Terdapat lebih daripada 300,000 perayaan tradisional “Matsuri” di Jepun, dan semuanya sangat berbeza di setiap kawasan. Biasanya, Matsuri diadakan atau disambut di kuil tempatan dan dianjurkan oleh masyarakat setempat. Mereka akan memakai pakaian Matsuri dan membawa mikoshi berat, yang merupakan kuil mudah alih di seluruh jalan, dengan harapan ia dapat memberkati bandar dan rakyat.
Berikut adalah 10 Matsuri yang sangat popular di Jepun :
1. Gion Matsuri (Kyoto)
Merupakan satu perayaan yang paling terkenal di Jepun. Ia diadakan pada sepanjang bulan Julai, tetapi kemuncaknya merupakan perarakan besar terapung yang dipanggil “Yamaboko Junko” iaitu pada hari ke-17 dan ke-24. Ia disambut di Kawaramachi dan Oike Streets.
2. Awa Odori (Tokushima)
Merupakan festival tarian tradisional terbesar di Jepun. Lelaki, wanita dan kanak-kanak menari di hampir semua jalan-jalan di Tokushima City, dari 12 hingga 15 Ogos. Mereka akan memakai pakaian musim panas iaitu kimono dan jerami topi. Kebiasaanya lebih daripada satu juta orang berkumpul untuk perayaan ini.
3. Kanda Matsuri (Tokyo)
Perayaan ini paling terkenal di Tokyo dan adalah perayaan bagi Kanda Myojin Shrine. Ia berlangsung pada pertengahan bulan Mei. Mikoshi, merupakan tempat suci mudah alih, diarak daripada Kanda Myojin Shrine pada waktu pagi dan dibawa ke daerah Kanda, Nihonbashi dan Akihabara, dan kemudiannya kembalisemula ke kuil pada waktu petang.
4. Yuki Matsuri, Snow Festival (Sapporo)
Berlangsung pada bulan Februari. Asal-usul perayaan ini berasal daripada kisah enam patung salji yang dibina oleh pelajar sekolah tinggi tempatan pada tahun 1950, namun kini ia telah menjadi sambutan pertandingan ukiran salji gergasi antarabangsa.
5. Nebuta Matsuri (Aomori)
Diadakan dari 2 hingga 7 Ogos di Aomori City. Nebuta adalah pelampung tanglung yang menggambarkan tokoh-tokoh manusia dan diiringi oleh beribu-ribu penari. Biasanya perarakan ini akan bermula pada waktu matahari terbenam dan berterusan selama beberapa jam.
6. Kishiwada Danjiri Matsuri (Kishiwada, Osaka)
Berlangsung di Kishiwada City, Osaka, pada pertengahan bulan September. Danjiri adalah kayu terapung, yang kebanyakannya mempunyai berat lebih dari3000 kg. Kishiwada Danjiri Matsuri adalah salah satu perayaan yang paling mendebarkan di Jepun. Orang ramai menarik pelampung besar mereka pada kelajuan yg berbahaya, dengan pemimpin-pemimpin pasukan melompat dan menari di atas pelampung.
7. Tenjin Matsuri (Osaka)
Perayaan ini disambut oleh Shrine Tenmangu di Osaka, dan diadakan pada hari ke-24 dan ke-25 Julai. Acara kemuncaknya adalah pada hari kedua dengan kedua-dua perarakan tanah dan perarakan sungai. Pada perarakan sungai, bot diterangi lapu dan bunga api dipasang
8. Kochi Yosakoi Matsuri (Kochi)
Perayaan ini bermula pada tahun 1954 selepas orang tempatan mencipta tarian Yosakoi Naruko. Tarian ini adalah berdasarkan lagu rakyat lama mereka, yang dipanggil “Yosakoi Bushi.” Orang ramai menari secara ghairah dengan muzik rancak dan membawa alatan dipanggil “Naruko” yang menghasilkan bunyi “clip-clap”. Ia disambut pada pertengahan bulan Ogos.
9. Tanabata Matsuri (Sendai, Miyagi)
Berlangsung dari 6 hingga 8 Ogos di Sendai City, Miyagi. Ia adalah perayaan berdasarkan legenda China. Pada masa ini akan terlihat ribuan hiasan kertas berwarna-warni yang besar tergantung di jalan-jalan.
10. Hakata Dontaku Matsuri (Fukuoka)
Diadakan pada hari ke-3 dan ke-4 bulan Mei di Fukuoka City. Orang ramai menari dan berarak melalui jalan-jalan dengan kayu “Shamoji,” iaitu perkakas ysng digunakan untuk menghidangkan nasi. Ia juga dikenali sebagai Hakata Dontaku Port Festival kerana terdapat banyak acara yang diadakan di sekitar Port Hakata.
sumber : https://www.tsunagujapan.com/10-popular-japanese-festivals/