11 Produk Penjagaan Kulit Dengan Harga Yang Berpatutan Di Jepun

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

1

Barangan kosmetik Jepun amat popular di kalangan pelancong luar negara pada masa kini. Produk penjagaan kulit Jepun bukan sahaja berkualiti tinggi malah harganya yang murah, menyebabkan ramai orang Jepun sendiri memilih produk keluaran tempatan berbanding jenama antarabangsa. Terdapat produk yang khas dicipta tanpa wangian, tanpa pewarna tiruan, bebas paraben, dan lain-lain supaya semua orang boleh mencari sesuatu produk yang sesuai dengan kehendak mereka.

Walaupun ada sahaja produk baru yang mula dijual setiap hari, berikut adalah senarai 11 produk yang disarankan kerana bukan sahaja harganya yang berpatutan malah ia bagus digunakan bagi semua peringkat umur. Mari kita lihat:

1. Pencuci Muka – AHA

2

Pencuci muka dari AHA ini akan mengaktifkan enzim untuk membantu peredaran darah, yang membawa kepada pencucian yang lebih bersih kerana membuatkan ia lebih mudah untuk menghilangkan kotoran dari dalam liang. Ia mampu membuang kekotoran seperti keratin lama, bintik hitam, jerawat, dan liang kotor untuk membantu kulit anda kelihatan cerah. Bukan sahaja ia mempunyai penyental manik yang menguatkan pembersihan, produk ini juga mempunyai ciri-ciri pelembap supaya ia cukup lembut untuk digunakan walaupun orang itu mempunyai kulit yang sensitif pada gosokan yang biasa.

2. Pelembap Kulit – Muji Ryouhin

3

Ini merupakan pelembap dari jenama popular, Muji Ryouhin. Kualitinya adalah setanding dengan produk-produk dari jenama mewah. Anda boleh membelinya di kedai serbaneka Jepun, menjadikan ia sangat mudah untuk didapati. Ia tidak melekit dan sangat menyegarkan, jadi anda boleh terus sahaja meratakannya di bahagian muka atau tuangkan pada pad kapas seterusnya lap pada kulit anda. Ia telah dianugerahkan sebagai pelembap nombor satu dalam laman web kosmetik Jepun, @ cosme.

3. Pencuci Muka Perfect Whip- Shiseido

4

Pencuci muka ini adalah berbentuk seperti bebuih yang lambut. Buih yang kaya dengan bahan semulajadi ini pasti mengejutkan anda dengan sifat elastiknya, dan jika anda menggunakan produk ini walaupun hanya sekali, anda pasti akan jatuh hati terhadapnya. Sementara ia membuang sebum dan memberikan anda kesegaran, ia tidak akan mengeringkan kulit anda. Aroma, wangian segarnya akan melekat ke seluruh wajah anda apabila anda menggunakannya. Anda boleh mendapatlannya di setiap kedai farmasi di Jepun dan ia merupakan produk pencuci muka keluaran daripada salah satu syarikat perwakilan komestik Jepun, Shiseido.

4. Krim Pes Pembersih Muka – Rosette

5

Ia dipanggil pes kerana ia merupakan serbuk yang sudah diuli menjadi pes nipis berbentuk seperti doh. Pes ini membuang segala keratin lama pada wajah. Ia menjadikan kulit lebih licin dan mudah untuk membuat solekan. Produk ini bebas daripada wangian, pewarna tiruan, dan minyak mineral, menjadikannya sangat lembut apabila dipakai pada kulit. Ia merupakan krim pembersih muka paling diminat di Jepun sejak tahun 1929.

5. Pelembap Kulit – Hadalobo

6

Pelembap ini adalah daripada Hada Labo, jenama yang begitu popular di Jepun. Kebiasaannya ia mempunyai satu sudut yang tertentu khusus untuknya di kedai-kedai farmasi. Sifatnya tebal tetapi diperbuat daripada bahan yang lembut untuk mengekalkan kelembapan pada kulit seseorang, jadi ia amat disyorkan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ia meresap jauh ke dalam kulit jadi kawasan yang kering boleh kekal lembap. Ia juga mempunyai bahan-bahan yang membantu untuk mencegah hyperpigmentasi, menjadikannya pelembap yang paling popular dari generasi ke generasi. Terdapat dua jenis iaitu jenis yang menyegarkan dan jenis lembut supaya anda boleh menggunakan salah satu yang paling sesuai dengan kulit anda bergantung kepada musim.

6. Minyak Pembuang Solekan – Biore

7Jika anda basahkan muka dan tangan dengan pembuang solekan ini, ia dengan mudah akan mengeluarkan solek dari liang-liang kulit, meskipun maskara daripada bulu mata anda. Walaupun ia minyak, ia tidak melekit dan terasa lembut. Ia juga boleh membuang solekan yang sangat tebal. Biore menggunakan bahan-bahan lemah asid yang cukup selamat untuk digunakan pada bayi. Disebabkan itu, produk ini juga menjadi pilihan utama di kalangan orang muda dan anak kecil.

7. Pelembap Kulit – Chifure

8

Chifure merupakan satu jenama yang telah dihasilkan di Jepun selama lebih daripada 50 tahun. Perintis kepada jenama kosmetik kedai farmasi, pengasas Chifure telah mencipta produk ini dengan hasrat ingin menghasilkan suatu produk berkualiti tinggi dengan harga yang paling minima. Pelembap kulit ini cirinya tebal dan mudah meresap ke dalam kulit. Ia bebas alkohol, wangian dan tiada pewarna tiruan digunakan suoaya anda boleh menggunakannya tanpa keraguan. Ia sangat disyorkan untuk orang yang mempunyai kulit sensitif dan bimbang terhadap kekeringan. Chifure bersama produknya yang lain seperti masker susu, krim pelembap, serum parut kulit juga merupakan antara produknya yang popular, dan jika anda menggunakan produk yang berbeza daripada jenama ini bersama-sama anda pasti akan melihat hasilnya.

8. Perfect Gel – Hada Lobo

9

Produk penjagaan kulit semua-dalam-satu ini sangat popular di kalangan wanita yang sibuk bekerja mahupun suri rumah. Jika anda menggunakan satu produk ini, ia mampu berfungsi sebagai pelembap, intipati, masker susu, krim muka, dan pek muka, jadi ia amat menjimatkan. Disebabkan ia sejenis gel, ia dapat meresap jauh ke dalam kulit dan berterusan melembapkannnya. Ia amat disyorkan untuk orang yang ingin betul-betul melembapkan kulit wajah mereka dalam masa yang singkat seperti sebelum anda meletakkan solekan pada waktu pagi atau sebelum anda pergi tidur. Ini merupakan satu lagi produk dari jenama yang popular, Hada Labo.

9. Nameraka Honpo Shittori Keshousui NA

10

Pelembap ini terasa lembut dan mudah disapu pada kulit. Oleh kerana sifatnya begitu, anda boleh menggunakannya seberapa banyak yang anda mahu pada kulit anda bergantung kepada tahap kepuasan anda. Ia lembut pada kulit dan menggunakan isoflavon susu soya yang berkesan untuk hyperpigmentasi, jadi ramai penggemar produk kecantikan suka menggunakannnya. Di Jepun, kacang soya telah menjadi suatu elemen penting dalam dunia kecantikan sejak zaman purba lagi. Sejak akhir-akhir ini, kacang soya telah banyak digunakan dalam barangan kosmetik, makanan, minuman, dan produk-produk lain jadi penggunaannya merupakan suatu trend pada masa kini.

10. Losyen Kesihatan – Eu de Muge

11

Eau de Muge adalah jenama penjagaan jerawat yang telah lama menempah nama di Jepun selama lebih daripada 50 tahun. Ia merupakan losyen muka yang anda sapu, bertujuan untuk membunuh bekateria yang membantu mengekalkan kebersihan beserta merawat jerawat dan kulit kusam. Selain daripada merawat kulit anda, ia juga boleh digunakan untuk membuang apa-apa solekan yang tinggal pada wajah selepas basuh dan untuk membuang keratin lama. Baru-baru ini mereka telah mula mengeluarkan produk pencuci muka dan juga krim muka, jadi jenama ini amat disyorkan bagi mereka yang ingin menghilangkan masalah jeragat dan kulit kusam. Anda boleh mendapatkannya di hampir setiap kedai farmasi, hanya perlu mencari bungkusan hijau yang mudah dilihat.

11. Masker Muka – Shiroi no LuLuLun

12

Masker muka ini adalah begitu popular sehingga lebih daripada 1,000,000 helaian telah terjual! Ia mudah meresap ke dalam kulit untuk menjadikan kulit anda sentiasa lembut. Terdapat 42 helaian dalam satu kotak, membuatkan setiap satu helaian kira-kira 38 yen – satu tawaran harga yang sangat baik. Sebelum ini, ia adalah sejenis krim yang akan kering dan anda akan terpaksa mencabutnya keluar tetapi kini pakej besar masker muka ini mudah untuk digunakan dan tidak menyakitkan kulit anda. Masker muka ini telah dipopularkan menerusi jenama penjagaan kulit Korea, tetapi baru-baru ini banyak jenama Jepun sedang berkembang dan menjual versi asal mereka sendiri.