Kapasiti stadium boleh berbeza-beza bergantung kepada konfigurasinya, kadangkala bilangan tempat duduk boleh menjadi terhad untuk sukan tertentu. Berikut merupakan senarai stadium sukan terbesar di dunia yang disusun mengikut kapasiti mereka, iaitu bilangan maksimum penonton yang dapat ditampung oleh saiz stadium pada satu-satu masa.
Kebanyakan stadium ini pernah mempunyai kapasiti yang lebih besar, namun dari masa ke semasa ruang berdiri digantikan dengan tempat duduk yang lebih selesa dan selamat untuk semua penonton.
1) Rungnado May Day Stadium, North Korea
Rungrado Stadium May Day terletak di Pyongyang, Korea Utara. Dibina pada tahun 1989, Ia mempunyai kapasiti sebanyak 150,000, menjadikannya stadium sukan terbesar di dunia. Reka bentuknya menyerupai bunga mekar, dengan 16 pintu gerbang disusun dalam bentuk cincin. Ia bukan sahaja stadium yang besar di Pyongyang malah Stadium Kim Il-Sung, juga terdapat di sini dengan kapasiti 70,000.
Pada tahun 1995, 190,000 orang penuh membanjiri stadium untuk acara gusti profesional. Ia kini digunakan untuk perlawanan bola sepak dan olahraga, tetapi lebih kerap digunakan untuk persembahan Arirang Festival, iaitu gimnastik dan festival seni.
2) Salt Lake Stadium, India
Stadium Salt Lake secara rasminya dikenali sebagai Yuva Bharati Krirangan, Stadium Pemuda India. Ia terletak di Salt Lake City, sebuah daerah di Kolkata, India. Dibina pada tahun 1984, stadium ini mempunyai kapasiti seramai 120,000 orang dengan pembinaannyta sebanyak 3 tingkat. Kebiasaannya ia digunakan untuk perlawanan bola sepak dan acara olahraga.
Stadium ini pernah menjadi tuan rumah bagi pasukan Mohun Bagan AC, Mohammedan Sporting Club, East Bengal FC dan pasukan bola sepak negara India. Ia merupakan stadium terbesar di India.
3) Beaver Stadium, State College, PA, United States
Stadium Beaver merupakan rumah kepada Penn State Nittany Lions. Ia terletak di Pennsylvania State University dan menjadi stadium utama bagi pasukan bola sepak dari Penn State Nittany Lions. Pada awal pertubuhannya pada tahun 1960, ia hanya mempunyai kapasiti seramai 46,284 orang. Stadium Beaver telah melalui banyak penambahbaikan sehingga yang paling terbaru ini pada tahun 2001 yang seterusnya menjadikan kapasiti semasa seramai 107,282 orang.
Ia banyak digunakan untuk perlawanan bola sepak Amerika dan merupakan stadium terbesar di Amerika Utara.
4) Michigan Stadium, Ann Arbor, MI, United States
Digelar “The Big House”, ia merupakan stadium bola sepak Amerika di Universiti Michigan di Ann Arbor, Michigan. Dibina pada tahun 1927, ia mempunyai kapasiti asal seramai 72,000 orang yang telah beransur-ansur meningkat sejak beberapa tahun melalui pelbagai perluasan, mengekalkan kedudukannya sebagai stadium Bola Sepak terbesar Amerika dengan kapasiti 106,201 penonton.
Stadium ini sangat popular, dengan jumlah kehadiran bagi satu-satu acara tidak kurang dari 100,000 orang sejak tahun 1975. Ia banyak digunakan untuk perlawanan bola sepak Amerika.
5) Estadio Azteca, Mexico City, Mexico
Stadium Azteca, yang terletak di Bandar Mexico, tersenarai dalam nombor lima stadium terbesar di dunia dengan kapasiti rasmi seramai 105.000 orang. Dibuka pada tahun 1966 dan diubahsuai pada tahun 1985, stadium bola sepak ini adalah stadium rasmi bagi pasukan kebangsaan Mexico dan kelab Mexico Club América. Mula dibuka pada tahun 1966, Azteca adalah tempat Diego Maradona mempersembahkan ‘Hand of God’ dan kemudian pertembungannya yang kedua terhebat menentang England di Piala Dunia 1986.
Ia adalah satu-satunya stadium yang pernah menjadi tuan rumah dua perlawanan akhir Piala Dunia, iaitu pada tahun 1970 dan 1986.
6) Ohio Stadium, Columbus, OH, United States
Dengan pelbagai nama samaran (The House Harley Built, The Horseshoe, atau The ‘Shoe), Stadium Ohio merupakan stadium utama bagi pasukan Buckeyes American Football di Ohio State University di Columbus, Ohio. Dibina pada tahun 1922, ia telah menjalani beberapa pengubahsuaian sehingga tahun 2001, stadium ini secara rasminya mempunyai kapasiti 102,329 orang. Setiap kali perlawanan Buckeye diadakan, stadium ini akan mencapai kehadiran lebih dari 100,000 orang.
Ia juga menjadi tuan rumah bagi konsert muzik, apabila stadium ini sudah boleh memuatkan sehingga 110,000 orang. Ia sering digunakan untuk perlawanan bola sepak dan merupakan stadium terbesar di Ohio.
7) National Stadium Bukit Jalil, KL, Malaysia
Stadium Nasional Bukit Jalil terletak kira-kira 20km dari selatan Kuala Lumpur, Malaysia di Kompleks Sukan Negara. Dibina untuk Sukan Komanwel pada tahun 1988, kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 1992 dan siap 3 bulan lebih awal daripada jadual. Stadium ini, kini menjadi tuan rumah kepada pasukan bola sepak Malaysia dan tuan rumah pelbagai acara sukan dan bukan sukan, terutamanya AFC Asian Cup 2007.
8) Darrell K Royal–Texas Memorial Stadium, Austin, TX, United States
Darrell K-Royal Texas Memorial Stadium dahulunya dipanggil sebagai War Stadium Memorial, Stadium Memorial dan Stadium Memorial Texas. Terletak di Austin, Texas, ia telah menjadi stadium utama bagi pasukan bola sepak University of Texas di Austin Longhorns sejak tahun 1924. Kapasiti tempat duduk stadium yang terkini adalah sebanyak 100,119 mejadikan ia stadium kedua terbesar di negeri Texas.
Ia banyak digunakan untuk mengadakan perlawanan bola sepak Amerika. Ia adalah stadium terbesar di Selatan Amerika Syarikat dan yang terbesar di barat Sungai Mississippi.
9) Melbourne Cricket Ground (MCG), Melbourne, Australia
Terdapat banyak stadium sukan di seluruh dunia yang mempunyai kapasiti 100,000 orang seperti Stadium Bung Karno di Indonesia, Stadium Azadi di Iran, dan Stadium Jawaharlal di India tetapi Melbourne Cricket Ground dipilih, kerana ia mempunyai sejarah yang hebat. Melbourne Cricket Ground (MCG) lebih dikenali sebagai ‘G’, terletak di Melbourne, Victoria, Australia. Sebagai stadium yang tertua dalam senarai, ia dibina pada tahun 1853 dengan perlawanan pertama kriket dimainkan pada 30 September 1854.
Sehingga tahun 1970-an, seramai130,000 orang boleh dimuatkan ke dalam stadium, bagaimanapun pengubahsuaian dan peraturan keselamatan telah menghadkan kapasiti semasanya hanya pada 100,018 orang. MCG diingati seluruh dunia sebagai stadium utama Sukan Olimpik 1956.
10) Neyland Stadium, Knoxville, TN, United States
Satu lagi stadium bola sepak Amerika, Stadium Neyland berfungsi terutamanya sebagai stadium utama bagi pasukan bola sepak Sukarelawan Tennessee di Knoxville, Tennessee. Walaupun kapasiti semasa berjumlah hanya lebih 100,000, stadium ini sebenarnya mampu menampung 104,079 sehingga pengubahsuaian dilakukan apabila tempat duduk eksekutif telah dipasang pada tahun 2006. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Stadium Neyland telah digunakan untuk menjadi tuan rumah bagi menganjurkan konvensyen yang besar dan pelbagai pameran perlawanan NFL.
Mula dibuka pada tahun 1921, ia telah berkembang dan diubahsuai beberapa kali selama ini, dengan pengubahsuaian yang paling baru-baru ini pada tahun 2010.