10 Zoo Paling Menarik Di Dunia

1Sebahagian besar daripada kita tidak hidup di savana Afrika atau di hutan Amerika Selatan, jadi apabila kita mengimpikan untuk melihat haiwan yang paling menakjubkan di dunia, biasanya kita akan pergi ke Zoo. Tetapi apa yang menjadikan sesuatu zoo itu zoo yang menarik?

Zoo yang menarik akan membiarkan haiwan mereka hidup bebas dan bukannya terkurung di dalam sangkar sahaja. Kepelbagaian spesies haiwan yang disimpan di dalam zoo juga merupakan satu lagi elemen penting yang menjadikan zoo itu menarik. Malangnya hanya terdapat beberapa zoo dan taman hidupan liar sahaja yang mempromosikan pemuliharaan haiwan, perlindungan hidupan liar, pembiakan dalam kurungan bagi spesies terancam, mengadakan persembahan menghiburkan dari haiwan dan menyediakan pendidikan awam kepada pengunjung.

Berikut terkandung senarai beberapa Zoo yang paling menarik di dunia untuk dilawati.

1. Zoo Wellington, North Island, New Zealand2Wellington Zoo di buka pada tahun 1906, merupakan zoo yang pertama di New Zealand dan merupakan salah satu zoo yang terbesar di dunia. Terletak di atas 32 hektar tanah, ia terdiri daripada lebih daripada 500 haiwan dan 100 spesies yang berbeza, yang mana banyak daripadanya merupakan spesies terancam berasal dari New Zealand, termasuk harimau Sumatera dan Sun Bear, spesies beruang yang paling kecil. Zoo ini juga terlibat dengan kumpulan di sebahagian negara Asia yang dikenali sebagai “Free the Bears”, singa, dan banyak lagi. Zoo ini terkenal dengan kualiti, kurungan yang selesa bagi populasi haiwan, termasuk pemanasan solar dan kuasa, dan memberi peluang kepada pengunjung untuk bermesra dengan haiwan secara dekat.

2. Zoo Toronto, Ontario, Canada3Zoo Toronto merupakan salah satu zoo utama di dunia dengan lebih daripada 5000 haiwan yang terdiri daripada 460 spesies di seluruh dunia. Zoo ini menawarkan beberapa pameran yang benar-benar unik seperti menunggang unta dan menyentuh ikan pari. Tambahan lagi, ia juga merupakan kurungan bagi spesies terancam seperti Gaur (sejenis bison India), monyet labah-labah, Zebras Grevy, Gajah Afrika, Greater Kudu (sejenis antelop), gorila Barat, dan hippo pigmi. Belum lagi disebut haiwan yang berasal dari Kanada, seperti beruang Grizzly, Moose, Kayu Bison, rakun, lynx, dan cougar.

3. Zoo Australia, Sunshine Coast, Australia4Sudah tentu zoo paling liar dan paling mencabar di dunia telah diasaskan oleh tidak lain tidak bukan daripada mendiang Steve Irwin, Australia Crocodile Hunter. Zoo ini menggalakkan pengunjung memegang pelbagai jenis ular, koala, kanggaru, wombat, harimau, gajah, dan juga paparan dengan lebih 1000 haiwan yang berbeza. Membuat tempahan jika anda benar-benar ingin menjadikan hari paling bermakna dalam hidup anda!

4. Zoo Yokohama, Japan5Zoo Yokohama juga dikenali sebagai Zoorasia yang ditubuhkan pada tahun 1999 dan merupakan zoo yang besar diperluaskan pada kira-kira 100 ekar tanah dengan lebih 1500 haiwan yang terdiri lebih daripada 150 spesies. Zoo ini mempunyai 6 kawasan ekologi berasingan termasuk Hutan hujan Tropika Afrika, Hutan Tropika Asia, Oceania Grassland, Central Asian Highland, Hutan Amazon dan Desa Jepun. Oleh kerana keluasan zoo yang sangat besar, teropong diberikan kepada setiap pelawat supaya dapat menyaksikan pemandangan haiwan yang tinggal di zoo itu dengan lebih dekat lagi.

5. Zoo Welsh Mountain, Colwyn Bay, North Wales6Ditubuhkan pada tahun 1963 oleh naturalis Robert Jackson di kawasan seluas 37 ekar, Mountain Zoo Welsh adalah salah satu zoo tertua di dunia yang kini, telah diselenggarakan oleh Persatuan Zoologi of Wales. Mereka mengendalikan zoo ini lebih seperti tanah pemuliharaan asli hidupan liar yang berasal dari bandar. Pelawat ditawarkan berjalan ke dalam ekar hutan, laluan yang dibarisi pokok dan bukit-bukau yang penuh dengan pucung kelabu, ular rumput, dan badgers. Terdapat juga pameran Eurasia Otter moden yang dilengkapi dengan sungai dan air terjun untuk persembahan meluncur oleh Singa Laut California dan Penguin Humboldt.

6. Zoo Berlin, GermanyKONICA MINOLTA DIGITAL CAMERAZoo Berlin merupakan zoo yang tertua dan yang paling kerap dilawati di seluruh Jerman. Dengan gabungan sebuah akuarium yang berdekatan, kawasan zoo ini terdiri daripada 84 ekar yang menempatkan lebih daripada 17,000 haiwan. Zoo ini telah ditubuhkan dengan bantuan Raja Frederick William IV of Prussia, yang telah menyumbang kepada populasi haiwan di zoo ini dengan 850 haiwan daripada koleksi peribadinya sendiri. Semasa Perang Dunia II, ia mengalami kerosakan besar-besaran menyebabkan hampir seratus haiwan mati. Walau bagaimanapun, zoo ini telah dibina semula bersama haiwan yang terselamat dari tragedi itu termasuk singa, dubuk, seekor gajah, hampir sedozen babun dan cimpanzi. Haiwan ini dipindahkan ke kawasan yang lebih bersifat semula jadi dan dibiarkan membiak sebagai salah satu usaha pemuliharaan. Zoo ini sering disebut sebagai salah satu tarikan utama di Berlin.

7. Zoo Philadelphia, Pennsylvania, USA8Zoo Philadelphia merupakan zoo awam yang pertama di Amerika Syarikat, ditubuhkan pada tahun 1874. Hari ini zoo ini mendapat reputasi kerana memulihara spesies terancam dalam kurungan dan juga dalam habitat semula jadi simulasi untuk populasi haiwan. Menempatkan lebih daripada 1300 haiwan dengan keluasan 2.50 ekar, kawasan dalaman dan luaran ia menempatkan 10 spesies utama yang berbeza termasuk siamang, gorila, Orangutan Sumatera, lemur, dan Silverbacks. Peminat kucing yang datang ke sini pasti akan terleka dengan pemandangan Big Cat Falls, yang menempatkan 12 spesies kucing yang terancam seperti singa Afrika, harimau Amur, jaguar, harimau bintang dan cougar.

8. Zoo Bronx, New York City, USA
9Zoo yang terletak di tengah-tengah bandar ini merupakan salah satu zoo tertua dan terbaik di Amerika Syarikat. Sehinggakan bahawa Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar menubuhkan persatuan doktor haiwan di sini, yang mana penjagaan utama disediakan untuk lebih daripada 15,000 haiwan yang terletak di pelbagai zoo seluruh Amerika. Zoo Bronx terkenal terutamanya kerana pelbagai program haiwan yang dijalankan di situ. Antaranya pengunjung berpeluang menyaksikan secara langsung penjaga zoo melatih dan berinteraksi dengan haiwan di situ seperti monyet dan harimau termasuk memberi makan, menyaksikan tingkah laku mereka dan cara penjagaan kesihatan beruang kutub. Selain itu, ia turut menawarkan pendidikan percuma dan peluang untuk memegang haiwan di situ menyebabkan ramai pengunjung gemar datang ke sini.

9. Zoo San Diego, California, USA10Zoo San Diego yang terkenal terletak di Taman Balboa, California. Dengan keluasan sebanyak 100 ekar ia menempatkan hampir 4000 haiwan daripada 800 spesies yang berbeza. Oleh kerana kawasan di situ berumput dan berbukit-bukit jadi kebanyakan pengunjung memilih untuk melawat zoo dengan menaiki bas pemandu pelancong selama 35 minit, ataupun mereka memilih untuk singgah melihat beberapa pameran tertentu sahaja. Pengembaraan melihat Gajah Lagenda merupakan aktiviti paling menarik setakat ini, pengunjung dapat menjejaki spesies dari zaman Pleistocene yang dianggap gergasi pada zaman moden. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk melawat kungkang gergasi ,beruang, singa dan jaguar di habitat simulasi semula jadi mereka.

10. Zoo Basel, Switzerland11Zoo Basel, atau secara rasminya dikenali sebagai Taman Zoologi Basel, merupakan zoo kemasukan percuma yang terletak di pusat bandar Basel. Ia menempatkan kira-kira 600 spesies yang berbeza, termasuk beberapa spesies yang tidak boleh diijumpai di mana-mana zoo lain di dunia. Antara binatang yang jarang ditemui yang dipaparkan termasukla badak air Pygmy, Badak Sumbu India dan Okapi. Program pemuliharaan spesies terancam Zoo Basel dikenali di dunia sebagai salah satu program pemuliharaan yang paling berjaya.