10 Tempat Untuk Membeli Alat Kosmetik Mampu Milik Di Jepun

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

1Barang kosmetik Jepun dikatakan mempunyai kualiti tinggi, sehinggakan setiap pengunjung yang datang ke sini gemar membawa pulang sebahagiannya pulang ke tanah air. Daripada jenama terkenal seperti Shiseido sehingga jenama biasa seperti CanMake, pasti ramai akan jatuh hati terhadap alat kosmetik dari Jepun ini. Mungkin ada sesetengah daripada anda berfikir bahawa ia sangat mahal, tetapi sebenarnya tidak! Anda tidak perlu pergi ke pusat membeli-belah mewah atau kedai-kedai khusus untuk mencari barang kosmetik.

Di sini terdapat beberapa cadangan tempat di mana anda boleh memulakan carian anda untuk pilihan barangan kosmetik yang murah tetapi berkualiti tinggi:

1. Kedai-kedai Ubat

Di Jepun, perkataan “kedai ubat” bermaksud farmasi dan kedai yang menjual barangan kosmetik, kelengkapan peribadi, peralatan dapur dan sebagainya. Apa sahaja kedai ubat yang anda pergi, pasti akan terdapat satu sudut barangan kosmetik di dalam. Berikut merupakan dua kedai ubat yang terkenal di Jepun.2Seijo () adalah sebuah kedai ubat yang menjual kelengkapan peribadi, ubat-ubatan farmasi dan juga kosmetik. Ia sebahagian besarnya mempunyai pelbagai barangan jenama kosmetik yang murah (dari harga RM35), seperti Canmake atau Cezanne. Ia bergantung kepada saiz kedai tersebut sama ada mereka masih menyimpan stok lagi. Perkara yang terbaiknya, Seijo sangat mudah dijumpai di mana sahaja di Tokyo.3Matsumoto Kiyoshi (), berbanding denganSeijo, menjual pelbagai rangkaian jenama kosmetik. Ia mungkin sukar untuk dicari berbanding Seijo, tetapi jika anda berada di tempat yang sibuk seperti Shibuya atau Ikebukuro, anda pasti akan menjumpai salah satu daripada cawangan mereka.

2. Don Quijote4Jika anda terfikir untuk membeli-belah lewat malam mencari barangan kosmetik atau barang-barang lain, anda boleh menuju ke Don Quijote. Ia adalah rangkaian kedai sebaneka terkenal yang cenderung untuk menutup operasinya pada lewat malam. Cawangannya terdapat di lokasi paling utama di Tokyo: Ikebukuro, Shinjuku, Roppongi, Akihabara, dan sebagainya.

Seperti motto syarikat, “Tempat Barangan Murah”, produk Donki adalah sangat murah. Mereka menjual bukan sahaja kosmetik, tetapi wangian, pelbagai barangan elektronik, peralatan rumah, makanan, minuman – anda sebut sahaja, Donki pasti ada. Tambahan, barangan dijual adalah bebas cukai!

3. Tokyu Hands5Tokyu Hands terkenal sebagai kedai DIY. Ia adalah tempat di mana anda boleh membeli hasil atau bahan buatan tangan. Walau bagaimanapun, ia juga mempunyai barangan kosmetik. Secara puratanya semua cawangan Tokyu Hands mempunyai tingkat dikhaskan untuk produk kesihatan dan kecantikan. Di sinilah anda boleh menjumpai alat kosmetik dengan harga yang berpatutan!

Walaupun kedai ubat adalah lebih murah, produk di Tokyu Hands tidaklah terlalu mahal seperti yang anda sangkakan. Anda boleh mencari beberapa cawangannya di: Ikebukuro, Shibuya, Kita-Senju, Toyosu, Ginza dan bersebelahan dengan Stesen Tokyo.

4. Loft6Seperti Tokyu Hands, Loft adalah kedai gaya hidup yang terkenal dengan alat tulis dan barangan buatan tangan. Ia tidak terlalu ketara, tetapi anda juga boleh menjumpai alat kosmetik di Loft. Terdapat beberapa cawangannya yang lebih kecil yang hanya menjual alat tulis, tetapi cawangan Loft yang mempunyai beberapa tingkat biasanya terdapat barangan kosmetik.

Loft boleh didapati di Shibuya, Seibu (gedung serbaneka di Ikebukuro), dan di kawasan Yurakucho.

5. Gedung Membeli Belah

7Gedung Membeli-belah seperti Mitsukoshi, Marui atau Tokyu pasti akan mempunyai suatu tingkat penuh khusus untuk kosmetik. Anda boleh menjumpai jenama mewah di sini seperti Shiseido, SK-II, Anna Sui dan sebagainya.

Terdapat pembantu kedai yang pakar dalam kosmetik akan menjaga beberapa bahagian tingkat itu, jadi anda boleh mendapatkan mereka untuk bertanyakan soalan, ataupun mencuba alat solek yang terbaik untuk nada kulit anda, dan sebagainya. Produk di sini mungkin jauh lebih mahal daripada semua pilihan yang terdapat di artikel ini, tetapi anda pasti akan mempunyai masa membeli-belah yang berkualiti.

6. Kedai Bebas Cukai8Memandangkan kedai bebas cukai tidak mengenakan cukai, secara relatifnya tempat ini agak murah berbanding jika anda membeli dari kedai-kedai lain. Mereka juga menjual jenama barangan kosmetik yang mewah. Ia kebanyakannya terletak di lapangan terbang, atau bandar-bandar besar. Jika kedai tersebut adalah bebas cukai, biasanya akan terdapat papan tanda di kedai tersebut.

7. Kedai @cosme9@cosme adalah laman informasi Jepun mengenai kosmetik dan produk kecantikan. Ia mempunyai papan perbincangan, informasi, dan carta produk berdasarkan 100% penilaian daripada pelanggan. Carta ini adalah cara yang terbaik untuk menentukan jenis ‘eye liner’ untuk dibeli apabila anda mempunyai sehingga 20 pilihan atau lebih. Di kedai @cosme, anda boleh terus membeli produk-produk yang berada dalam carta.

8. Ainz & Tulpe10Ainz & Tulpe adalah tempat kegemaran pengunjung untuk membeli barangan kosmetik. Kedai ini mempunyai segala-galanya – daripada minyak wangi, hinggalah kepada skrub mandi, dan, sudah tentu, alat mekap! Ainz & Tulpe tidak mempunyai banyak pembantu kedai, jadi anda boleh mengambil masa anda untuk meneliti dan memilih produk anda. Sangat disyorkan kepada anda!

9. Sony Plaza11Sony Plaza adalah rangkaian kedai yang menjual pelbagai barangan – seperti makanan ringan, alat tulis, barangan rumah, aksesoris, dan lain-lain. Barangan kosmetik juga ada dijual di sini! Ia menjual jenama barangan kosmetik yang popualr seperti SK-II, Shiseido, dan banyak lagi. Anda boleh mencari kedai ini di gedung Shibuya 109.

10. Internet12Sekiranya anda seseorang yang tidak gemar berjalan untuk membeli belah, anda juga boleh membeli barangan kosmetik di jepun secara ‘online’. Internet adalah tempat membeli-belah yang besar jika anda tahu apa yang anda mahu.

Membeli di Amazon amat disyorkan kerana mereka sering mengadakan promosi, proses penghantaran yang cepat dan harga yang murah. Jika anda merancang untuk membeli-belah di tempat lain, pastikan kedai-kedai itu boleh dipercayai.