Negara Jepun memang terkenal dengan kemajuan teknologi mereka, tapi ada satu lagi yang mungkin ramai tak tahu ialah Jepun sangat kaya dengan pergunungan yang cantik! Lebih dari 70 peratus geografi Jepun adalah gunung-ganang dan memainkan peranan penting dalam agama serta budaya mereka.
Bagi mereka yang sangat gemarkan aktiviti lasak seperti mendaki, Jepun mungkin boleh dijadikan salah satu destinasi terbaik anda untuk dijelajahi! Jom lihat senarai tempat pendakian yang sangat popular di Jepun ni :
- Mt Fuji (富士山)
Siapa yang tak kenal Mt Fuji? Kebanyakan pelancong yang datang ke sini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk selfie berlatar belakangkan gunung ini. Tapi tahu tak korang yang korang pun boleh mendaki Mt Fuji sekiranya mampu!
Dengan ketinggian 3776 meter dari paras laut, Mt Fuji sangat sesuai didaki pada awal Julai sehingga pertengahan September kerana salji telah berkurangan.
- Daisetsuzan (大雪山)
Daisetsuzan merupakan Taman Nasional yang terbesar di Hokkaido yang memelihara kawasan pergunungan di padang gurun dan tidak tercemar. Sekiranya anda seorang pencinta aktiviti luar seperti mendaki, atau bersiar-siar, anda wajib datang ke sini. Kawasan ini adalah kawasan yang pertama menerima perubahan warna musim luruh dan salji setiap tahun. Oh! Dan kalau bertuah, anda akan dapat melihat sendiri beruang atau rusa di kawasan sekitar! Menarik bukan?
- Kamikochi (上高地)
Kamikochi merupakan sebuah resort yang popular di utara Alps Jepun dan Wilayah Nagano yang dibuka hanya pada pertengahan April sehingga 15 November dan akan ditutup pada musim salji.
Pada sesiapa yang berhajat kesini, perkara paling penting yang anda perlu tahu adalah kereta persendirian sama sekali tidak dibenarkan, dan mereka hanya memberi akses kepada bas atau teksi sahaja. Mungkin pihak pengurusan mereka tidak mahu kawasan ini dicemari oleh pencemaran udara dari kenderaan yang banyak.
Kamikochi sangat cantik apabila tiba musim luruh (kemuncak pada pertengahan Oktober). Tips tambahan, anda boleh mendaki Kamikochi mengikut aliran sungai Azusa dari Tasik Taisho ke Jambatan Myojin kerana kawasan ini lebih landai dan cantik.
- Yakushima (屋久島)
Yakushima adalah sebuah kepulauan subtropika yang terletak di selatan Pantai Kyushu dan sebahagian daripada Wilayah Kagoshima. Kepulauan ini dilitupi dengan hutan cedar yang tebal dan mempunyai khazanah pokok-pokok tua yang berusia hampir 1000 tahun seperti Yakusagi (Paling purba sekali dan berusia mungkin lebih dari 7000 tahun!)
Anda pasti takkan menyesal mendaki disini! Lihatlah salah satu landskap hutan simpan ini!
- Mount Kirishima (霧島山)
Pergunungan Kirishima menawarkan landskap gunung berapi dan pengembaraan yang sangat menarik di Jepun. Kalau anda berminat untuk mendaki di pergunungan ini, datang lah pada musim bunga atau musim luruh kerana cuaca yang elok dan anda boleh menikmati landskap yang sangat cantik disini.
Antara laluan yang sangat menarik untuk anda cuba adalah Kirishma Ridge Trail. Wajib cuba!
- Mount Takao (高尾山, Takaosan)
Takaosan adalah sebuah gunung yang menawarkan pemandangan yang cantik, kuil-kuil dan merupakan salah satu taman rekreasi semulajadi yang hampir dengan Tokyo. Hanya 50 minit dari Shinjuku!
Takaosan juga merupakan salah satu tempat pilihan untuk menyaksikan bunga sakura yang berkembang terutamanya di kawasan Itchodaira (Juga dikenali sebagai Takaosan Senbonzakura; Mount Takao Thousand Cherry Trees)
- Nikko (日光)
Kalau bercerita tentang Nikko, benda pertama yang ada dalam kepala adalah Toshogu Shrine nya yang dihias cantik dan mewah serta mausoleum Tokugawa Leyasu, pengasas Tokugawa Shogunate. Pendakian ke puncak pergunungan Nikko di taman negarannya merupakan pendakian yang sangat berbaloi kerana anda bakal disajikan dengan pemandangan yang memukau berlatar belakangkan gunung ganang, tasik, air terjun, kolam air panas semulajadi, dan monyet-monyet liar.
Tips bagi sesiapa yang nak datang ke Nikko, datang lah pada musim luruh. Warna daun musim luruh dia memang cantik!
- Mount Koya
Memandangkan Pergunungan Koya merupakan destinasi keagamaan yang sangat popular di Jepun, Koyasan telah dihubungkan dengan laluan khas dengan kawasan luar. Tapi, ramai juga yang akan ke puncak gunung menggunakan kereta kabel.
- Mount Tarumae (樽前山)
Tarumae-Zan ini terletak betul-betul di Taman Negara Shikotsu-Toya di Hokkaido. Tapi anda semua berani ke untuk ke sini? Kerana gunung ini telah disenaraikan sebagai gunung berapi yang paling aktif di Jepun! Dan kali terakhir gunung berapi ini Meletus adalah pada tahun 1981.
- Mount Zao (蔵王山)
Terletak diantara sempadan wilayah Yamagata dan Miyagi, Mount Zao juga merupakan salah satu gunung berapi yang aktif di Jepun. Apa yang menariknya di gunung ini adalah tasik semulajadinya yang dikenali sebagai Okama. Sayangnya, anda tidak dibenarkan untuk mendekati tasik ini dan hanya boleh dilihat dari jauh.
Cantik kan?