbil lauk makanan daripada hidangan yang disediakan dan letakkan di atas pinggan anda sendiri atau mangkuk sebelum memakannya. Ia dianggap seperti kita berterima kasih kepada orang yang memberi kita makan dan tidak gelojoh.