15 Perkara Menarik Untuk Anda Lakukan Di Ueno Park (Taman Paling Popular di Tokyo)

1Adalah amat sukar untuk memikirkan taman lain di mana-mana tempat yang mempunyai banyak daya tarikan seperti Ueno Park di Tokyo.
Ueno Park merupakan pusat kebudayaan yang paling utama di Tokyo. Dengan keluasan sebanyak 300 ekar, ia dipenuhi dengan muzium, kuil-kuil, tempat-tempat suci, tarikan semula jadi, institusi penting dan beberapa sekolah-sekolah utama di Jepun. Ia telah diisytiharkan sebagai salah satu taman awam yang pertama di Jepun pada tahun 1873.
Setiap tahun dianggarkan lebih daripada 10 juta orang akan berkunjung ke Ueno Park.

Berikut merupakan antara tempat menarik yang anda boleh lawati jika berkunjung ke sini:

1. Tokyo National Museum2Tokyo National Museum merupakan muzium tertua dan terbesar di Jepun. Setiap satu daripada lima bangunannya yang besar boleh dijadikan muzium yang tersendiri. Muzium ini menyimpan lebih daripada 110,000 koleksi hasil karya seni antik dan penemuan arkeologi termasuk 87 khazanah negara yang tidak ternilai.
Yuran kemasukan ke muzium ini hanya 600 yen sahaja. Kebiasaannya tempat-tempat yang disokong oleh kerajaan secara umumnya menawarkan harga yang murah. Beberapa kawasan di sini adalah terbuka untuk orang ramai tanpa sebarang bayaran.

2. Kuil Kaneiji3Dibina pada tahun 1625, Kuil Kaneiji merupakan kuil yang terkenal sebagai tempat yang mana keluarga puak Tokugawa sering tidur semasa zaman Edo. Ia merupakan bekas peninggalan sebuah kuil besar yang pada masa itu mengambil seluruh kawasan Ueno Park. Kini, pagoda lima tingkat dan Kizyomizu Kannon-dou telah diisytiharkan sebagai ciri-ciri kebudayaan negara yang utama di Jepun. Kedua-duannya menjadi aset budaya yang berharga setelah terselamat dari kesan pengeboman semasa Perang Dunia Kedua.

3. Kolam Shinobazu4Kolam Shinobazu adalah kolam semula jadi dengan keluasan sebanyak 2 kilometer persegi yang sebahagiannya dilitupi dengan tumbuh-tumbuhan teratai. Ia merupakan sebuah kolam terkenal yang pernah muncul dalam beberapa lukisan terkenal. Terdapat bot-bot untuk disewa di bahagian timur kolam bagi sesiapa yang ingin mendayung di kolam itu sambil menikmati keindahan bunga teratai dengan harga 600 Yen untuk satu jam.

4. Ueno Toshogu Shrine5Ueno Toshogu Shrine merupakan salah satu daripada beberapa struktur bangunan semasa zaman Edo yang terselamat daripada sejarah gempa bumi dan peperangan di Tokyo. Seni binanya didekasikan dari puak Tokugawa.
Terdapat 50 lampu tembaga besar diletakkan atas tanah Makam Toshogu yang telah disumbangkan oleh panglima perang (Daimyo). Lampu ini merupakan artifak luar biasa yang jarang sekali dilihat di tempat-tempat suci yang lain (biasanya lampu seperti ini dibuat daripada batu). Makam ini sendiri dihiasi dengan ukiran kayu yang sangat halus buatannya.

5. Tugu Saigo Takamori6Tugu Saigo Takamori terletak berhampiran pintu masuk selatan Ueno Park. Ada yang mengatakan bahawa tugu ini merupakan simbol bagi bandar Tokyo dan ia biasanya dirujuk sebagai “Saigo” di Ueno selama lebih daripada 100 tahun. Saigo Takamori adalah pahlawan dari Wilayah Kagoshima dan merupakan salah seorang Samurai yang paling berpengaruh dalam sejarah Jepun, yang hidup semasa zaman akhir Edo-an dan awal Era Meiji (1828-1877).

6. National Museum of Nature and Science7Jika anda ingin mengenali penduduk awal di Jepun yang tinggal kira-kira 40,000 tahun yang lalu, sebagai contoh, dari mana mereka datang, bagaimana mereka mula menetap di kepulauan Jepun, dan budaya apa mereka bawa ke Jepun, anda patut mengunjungi muzium ini.
Ia merupakan muzium terbaik yang mempamerkan sejarah alam semula jadi dan sains dengan paparan interaktif. Muzium ini juga turut mengandungi sejumlah besar sampel haiwan dan tumbuhan termasuk dua tingkat untuk replika dinasour sahaja.

7. Ueno Zoo8

Zoo Ueno merupakan zoo tertua di Jepun yang diasaskan pada tahun 1882. Kini ia menempatkan lebih 2,600 haiwan yang terdiri daripada 464 spesies yang berbeza. Terdapat Monorel yang mengilingi taman zoo yang luas ini supaya anda tidak kepenatan berseronok sepanjang hari di sana. Tarikan yang paling popular disini adalah panda gergasi yang disumbangkan dari China. Ramai pengunjung sanggup beratur panjang semata-mata untuk melihat betapa comelnya gelagat haiwan ini.

8. Shitamachi Museum9Anda boleh lihat budaya Shitamachi yang pada asalnya kawasan Edo (kini Tokyo) di mana cara rakyat pada masa itu hidup. Shitamachi dalam bahasa Jepun bermaksud pusat bandar, bagaimanapun Shitamachi tidak sama seperti perkataan Inggeris, yang merujuk kepada kawasan perniagaan sesebuah bandar raya.

9. Hanami10Ueno Park merupakan salah satu tempat yang terbaik di Tokyo untuk hanami. Hanami adalah adat tradisional di Jepun yang mana biasanya dilakukan dengan berkelah sambil menikmati keindahan musim bunga. Antara 8,800 pokok-pokok di taman terdapat beberapa jenis sakura yang mekar pada musim bunga. Hanami menarik ramai orang berkunjung ke Ueno Park.

10. University Of Tokyo11Kampus utama Universiti Tokyo hanya terletak di sebelah barat Ueno Park bersebelahan Kolam Shinobazu. Universiti Tokyo merupakan universiti terkemuka di Jepun. Ia sering dibandingkan dengan Harvard di Amerika Syarikat. Ia merupakan satu tempat yang menarik untuk menghilangkan tekanan atau mengambil foto.

11. Tokyo Bunka Kaikan12Tokyo Bunka Kaikan merupakan sebuah dewan konsert Jepun yang terletak di Ueno Park, Taito, Tokyo. Direka oleh arkitek Jepun Kunio Maekawa, ia dibina pada tahun 1961 dan diubahsuai pada tahun 1998-99. Dewan yang besar mempunyai kerusi yang dapat menempatkan 2303 orang, dan dewan kecil pula hanya 649 kerusi. Jadualnya penuh dengan acara kebudayaan dan persembahan muzik.

12. Ameyoko Shopping Street13Ameya-Yokocho, yang dikenali sebagai “Ame- Yoko”, merupakan pasaran terbuka kira-kira 4 atau 5 minit berjalan kaki dari Tokyo Metro atau Stesen JR Ueno. Nama Ameya-Yokocho datang dari kedai-kedai di kawasan itu yang menjual barangan lebihan tentera Amerika Syarikat selepas Perang Dunia II – “Ame” adalah nama pendek bagi “Amerika”.
Kedai-kedai di sini menjual produk yang terdiri daripada makanan segar, ikan hinggalah pakaian dan sehinggakan barang mainan antarabangsa turut dijual di sini. Pasti anda akan menjumpai sesuatu yang unik dan menarik sepanjang berjalan di Ameya-Yokocho ini. Selamat membeli-belah!

13. Ueno Izayaka-machi14Kawasan restoran ini tidak jauh dari Stesen Ueno. Walaupun majoriti pelanggan adalah dari golongan peniaga dan lelaki pertengahan umur, baru-baru ini ia semakin dikenali di kalangan wanita muda dan pelancong sebagai tempat untuk bersiar-siar. Terdapat banyak kedai yang dibuka sepanjang malam di mana anda boleh menikmati makanan gourmet kelas B seperti motsuyaki dan yakitori.

14. Kissako15Kissako merupakan sebuah kafe teh yang menawarkan makanan Jepun di Ueno Park. Bahagian dalam bangunan gaya Jepun ini dikelilingi oleh warna kehijauan yang bukan sahaja mempunyai bilik tradisional tatami tetapi juga terdapat kaunter dan meja rendah, meja tetap, dan bangku di kawasan luar. Anda boleh berehat menenangkan fikiran di sana sambil menikmati manisan Jepun dan teh seperti warabimochi dan anmitsu.

15. Ueno Seiyoken16Restoran Perancis telah memulakan perniagaan di Ueno Park sejak tahun 1876 lagi. Sebagai satu-satunya restauran yang menawarkan masakan asli Perancis di Jepun, ia menjadi tempat yang mana ramai golongan atasan akan berkumpul dan bersosial di sini. Keindahan pemandangan empat musim yang dapat disaksikan dari kawasan luar restoran dan gaya tradisional masakan Perancis telah menyebabkan ia mendapat ramai peminat setiap tahun.