1. Shibuya Crossing
Lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia ini dikelilingi oleh lampu neon yang menyala dari bangunan sekeliling yang mewujudkan pemandangan yang amat cantik dan moden. Ia adalah salah satu tempat yang baik untuk mengambil gambar berlatar belakangkan cahaya lampu. Dengan kira-kira satu juta orang melintas jalan ini setiap hari, pasti anda dapat menangkap gambar yang cantik ibarat berada di dalam lautan manusia.
Shibuya Crossing telah muncul dalam banyak iklan, gambar-gambar promosi, video muzik, filem dan rancangan televisyen. Ia bukanlah perkara yang pelik untuk melihat krew filem di sini.2. Yoyogi Park
Merupakan sebuah taman besar yang terletak di antara Shinjuku dan Shibuya yang merupakan dua daripada kawasan-kawasan perumahan yang terbesar dan paling berwarna-warni di Tokyo. Yoyogi Park sering dikunjungi oleh pelakon untuk berlatih skrip mereka, sub-budaya fesyen, pemuzik, penari dan orang yang suka berparti. Masuk ke tempat ini adalah percuma.3. Chuo Street in Ginza
Ginza adalah pusat membeli-belah mewah di Tokyo. Ia mempunyai ciri-ciri seni bina yang menarik dikelilingi oleh lampu neon dan menjadi tarikkan golongan elit. Chuo street adalah jalan utama di Ginza ini.4. Tsukiji Fish Market
Pasar Ikan Tsukiji adalah antara kawasan industri perikanan yang paling popular di Jepun. Namun begitu, kedatangan pelancong asing ke tempat ini kurang disenangi oleh peniaga tempatan kerana aktiviti jualan mereka sering diganggu oleh pelancong yang ingin mengambil gambar. Oleh ini anda haruslah berhemah dan menghormati mereka ketika anda berkunjung ke sini.
Tsukiji Fish Market adalah pusat perniagaan yang besar. Tempat ini mengendalikan hampir 600 billion ikan setiap tahun. Ia adalah merupakan tempat kerja bagi 60,000 orang yang kebanyakkannya adalah rakyat tempatan.5. Shinjuku Gyoen
Shinjuku Gyoen adalah merupakan sebuah taman yang besar dengan hampir 20,000 batang pokok. Ia terletak di pinggir hutan bandar Shinjuku. Ia menawarkan keindahan alam semulajadi dan merupakan tarikkan utama pelancong semasa musim bunga sakura.6. Mode Gakuen Cocoon Tower
Mode Gakuen Cocoon Tower di Shinjuku adalah banggunan pendidikkan kepada tiga institusi pendidikan: Tokyo Mode Gakuen (fesyen sekolah vokasional), HAL Tokyo (teknologi khas dan kolej reka bentuk), dan Shuto IKO (kolej perubatan) dan ia juga merupakan bangunan pendidikkan yang kedua tertinggi di dunia. Menara ini menawarkan pengalaman yang menyeronokkan untuk mengambil gambar dari dalam dan luar banggunan.7. Tokyo Metropolitan Government Building
Merupakan sebuah bangunan gergasi yang seakan-akan sama seperti filem Batman iaitu Gotham City. Banggunan ini mempunyai dek pemerhatian yang tidak memerlukan sebarang pembelian tiket (percuma) dan menawarkan pemandangan 360 darjah bandar Shinjuku yang memukau.8. Tokyo Skytree
Tokyo Skytree adalah merupakan struktur tertinggi di Jepun yang mempunyai dek pemerhatian yang luas pada ketinggian 350 meter dan 450 meter. Keseluruhan dek pemerhatian ini dipenuhi dengan kaca. Jika anda berada disini, anda akan berpeluang untuk menangkap gambar pemandangan bandar Tokyo yang padat.
Menara ini sendiri telah direka dengan pencahayaan yang dinamik kerana sebahagian besar daripada menara ini kerap diliputi oleh awan. Antara cara yang amat popular dikalangan pelancong untuk mengambil gambar menara ini adalah dengan mengambil gambar daripada Sungai Sumida yang terletak berhampiran Kuil Sensoji.9. Harajuku
Kawasan Harajuku adalah tempat yang sesuai untuk mencari fesyen jalanan yang menarik seperti fesyen pakaian Cosplay. Kawasan ini juga merupakan pusat beli belah yang terkenal dikalangan remaja Jepun kerana terdapat pelbagai jenis fesyen yang unik terdapat disini. Tempat yang harus anda lawati adalah di sekitar kawasan Jambatan Jingu Bashi yang terletak berhampiran pintu masuk Yoyogi Park. Tempat ini akan menjadi amat sesak terutama pada hari ahad.
10. Kabukicho
Daerah lampu merah terbesar di dunia di Shinjuku. Kabukicho dibanjiri dalam lampu, samseng (yakuza) dan beberapa perkara yang aneh yang kebanyakkannya berkaitan dengan perkhidmatan seksual. Ia adalah kawasan yang agak berbahaya. Kawasan ini hanya sesuai untuk bergambar sahaja, tidak lebih daripada itu!11. Meiji Shrine
Meiji Shine adalah antara kuil yang paling popular di Jepun. Ia adalah tempat yang paling sibuk di bandar ini untuk menyambut perayaan, acara, upacara dan majlis seperti majlis perkahwinan. Kawasan lapang dan senibina kuil sering menarik perhatian pelancong untuk ke sini.12. Omotesando
Omotesando adalah kawasan untuk membeli-belah barangan mewah dan salah satu pusat industri fesyen yang terkemuka Jepun. Seperti Ginza, jalan-jalan di sini bersinar dengan cahaya lampu billboard dan sentiasa penuh dengan pelancong dan rakyat tempatan.13. Odaiba
Odaiba adalah pulau buatan manusia yang terbesar dan terletak di Tokyo Bay. Hasil kerajaan Jepun untuk membangunkan pulau tersebut yang dahulunya adalah merupakan kubu tentera Jepun untuk menjadi pusat beli-belah dan rekriasi telah mendatangkan hasil. Odaiba kini kelihatan amat cantik dan moden. Pemandangan di tepi laut berlatar belakangkan seni bina banggunan yang cantik pasti akan menarik perhatian anda. Kebiasaannya gambar terbaik yang dapat anda jadikan kenangan di Jepun adalah semasa berada disini.14. Hamarikyu Gardens
Hamarikyu Gardens ialah taman besar Jepun yang berasal daripada era zaman Edo. Ia terletak di sebelah Shiodome (salah satu pusat perniagaan besar di Tokyo). Kawasan ini terkenal di kalangan jurugambar tempatan. Taman ini direka untuk menghasilkan warna bunga yang berbeza pada setiap musim. Pemandangan bunga ini kelihatan lebih cantik dengan adalahnya latar belakang banggunan yang moden dan tersergam indah disekeliling taman ini.