Jepun telah lama dikenali dengan adat dan persekitarannya yang agak pelik. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang teknologi dan percintaan pada benda yang ganjil, telah memberikan gambaran bahawa Jepun dengan Barat merupakan dua dunia yang sangat berbeza. Kadangkala ada beberapa adat dan amalan Jepun boleh benar-benar membingungkan mana-mana pelancong asing yang datang ke Jepun.
Ini merupakan beberapa perkara yang pelik di Jepun dari makanan ringan, jantina hinggalah kepada trend. Mari kita lihat:
1. Inemuri
Di Malaysia, tidur di pejabat mungkin menyebabkan anda dimarahi bos anda, atau lebih teruk lagi. Tetapi budaya perniagaan di Jepun pekerja yang “inemuri” atau tidur sebentar di tempat kerja dianggap pekerja yang bekerja keras. Tetapi gaya tidur juga tetap diambil kira anda harus tetap tegak walaupun sedang tidur. Sementara sesetengah orang melakukan inemuri palsu, untuk membuat bos mereka percaya yang mereka bekerja lebih keras daripada yang sebenarnya.
2. Hikikomori
Istilah ini merujuk kepada sebilangan besar remaja dan orang dewasa muda di Jepun yang memilih untuk melarikan diri mereka daripada masyarakat, lebih suka kekal berkurung dalam bilik tidur, daripada menghadapi dunia luar. Dianggarkan 3.6 juta Hikikomori tinggal di Jepun, daripada penduduk seramai 128 juta. Faktor-faktor di sebalik fenomena ini termasuk penggunaan internet yang berleluasa, tekanan akademik, dan ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka untuk kekal di rumah.
3. Hotel Cinta
Hotel-hotel penginapan sementara , direka untuk pasangan yang bercinta, telah terbukti semakin popular di Jepun, di mana ruang privasi disediakan pada tahap premium. Dianggarkan dua peratus daripada penduduk Jepun akan melawat hotel ini sehari.
Hotel Cinta biasanya boleh dikenal pasti melalui tawaran dua kadar bilik yang berbeza: rehat atau bermalam untuk semalaman di situ. Nama dengan simbol jantung juga turut menjadi tanda yang ia adalah Hotel Cinta . Biasanya ia ditemui berhampiran dengan stesen kereta api, lebuh raya terdekat, atau di daerah perindustrian. Walaupun hotel cinta termurah ia mengandungi keperluan asas iaitu, bilik-bilik yang dihiasa mewah selalunya dengan tema pelik dan kostum untuk disewa. Bilik-bilik ini kadang-kadang menyediakan katil yang berputar, cermin siling, mesin karaoke dan lampu neon.
4. Peminat Tegar Kit-Kat
Coklat bar Kit Kat adalah sangat popular di Jepun, kerana namanya yang sama dengan frasa semoga berjaya “kitto Katsu” (“kamu akan pasti menang”). Selepas itu, Nestle telah menghasilkan perisa yang pelik untuk pasaran di Jepun, termasuk Kit-Kat kacang soya, keledek, cili pedas, teh hijau dan wasabi.
5. ‘Cuddle Cafe’
Kedai yang pertama dibuka tahun lalu di Tokyo, yang membolehkan pelanggan lelaki tidur di sebelah seorang gadis dengan bayaran. Permintaan seksual tidak dibenarkan. Sebaliknya lelaki boleh membayar tambahan untuk “merenung satu sama lain selama satu minit” (¥ 1,000) dan “mengusap rambut gadis itu selama tiga minit” (¥ 1,000). Pertubuhan kedai itu sangat banyak. Dalam temu bual dengan Telegraph Travel, Stacey Dooley, seorang penyampai televisyen, menceritakan perjalanan dia ke kafe Tokyo “di mana pelayan yang berpakaian seperti pembantu rumah, berlari sekitar sambil menyanyi dan memberi ais krim. Bunyinya seperti tidak elok tetapi ia adalah dibenarkan di Jepun.
6. Restoran Robot
Dijumpai di Tokyo, kedai makan ini adalah salah satu daripada banyak pengalaman makan malam peling yang ditawarkan di Jepun. Wanita hampir tidak berpakaian menari sambil mengetuk dram bass manakala robot mempersembahkan perarakan sebelum berlawan dengan dinosaur.
7. Gigi Bercabang
Tidak seperti majoriti dunia lain, pemuda Jepun membelanjakan sejumlah besar wang untuk mendapatkan gigi yang tidak rata atau “snaggle”. Ia dikenali sebagai “yaeba”, yang diterjemahkan sebagai “gigi bercabang,” dan merupakan salah satu trend terkini yang pelik di negara itu.
8. Tandas Berteknologi Tinggi
‘The Washlet’, yang dicipta oleh Toto, termasuk semburan air untuk mencuci alat sulit anda. Pada asalnya dikendalikan menggunakan butang, tetapi ada beberapa kini mempunyai sensor terbina yang boleh mengesan apabila anda berada di atas mangkuk tandas. Ciri-ciri lain adalan kerusi pemanas dan semburan pewangi automatik.
9. Hutan Bunuh Diri
Aokigahara, hutan di kaki Gunung Fuji, adalah seperti sesuatu daripada Projek Berhantu. Ia mempunyai sejarah persatuan tempat setan dalam mitologi Jepun, dan tempat kedua paling popular di dunia untuk bunuh diri, selepas Golden Gate Bridge di San Francisco. Lebih daripada 50 orang telah membunuh diri di sini pada tahun 2010 sahaja, dan mayat diambil setiap tahun oleh sukarelawan. Hutan ini juga terkenal dengan sunyi sepi, disebabkan ketumpatan pokok yang tebal-tebal. Pejalan kaki dinasihatkan menggunakan pita plastik untuk menandakan laluan mereka dan mengelakkan diri daripada hilang.
10. Menyimpan Kod Tali Pusat
Ibu-ibu di Jepun tradisinya menyimpan kord tali pusat anak-anak mereka. Ia biasanya dibalut dengan anak patung kain dan diletakkan di dalam kotak yang direka khas dipanggil Kotobuki Bako.
11. Menyedut Mi
Jepun adalah sebuah negara yang terkenal dengan kesopanannya yang sangat tinggi. Walau bagaimanapun, satu adat bertentangan dengan pemahaman Barat. Apabila makan mi, menyedut mi adalah penting untuk menggambarkan kenikmatan merasa makanan tersebut. Penghargaan kepada tukang masak ditunjukkan melalui bunyi bising ketika menikmati makanan.
12. Makan ikan yang boleh membawa maut
Ikan Buntal ialah sejenis makanan popular Jepun, tetapi boleh menjadi salah satu makanan yang paling beracun di dunia. Tukang masak dilatih selama bertahun-tahun untuk belajar bagaimana untuk mengeluarkan racun yang boleh membawa maut dalam ikan itu. Walau bagaimanapun, seni sebenar ialah mempunyai kemampuan untuk meninggalkan toksin yang cukup dalam ikan untuk memberikan sensasi cucukan di dalam mulut ketika makan.
13. Pesta Telanjang
Hadaka Matsuri adalah perayaan pelik yang melibatkan beribu-ribu orang Jepun membuang pakaian mereka di khalayak ramai kerana kepercayaan kuno bahawa seorang lelaki telanjang mempunyai kemampuan yang lebih besar untuk menyerap roh-roh jahat. Hanya bahagian yang paling intim badan dilindungi, dengan menggunakan ‘fundoshi’.
14. Pachinko
Silang antara pinball dan slot mesin, Pachinko melibatkan menembak bola ke dalam mez pin – jika bola jatuh di tempat yang betul, lebih bola akan dihasilkan. Objektif utama untuk menangkap sebanyak bola yang mungkin, yang kemudiannya boleh ditukar dengan hadiah. Permainan ini telah menjadi hobi yang popular untuk orang dewasa sejak tahun tiga puluhan, dengan alat-alat elektronik mengambil alih alat mekanikal dalam tahun lapan puluhan. Ruangan Pachinko boleh dijumpai di seluruh negara ini.
15. Etika Minum Sake
Sake, diperbuat daripada beras yang diperam, koji dan air, telah menjadi minuman yang sangat popular selama berabad-abad. Tetapi terdapat peraturan tertentu untuk penggunaannya. Misalnya, biasanya orang yang lebih muda terlebih dahulu akan menuangkan sake pada orang yang lebih tua. Apabila seseorang menuangkan untuk anda ia dianggap sopan jika anda memegang cawan dengan satu tangan dan meletakkan tangan satu lagi di bawah cawan. Ambil sekali hirupan sebelum meletakkan cawan kembali di atas meja.