Secara ringkas, Jepun merupakan salah satu destinasi yang menarik kerana gabungan antara tadisi lama dan teknologi moden. Dengan budaya dan bahasa yang sangat berbeza, sukar untuk kita tahu sebelum menuju ke Jepun. Kita akan menghabiskan berjam-jam untuk jelajah ke Jepun tanpa asas pengetahuan. Walau bagaimanapun, disini terdapat beberapa perkara asas yang boleh anda tahu
- Selamat
Salah satu perkara terbaik tentang Jepun ialah selamat. Jepun juga merupakan tempat yang bagus untuk pelancong wanita solo. Itu tidak bermakna anda boleh membebaskan diri anda dimana mana. Tak kira dimana-mana destinasi, anda perlu berjaga-jaga sebagai orang asing, elakkan tinggal di kawasan yang rendang, elakkan menunjuk wang tunai anda, dan jangan memprovokasi sesiapa pun.
- Duit
Duit adalah raja di Jepun. Pekerja biasanya akan dibayar secara tunai dan kebanyakan perniagaan dan perkhidmatan termasuk kedai atau restoran juga hanya menerima wang tunai. Hotel dan beberapa kedai besar sahaja menerima kad kredit, tapi anda perlu pastikan dahulu. Pastikan ada duit yen dalam dompet anda untuk mengelakkan hal sulit seperti membuat pembayaran. Anda boleh ke 7-Eleven untuk menggunakan ATM.
- Pas Kereta api
Pas kereta api Jepun membantu anda menjimatkan wang, terutamanya jika anda merancang untuk mengembara di tempat tertentu atau seluruh tempat. Anda boleh membeli pas tanpa had yang sah untuk tempat tertentu atau seluruh tempat. Ini akan memberi anda akses kepada kereta api peluru (Shinkansen) dan kereta komuter berjenama JR, bas, dan feri, selalunya untuk harga yang sama seperti dua tiket kereta api individu. Perlu diingat bahawa pas sah untuk beberapa hari dalam tempoh 7, 14, atau 21 hari dan tidak boleh digunakan pada kereta api Nozomi. Pas JR juga perlu dibeli sebelum anda tiba di Jepun, anda masih perlu mengesahkannya di pejabat JR dengan pasport dan baucar anda.
- Bahasa Asas
Perbezaan bahasa merupakan satu kekangan untuk berkomunikasi dengan rakyat Jepun dengan baik. Tambahan lagi, rata-rata mereka tidak tahu atau kurang mahir berbahasa Inggeris. Untuk memudahkan kita sebagai pelancong, adalah digalakkan untuk anda belajar terlebih dahulu asas bahasa Jepun seperti sumimasen (excuse me), arigatou gozaimasu (terima kasih) dan ucapan yang biasa akan kita guna di negara orang. Selain itu, anda boleh memuat turun aplikasi Learn Japenese. Menjadi satu kelebihan pada anda untuk bertanya arah.
- Dilarang beri tip
Bercakap tentang etika restoran, anda tidak perlu beri tip bila di Jepun. Sebenarnya, jika anda lakukan seolah anda menghina. Di negara barat mungkin budaya memberi tip kepada pelayan atau mereka yang memberi perkhidmatan adalah satu perkara yang baik. Namun tidak di Jepun kerana ia seolah-olah merendahkan maruah orang yang menerima tip tersebut walaupun anda ikhlas untuk memberinya.
- Bercakap perlahan di tempat awam
Sentiasa kawal suara anda dan perbualan anda, kerana itu merupakan salah satu perkara penting ketika di sana. Perbuatan anda ini akan dihargai oleh orang Jepun.
- Kawasan merokok
- Eskalator
Ketika anda menggunakan eskalator di sana, dinasihatkan supaya anda berdiri di bahagian kiri (di Tokyo) jika anda bukan dalam keadaan tergesa-gesa dan nak cepat. Orang Jepun sangat pantas dan sentiasa ingin cepat lebih-lebih lagi pada waktu puncak. Oleh itu, laluan kanan eskalator biasanya dikosongkan untuk mereka yang ingin cepat. Tapi jika di Osaka, etika berdiri di eskalator adalah berlawanan. Jika tak nak cepat, kena berdiri di sebelah kanan dan beri laluan kepada orang yang sedang bergegas berjalan turun (atau naik) di atas eskalator di sebelah kiri.
- Muat turun aplikasi Hyperdia
Pengangkutan seperti teksi adalah terlalu mahal di Jepun. Harga teksi akan meningkat pada waktu malam, bermula 10 malam sehingga 5 pagi. Ini kerana penggunaan pengangkutan awam seperti keretapi dihentikan pada waktu tersebut. Jadi, adalah lebih baik sekiranya anda mempunyai penunjuk arah yang betul. Aplikasi ini adalah percuma untuk 30 hari pertama anda di sana. Setibanya anda di stesen ketibaan, aplikasi ini akan memaparkan masa, jarak, tambang perjalanan dan stesen pertukaran. Kesemuanya ditunjukkan dalam Bahasa Inggeris termasuk landasan keretapi yang akan anda turun nanti. Penggunaan aplikasi ini juga untuk perjalanan jauh yang menggunakan Shinkansen. Jadual perjalanan adalah sangat tepat pada masanya, dan tidak akan menunggu anda walau seminit.
- Sewa poket Wi-Fi
Ke mana sahaja perjalanan anda, saya pasti ini adalah perkara utama yang anda mahukan. Kerana dengan poket wifi ini sahaja anda mampu untuk berhubung dengan keluarga dan kenalan anda di dalam dan luar negara. Jadi, adalah lebih baik jika anda menyewa poket wifi yang boleh dibawa ke mana sahaja. Dengan menggunakan alat ini, beberapa jenis alat komunikasi seperti smartphone, laptop dan tablet dapat dihubungkan secara serentak dengan data yang tiada had. Anda bebas menggunakan alat ini di mana sahaja. Anda boleh menyewa poket wifi ini di mana-mana lapangan terbang, dan memulangkan semula di lapangan terbang berkenaan. Kebiasaannya, harga sewaan bergantung pada bilangan hari anda sewa. Untuk mendapat harga yang lebih murah, anda boleh menyewa lebih awal secara online sebelum memulakan perjalanan.