12 PERKARA BERKENAAN KERETA API JEPUN

Anda mungkin fikir anda tahu segala-galanya tentang kereta api di Jepun, tetapi berapa ramai di antara kita yang betul-betul belajar mengenai etika menaiki kereta api di Jepun? Baca senarai dibawah ini untuk memastikan anda mengetahui segala-galanya mengenai kereta api di Jepun.

Tokyo boleh dikatakan satu bandar yang sangat penuh dengan kereta api. Anda boleh pergi ke mana-mana sahaja dengan hanya menaiki kereta api. Tetapi ada etika tertentu yang perlu anda ikuti untuk menggunakan pengangkutan ini. Berikut adalah 12 perkara yang perlu diingati apabila menaiki kereta api di Jepun.

1. Apabila berada di platform, pastikan anda berdiri di luar garisan kuning.
1

Apabila berada di platform, sentiasa, sentiasa, sentiasa pastikan anda berdiri di belakang garisan kuning (pada bahagian yang bukan trek). Bilangan kemalangan yang berlaku kerana orang terjatuh atau sengaja ditolak ke trek, tidak pernah berkurangan. Beberapa syarikat kereta api telah melakukan inovasi iaitu dengan membuat pintu seperti pintu rumah (lihat imej di bawah) bagi mengelakkan perkara ini terjadi. Terdapat juga bonggolan pada jubin, jadi pastikan bagasi anda juga berada di luar garisan ini.

2

2. Jangan pergi ke atas trek secara beramai-ramai atau berkumpulan.

3

Ayat ini selalu disebut sebagai peringatan, tetapi masih ramai yang ambil mudah. Hal ini kerana jika anda berkumpul beramai-ramai di atas trek, anda mungkin boleh melakukan perkara yang tidak diingini seperti terkejut, melompat atau terjatuh ke dalam trek laluan kereta api. Kereta api juga sering kali datang daripada arah yang tidak disangka dan boleh menyebabkan anda cemas.

3. Apabila kereta api sampai, tunggu semua orang di dalam kereta api keluar, kemudian barulah masuk.

4

Sentiasa menunggu orang lain yang berada di dalam kereta api untuk keluar terlebih dahulu, kemudian barulah masuk. Jika tidak anda akan berlanggar antara satu sama lain, dan itu bukanlah satu perkara yang kita inginkan.

4. Jangan tolak menolak dan sabar adalah sifat yang baik.

5

Pada waktu kemuncak di Jepun, orang yang menggunakan kereta api adalah sangat ramai. Tolong jangan menolak antara satu sama lain pada ketika itu. Jika anda menolak antara satu sama lain, seseorang mungkin terjatuh, dan ia akan memberi kesan kepada orang ramai. Sesetengah stesen mempunyai jurang yang ketara di antara kereta api dan platform. Banyak perkara buruk yang tidak diduga boleh berlaku.

5. Anda hanya boleh duduk di atas kerusi keutamaan apabila tidak ada orang yang memerlukan disitu.
Di bawah ini adalah gambar kerusi keutamaan yang dimaksudkan :

6

Kerusi itu biasanya kelihatan berbeza (warnanya lebih menyerlah) daripada kerusi biasa, kadang-kadang mempunyai pelekat yang menunjukkan orang yang diutamakan untuk duduk di situ. OKU, warga tua, wanita mengandung dan kanak-kanak sahaja boleh duduk di sini.

Apabila tidak ada orang keutamaan sekitar, anda boleh duduk di sini. Tetapi sila kosongkan kerusi apabila mereka tiba. Peraturan ini juga diguna pakai untuk tempat duduk biasa, apabila kereta api penuh dan sesak.

6. Pastikan anda berdiri atau duduk ketika kereta api sesak dan penuh.

7

Sila pastikan tubuh andaberadad di dalam posisi yang betul apabila kereta api sesak. Anda pasti tidak suka diri anda di sentuh oleh orang yang tidak dikenali.

7. Apabila kereta api yang sedang bergerak, pegang pada tiang atau tali tangan jika anda berdiri.

8

Kereta api boleh tiba-tiba berhenti. Sentiasa pegang pada tiang atau tali tangan yang berhampiran apabila kereta api bergerak.

8. Menahan diri daripada bercakap dengan nada suara yang kuat apabila kereta api tenang atau sunyi.

9

Jika anda bercakap dengan nada yang kuat pada saat kereta api tenang dan sunyi ia boleh diibaratkan seperti anda melakukan suatu jenayah oleh orang lain. Jika ada situasi yang memerlukan anda untuk bercakap, cuba bercakap dengan nada suara yang perlahan, supaya orang yang berada disekitar itu tidak terganggu.

9. Simpan bagasi anda di kaki, di atas riba atau di rak bagasi di atas anda.

10

Jangan biarkan bagasi anda terletak di sekeliling anda. Pastikan ia jauh dari jalan untuk orang lain lalu. Jika anda berdiri dan membawa beg, turunkan ia dan letakkannya di kaki anda.

10. Jangan makan atau minum.

11

Cuba tahan diri anda daripada makan atau minum. Terdapat kemungkinan bahawa anda mungkin menumpahkan makanan diatas kereta api. Jika anda terlalu lapar atau dahaga, pastikan anda minum atau makan tanpa membuat kotor walaupun sedikit. Cuba elak makan makanan yang mempunyai bau yang kuat, atau yang menyebabkan kereta api menjadi kotor (seperti mi cawan dalam imej di atas).

Tetapi sebaliknya bagi kereta api ekspres khas seperti Shinkansen, di mana ia membenarkan anda makan dan minum. Anda boleh mendapatkan kotak makanan tengah hari dipanggil ekiben.

11. Apabila ramai orang berada dikeliling anda dan anda tidak boleh turun dari kereta api setelah tiba di stesen sepatutnya, tinggikan sedikit nada suara anda pada tahap sederhana.

12

Kami ingin mengingatkan anda, tolong jangan tolak anda satu sama lain jika anda tidak dapat keluar dari kereta api setelah tiba di stesen yang anda ingin tujui. Jika anda menolak juga, boleh terjadi orang lain akan menolak anda kembali, dan kemudian anda mungkin akan terlepas hentian anda. Jika anda mahu untuk katakan “saya ingin turun” dalam bahasa Jepun, katakan “Orimasu”.

12. Jangan langgar mana-mana peraturan kereta api.

13

Jangan membuang sampah, merokok, membakar, cuba untuk mencungkil pintu supaya terbuka, mencederakan sesiapa, dan lain-lain di dalam kereta api. Jika tidak anda akan ditangkap.