15 Tempat Terbaik Untuk Mengambil Gambar di Jepun

1-jpgBagi sesiapa yang suka mengambil gambar, ia merupakan satu berita baik kerana seperti anda tahu negara Jepun menawarkan banyak tempat menarik untuk anda menyimpan kenangan. Dari bandar bercahaya ‘Tokyo’ hinggalah ke taman-taman di Kyoto terdapat banyak foto untuk ditangkap.
Tempat-tempat berikut mewakili beberapa tempat yang paling fotogenik di Jepun. Ada yang mudah untuk diambil gambar dan kebiasaannya akan menghasilkan gambar yang luar biasa, dan ada juga yang memerlukan syarat-syarat tertentu dan kadang-kadang agak mencabar bagi sesetengah orang.

1. Minato Mirai, Yokohama

Japan,Honshu,Yokohama,Yokohama Pier,Night View of MinatomiraiKawasan pelabuhan futuristik Yokohama dipenuhi dengan cahaya kilauan pada waktu malam. Terdapat beberapa tempat yang strategik untuk anda mengambil gambar kaki langit seperti di Osanbashi Pier atau Yokohama Bay Bridge.

2. Itsukushima Shrine, Hiroshima

3“Pintu Terapung” dari Itsukushima Shrine di Pulau Miyajima, Hiroshima adalah salah satu imej paling ikonik di Jepun. Pintu gerbang Torii ini sebahagiannya akan tenggelam di lautan pada air pasang. Setelah air surut barulah anda boleh berjalan ke pintu gerbang. Sebelum ini, sudah terdapat sebuah pintu gerbang bertapak di tempat ini sejak 1168. Pada waktu malam, cahaya matahari terbenam akan menerangi pintu gerbang Torii.

3. Pulau Yakushima, Kyushu

4Pulau Yakushima terletak dalam hutan purba yang tebal. Terdapat satu pokok terkenal di pulau Yakushima yang dikenali sebagai ‘Jhomon Sugi’. Pokok ini dipercayai berusia sehingga 7,200 tahun menjadikannya pokok tertua di dunia.

4. Fushimi Inari Shrine, Kyoto
5Laluan ke dalam tempat suci Fushimi Inari Shrine yang dipenuhi dengan beribu-ribu pintu Vermillion Torii yang adalah antara pemandangan visual yang paling menakjubkan di Jepun. Laluan ini membawa anda ke dalam hutan berkayu milik Gunung suci Inari, yang mencapai ketinggian 233 meter dan terletak dalam kawasan kuil.

5. Shibuya Crossing, Tokyo

6Shibuya Crossing adalah lintasan pejalan kaki yang paling utama dalam bandar Shibuya,Tokyo. Pejalan kaki akan melintas di semua arah pada satu masa dan ia kelihatan seperti huru-hara dari jauh. Dengan berlatar belakangkan bangunan-bangunan yang bergemerlapan seperti Times Square memberikan anda rasa seronok ketika melalui persimpangan ini.
Terdapat juga skrin video yang besar dipasang pada bangunan.

6. Arashiyama Bamboo Path, Kyoto

7Terdapat satu jalan pendek yang dipenuhi buluh melalui Hutan Buluh Sagano. Buluh ini sering dituai tetapi dibenarkan untuk tumbuh menghampiri ketinggian penuhnya. Jalan ini dikelilingi oleh pagar daun kelapa yang menarik di sesetengah bahagian dan mempunyai laluan yang bengkang bengkok pada penghujungnya. Jalan ini akan diterangi dengan lampu tradisional ketika festival pada bulan Disember yang dikenali sebagai Arashiyama Hanatoro.

7. Kinkakuji, Kyoto

8Kinkaku-ji adalah anjungan bewarna emas di Kyoto. Ia adalah sebuah kuil kecil dibaluti dengan daun emas tulen dan ditempatkan di sebuah taman Jepun yang agung. Pemandangannya kelihatan lebih menarik pada musim salji. Apabila cahaya matahari mengenai tepat ke kuil ini, bayangannya akan jelas kelihatan di kolam di sekeliling taman itu.

8. Atami, Izu Pennisula

9Atami adalah sebuah bandar purba onsen dengan jalan-jalan berliku yang penuh misteri dan juga bangunannya yang unik. Tempat ini kelihatan sangat tenang dengan bunyi airnya yang mengalir perlahan. Pada hujung minggu yang panjang atau pada masa bercuti, kolam panas di sini akan dibuka untuk pelancong.

9. Harajuku, Tokyo
10Setiap hari Ahad, anak-anak muda di Tokyo akan berpakaian dalam fesyen kebudayaan yang paling terbaik untuk mengambil gambar di Jalan Harajuku.

10. Hitachi Seaside Park, Hitachinaka
Musim bunga
11Musim panas

12Hitachi Seaside Park, yang terletak di Hitachinaka, Wilayah Ibaraki ,Jepun, bersebelahan dengan Pantai Ajigaura, sebuah taman bunga dan destinasi pelancongan yang popular.
Taman ini merangkumi kawasan seluas 3.5 hektar dan bunga yang luar biasa sepanjang tahun. Setiap musim anda akan menemui pelbagai bunga yang berbeza mekar sejak “Miharashi No Oka”, sebuah bukit yang menampakkan pemandangan panorama Lautan Pasifik.

11. Gunung Fuji dari Tasik Kawaguchi, Fujikawaguchiko
13Gunung Fuji yang tercermin di Tasik Kawaguchi adalah salah satu daripada 36 Pemandangan Gunung Fuji yang masih kelihatan hebat dalam gambar moden.

12. Nihonji Temple, Chiba
14Nihonji adalah kuil, berdekatan Tokyo yang dibina di tapak kuari purba di pergunungan. Kuil ini mempunyai dua ukiran batu besar dan 1553 patung-patung yang lebih kecil dengan beberapa Buddha yang dipenggal dalam kebangkitan anti-Buddha. Nihonji ditinggalkan selama berabad-abad lamanya dan dikelilingi tumbuh-tumbuhan tebal.

13. Adashino Nenbutsuji Temple, Kyoto

15Adashino Nenbutsuji adalah sebuah kuil yang mempunyai koleksi 8000 patung-patung kecil yang dianggap sebagai penanda kubur purba. Banyak di antara patung-patung ini yang kelihatan seperti batu. Masing-masing mempunyai kisah tersendiri yang sudah lama dilupakan. Tapak ini diliputi lumut dan terkenal kerana warna-warna musim luruhnya.

14. Stesen Kyoto , Kyoto

16Stesen Kyoto merupakan salah satu bangunan terbesar di Jepun dengan dewan utama dengan ketinggian 15-tingkat dan hampir setengah kilometer panjang. Seni bina moden ini seolah-olah bertentangan dengan fizik dan boleh diambil gambar dari beberapa tempat-tempat menarik termasuk laluan pejalan kaki berhampiran bahagian atas bumbung yang boleh diakses dari Isetan Department Store. Stesen ini juga mempunyai banyak ceruk dan sudut-sudut visual yang menarik.

15. Taman Bunga Ashikaga, Ashikaga

17Salah satu tempat yang terbaik untuk melihat pemandangan bunga fuji adalah di Ashikaga Flower Park di Ashikaga City, Tochigi. Ashikaga Flower Park mempunyai banyak bunga fuji bewarna biru, putih dan merah jambu, serta Laburnum kuning yang kelihatan seperti fuji berwarna kuning. Mereka diterangi dengan cahaya lampu yang warna warni pada malam hari.