Setiap orang pasti pernah mendengar tentang anime, melainkan mereka hidup di bawah tempurung. Dalam sekumpulan kawan, pasti ada rakan anda yang merupakan peminat setia Anime atau juga dikenali sebagai (otaku). Setiap kali mereka membuka topik cerita berkenaan Anime pasti akan ditertawakan oleh rakan-rakan sebagai ‘kebudak-budakan’. Jadi benarkan saya untuk menjelaskan apa itu anime.
Perkara pertama yang datang di minda anda ialah anime adalah kartun. Tidak, Anime bukan kartun. Anime hanyalah satu istilah mudah untuk animasi Jepun. Anda akan dapat mengenal pasti perbezaan antara anime dengan kartun dari memerhatikan ciri-ciri fizikal watak. Antaranya watak anime kebiasaanya ‘mempunyai mata yang besar, rambut panjang dan kaki yang panjang’. Namun di sebalik semua ini, tahukah anda apa yang menyebabkan anime menjadi popular pada masa kini?
Di sini merupakan antara 10 sebab mengapa anda perlu menonton anime.
1. Boleh ditonton di semua peringkat umur.Ini merupakan salah satu sebab utama untuk menonton anime – ia adalah sesuai bagi semua peringkat umur! Anime turut diberi kedudukan seperti siaran televisyen Amerika: TV-G (U), TV-14 dan TV-MA (18SG/SX/PL). Ramai yang menyangka bahawa anime telah dibuat hanya untuk kanak-kanak kecil, seperti kebanyakan kartun yang disiarkan di tv, tetapi anime pada asalnya direka sememangnya bagi semua kumpulan umur. Jadi, tidak kira sama ada anda berumur lapan atau lapan puluh lima tahun, anda tetap boleh jatuh cinta dengan anime!
2. Anda boleh pelajari benda baruWalaupun terdapat rancangan seperti anime China dan Korea, sebuah anime yang tipikal kebiasaannya datang dari Jepun. Peminat anime datang dari seluruh pelusuk dunia, jadi bagi sesiapa bukan dari Jepun, anime sebenarnya boleh menjadi suatu bentuk pendidikan.
Dari anime, anda mungkin dapat belajar serba sedikit tentang budaya Jepun tidak kira apa anime yang anda tonton sekalipun, dan jika anda menonton versi subbed anime (versi dalam bahasa Jepun dengan sarikata Bahasa Inggeris), anda juga boleh belajar frasa dan perkataan tunggal dalam bahasa Jepun.
3. Animasi yang MenakjubkanAnda tidak perlu bimbang tentang latar belakang yang membosankan ataupun kekurangan grafik yang digunakan seperti dalam siri yang lain. Dalam anime, tidak ada had visual pada tahap yang membuatkan penglihatan anda kurang memuaskan. Grafik visual yang menakjubkan dan penggunaan Sci-fi yang digunakan pasti menarik minat anda untuk menonton.
Selain itu, banyak rancangan anime mempunyai gaya seni tersendiri yang menggabungkan warna dengan cara yang kreatif dan indah. Kajian juga ada mengatakan dengan terdedah kepada semua warna-warna ini dengan kerap boleh memberi kesan positif terhadap mood anda.
4. Dapat Meluaskan Imaginasi AndaKebanyakan rancangan anime menampilkan konsep menakjubkan dan luar biasa yang sangat sukar untuk dibayangkan. Jika anda suka menonton sesuatu yang memberikan otak anda berfikir, anime adalah suatu kemestian.
Sebagai contoh, sesetengah anime paling popular pada masa kini termasuk Naruto Shippuden, yang mengisahkan seorang remaja ninja yang menggunakan tenaga kehidupan daripada musang gergasi berekor sembilan yang tinggal di dalam badannya untuk menjadi lebih kuat.
Otaku kebiasaannya menyukai rancangan fiksyen yang tinggi dan menggunakan imaginasi mereka lebih kerap daripada orang biasa. Menyebabkan, kebanyakan daripada mereka umumnya labih kreatif dan berfikiran terbuka daripada yang lain.
5. KepelbagaianSeperti yang anda tahu, anime terlalu banyak dan mempunyai jalan cerita yang berbeza-beza. Antaranya kebanyakan anime mengisahkan tentang kehidupan seharian, rekabentuk meka, sains fiksyen, fantasi, josei, aksi, pengembaraan, komedi, cinta, parodi, benda ghaib, misteri, sukan dan pelbagai lagi. Di sebalik kepelbagaian ini jugak menjadikan anime itu sendiri sebuah rancangan yang unik dan menarik. Tidak kira apapun minat anda, pasti ada satu anime yang bersesuaian untuk ditonton.
6. Memupuk Nilai-Nilai Murni Dalam Kehidupan Salah satu perkara yang terbaik tentang menonton anime adalah bagaimana rancangan ini mempengaruhi anda. Dalam setiap anime terdapat banyak nilai kehidupan yang dapat kita pelajari. Antaranya anime mengajarkan kita sifat tidak putus asa dan tiada apa yang mustahil sekiranya kita berusaha. Sebagai contoh, anime Great Teacher Onizuka (GTO) yang mengisahakan seorang guru yang tidak putus asa mengajar anak murid yang dahulunya rosak sehingga berjaya.
Selain itu, konsep teras anime adalah nilai persahabatan. Banyak daripadanya memberikan penekanan kepada bagaimana sebuah talian persahabatan yang benar-benar baik, dan ini menjadikan otaku sering menghargai kawan baik yang mereka ada.
7. Muzik yang MenenangkanMungkin anda tidak suka Anime, mungkin anda tidak suka cerita yang sederhana kebudak-budakan. Tetapi ada satu perkara yang mungkin menghubungkan anda dengan anime iaitu muzik yang baik. Pada permulaan cerita anime, akan terdapat lagu pembukaan untuk anda dengar. Industri Muzik Pop Jepun berkait rapat dengan industri anime. Apa yang saya boleh katakan adalah mereka membuat muzik yang menenangkan dan dapat menaikkan semnagat anda. Antaranya lagu ‘Continued Story’ daripada anime Code Geass.
8. Mempunyai konsep cerita yang bermaknaTidak seperti cerita kartun yang agak tidak realistik, kebanyakan anime memberi penonton suatu pengajaran atau mengishakan sekurang-kurangnya satu isu tema utama yang menyentuh tentang kewujudan manusia. Sebagai contoh, Full Metal Alchemist Brotherhood mengisahkan tema kekeluargaan, kematian dan rasuah. Sword Art Online mengisahkan bagaimana kita membina persepsi kita tentang realiti dan apa yang menjadikan satu kenyataan itu benar.
9. Penawar sempurna untuk hari yang burukSaya rasa hampir semua orang pernah mengalami hari yang buruk pada suatu-suatu masa. Hari di mana anda merasa seperti tidak mahu berurusan dengan sesiapa atau membuat apa-apa sepanjang hari. Jadi, apa yang anda lakukan untuk mengembalikan semula mud ceria anda?
Anime adalah penawar yang sempurna untuk hari tersebut. Anime mempunyai pelbagai genre, ada jalan cerita yang menenangkan, SCI-fi, atau serius daripada yang lain. Anda boleh mencari sesuatu untuk memberi inspirasi kepada anda, ataupun sesuatu yang dapat mengatasi mud buruk anda.
10. CosplaySalah satu sebab terakhir mengapa otaku amat berpuas hati dengan hidup mereka adalah cosplay. Cosplay adalah apabila anda berpakaian seperti watak dari anime, buku komik, filem atau rancangan TV. Ia adalah jenis seperti berpakaian untuk Halloween, malah mungkin lebih hebat daripada itu. Bila lagi peluang anda dapat melihat sekumpulan orang berpakaian seperti watak anime yang anda sukai dengan senjata direka khas yang kelihatan sebenar tetapi sebenarnya tidak lebih daripada plaster, pistol NERF, aluminium, cat semburan, atau pita saluran? Hebat bukan?
Kadangkala dengan berpakaian cosplay boleh memberi kepuasan hidup kerana ia biasanya dilakukan secara beramai-ramai, di konvensyen yang besar. Ia bukan sahaja dapat menyingkap rasa kesepakatan dan bermasyarakat, tetapi ia juga sangat menyeronokkan!
Siapa kata menonton anime adalah hobi membosankan?